MAKAN-MAKAN DI JAWS SEAFOOD GREENLAND DANGA BAY


MAKAN-MAKAN DI JAWS SEAFOOD GREENLAND DANGA BAY | Pertama kali Sis sampai ke sini, itupun anak yang bawa. Mulanya memang takde plan nak makan mana, sebab malam tu tiba-tiba Suami call suruh bersiap dan ajak keluar makan. Bergegas laa Sis dan anak-anak bersiap. 

Dan bila dah siap semua, lepas Maghrib kami keluar dan dalam keretalah anak tanya Ayahnya, 'Nak makan mana Ayah?'.. terus Suami jawab, 'Entah, tanya Mak', laaa pulakkk tanya kita, dah dia yang ajak keluar makan, kita pulak di tanyanya hahahaha.. gitu lerr tiap kali kalau keluar makan, memasing jadi blur nak makan mana. 

Tapi di sebabkan dek mulut Sis sebelum tu ada menyebut nak makan Ikan Bakar Garam sebab tertengok gambar percutian kami ke Krabi tahun lepas, makanya teruslah katanya Kakak kita makan-makan di Jaws Seafood Greenland Danga Bay sana. 

Makan-Makan Di Jaws Seafood Greenland Danga Bay

Makan-Makan Di Jaws Seafood Greenland Danga Bay

Jaws Seafood ni terletak di Greenland Danga Bay, yang dulunya kita di Johor ni panggil Tepian Lido atau Pantai Lido, haaa di situlah restorannya. Alaa kalau korang tak tau tempatnya, guna aje waze ni -->  https://waze.com/ul/hw23b2796u, kompom sampai hehehe.. 

Yang bestnya dan kemain sukanya Suami bila sampai sini, bila duduk makan sambil menikmati pemandangan laut dan langit yang juga sesekali ada bot nelayan yang lalu-lalang di situ. Memang nyaman, tenang dan aman aje duduk makan di sini. Orang pun tak ramai sangat. Dan sebelum duduk, pekerjanya siap lap-lap dulu kursi meja semua dan kemudian bagi hand sanitiser then barulah korang duduk.

Macam biasa lerr, sebelum masuk kenalah scan MYSejahtera dan suhu. 
SOP kena patuh ya. 

Makan-Makan Di Jaws Seafood Greenland Danga Bay

Makan-Makan Di Jaws Seafood Greenland Danga Bay

Dan ada pilihan juga, samaada korang nak duduk dalam restorannya yang berhawa dingin, atau nak duduk di luar tepi laut macamtu, tapi kami anak beranak memang sukakan laut, makanyalah kami amik peluang makan sambil menikmati pemandangan laut Danga hehehe..

Korang akan nampaklah ada gerai-gerai jualan di luar dan tepi-tepi restoran tu, kalau korang makan kat dalam pun, still boleh order menu yang sama. Dan harganya tidaklah begitu mahal sebab portion dia besar, dah macam pinggan kat Big Food tu haa.. makan sorang pun tak habis. 

Meh nengok apa yang kami makan ... 

Makan-Makan Di Jaws Seafood Greenland Danga Bay

Makan-Makan Di Jaws Seafood Greenland Danga Bay

Menu utamanya ke sini yang Sis cari adalah Ikan Bakar Garam tu, sedap woo, makan cecah dengan air asam tu. Sekor ikan bakar garam tu harganya RM19.90. Salad tu pulak add-on RM5. Memang kami amik sebab anak nak makan gulung dengan Satay hehehe.. ala-ala Korean gituh..

Menu kedua tu menu Suami, Four Treasures Shark Fin Soup, harganya RM18.80. Sedap kata Suami. Rasa dia unik dari yang pernah Suami makan, katanya. Tapi, kemain laa anak-anak bising bila Ayahnya order menu shark fin ni hehehehe. Kenapa? Sebab budak dua orang tu penyayang binatang.. Sekian.. 

Makan-Makan Di Jaws Seafood Greenland Danga Bay

Makan-Makan Di Jaws Seafood Greenland Danga Bay

Pasta with red sauce, harganya RM12.80. Ini menu Sis yang order. Memang masa datang aje menunya, kami terkejut, begitu besar sekali pinggan dan portionnya. Sampai kekenyangan tak habis di makannya. Kalau tau besar gini, kami tak order Satay tu hahahaha.. Tapi nasib baik juga Kakak tak order makan, so Sis makan share dengan Kakak. 

'Ingat Ayah kenyang ke makan Shark Fin tu', katanya Kakak hahahaha..nak taknak Ayahnya orderlah Fried Mee Hoon Thai, takut kang merangkak lapar memalam katanya hahahaha.. Tapi sedap wuii mee hoon gorengnya kata anak. Licin Suami makan sekali ngadap tanpa pelawa Sis pun, hampeh! Hahaha anak-anak duk gelak ajee.. 

Makan-Makan Di Jaws Seafood Greenland Danga Bay

Makan-Makan Di Jaws Seafood Greenland Danga Bay

Yana tak makan ke? Hahaha maunya tak makan, dia laa dari rumah lagi kemain lapar macam haperr..Sampai-sampai aje sana, dia dulu yang mengorder nak makan apa hahahaha. Dan memang kesukaan Yana, mana-mana pergi, dia mesti order cikenchop, so dia orderlah menu signature Jawsseafood Grilled Chicken Chop berharga RM10.80. Bolehlah tahan sedap kata Yana. Sis tak cuba pun, sebab gasak layan makan meratah Ikan Bakar garam tu hahahaha..

Haaa kalau korang datang sini, Sis sangat rekeman korang makan Satay Kajang dia ni. Besar giler ko secucuk tu. Memang sama besar dan sedapnya macam Satay Kajang, walau Sis dah lupa akan rasa Satay Kajang tu macam mana hahahaha.. Harga secucuk dah lupa dah, tapi kami order 10 cucuk tu semuanya RM16 sepinggan siap nasi, timun dan bawang seciput hahaha.. Ye laa bawangkan mahal oii sekarang.. 

Makan-Makan Di Jaws Seafood Greenland Danga Bay

Haa tengok tuu, meriah makanan atas meja aje walau hanya 4 orang hahaha.. Minuman pun banyak pilihan termasuk minuman panas dan sejuk. 

Apa yang Sis suka makan di sini, pekerja dia termasuk yang owner gerai-gerai tu semua ramah betul, mesra melayan pelanggan. Siap datang tanya, okay tak makanan, ada apa lagi nak tambah tak, dan yang bagusnya semua patuhi SOP. Pakai sarung tangan, pakai pelitup mulut dan Sis perhati duk asyiklah lap sana sini hahahaha.. Baguskan?.. 

Lagi satu situ pun ada aneka Ikan Bakar Sambal, Steamboat dan juga menu makan Lunch. 
So korang kalau rasa nak cari tempat makan sedap di Johor dan nak lepak makan malam di sini, silalah..Bawah ni Sis srtakan details mereka ya.. Dan tak silap Sis Jaws Seafood  ni pun dah di buka di Puteri Harbour. 

Jaws Seafood 
Jln Ismail Sultan, 80200 Johor Bahru, Johor
Buka dari jam 12pm hingga 12am
0167428855

Use Waze to drive to Jaws Seafood Greenland Danga Bay, Johor Bahru: https://waze.com/ul/hw23b2796u


P/S: Nanti nak try makan Ikan Bakar Sambal dia juga. Mesti sedap jugakan.. 

20 comments:

  1. Ooo tu makanan thai ye? Ada rezeki bole gak try nnnt

    ReplyDelete
  2. Menarik menu2 nya Lin dan harga pun bagi akak agak murah kalau kita nak setandingkan dengan environmentnya, sangat berbaloi. Nanti lps rentas negeri nak ajak Pak Inche ke sini la. Tq for sharing

    ReplyDelete
  3. menariknya makan kat sini sis..Tempat pun cantik.

    ReplyDelete
  4. Aduhai Sis Lin..kenapa la kejam sanagt ni..SA baca entry ni time kul 10.30am ha...lapar terus perut..harga makanan kat sini pun murah ye Sis...SA kena masukkan dalam wishlist la tempat ni...

    ReplyDelete
  5. dah lama tak makan satay, tgk sis share satay.. mcm kena cari ja ni

    ReplyDelete
  6. woah tak pernah tengok sebenarnya rupa shark fin baru tauu haha

    ReplyDelete
  7. dia mesti kenal ko blogger aku sis lin sebab tu dia tanya ok ke tak makanan..😜

    ReplyDelete
  8. Bilankita bakar ikan mestila bergaram kan haha... apa pun mesti sedap ni nnt bila dah ke JB nak cari gak la restoren Jaws ni huhu

    ReplyDelete
  9. Wah...dah lama tak pergi danga bay. Dulu masa study selalu pergi sana

    ReplyDelete
  10. Sejak follow blog sis ni, dah banyak tempat dah saya masukkan dalam senarai tempat2 wajib pergi bila ke Johor nanti. Hehe. Thanks share tempat2 yang best!

    ReplyDelete
  11. first time saya dengar menu ikan bakar garam. nampak macam sedap. Tapi tak masin sangat ke kalau lumur dengan garam ? maybe boleh imbangkan dengan cicah kuah asam tu kot kan Sis Lin

    ReplyDelete
  12. ok sah save lokasi ...nanti nak pi johor nak pergi sini sebab nak tru shark fin dengan ikan bakar garam tu ...memang nampak sedap sangat plus kena angin lauttt ...auchh heaven sungguh ....

    ReplyDelete
  13. Memang kena entri ni kak sebab minggu depan Marsha nak musafir ke JB. Boleh la cuba makanan kat sini. Masuk list

    ReplyDelete
  14. Ohmaigadddd sedapnya makanan yg dutawarkan.. ekceli ayu dahnkama teringin ikan bakar garam tu

    ReplyDelete
  15. Ni restaurant baru kat Danga Bay? Sebab dulu study kat situ tak try makan kat sini.. Next time turun JB boleh singgah ni.. :)

    ReplyDelete
  16. Macam2 ada kat danga bay ye.. Kita dh lama xturun jb lepak sini... Tgk menu shark fin soup tu nampak sedap pula..

    ReplyDelete
  17. Sedapnya kak tengok semua lauk tu.. Tempat pun nampak selesa.. Haishh bila la dapat jelajah johor ni erk..

    ReplyDelete
  18. Look so tempting! I would love to try too! My daddy also love this kind of food! Nak go soon!

    ReplyDelete
  19. Wow sedapnya kak linn.. belanja syaza pleaseee.. xD

    ReplyDelete
  20. woahh... i can't resist seeing grill fish.. feel like having it now!!lol... lapar pula kita

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.