KORANG ADA MASAALAH PANAU? INI CARA NAK HILANGKANNYA


KORANG ADA MASAALAH PANAU? INI CARA NAK HILANGKANNYA | Dulu masa anak Sis kecil, memang anak sulung tu ada masaalah dengan panau ni, tak boleh kena panas sikit, bila berpeluh, esok-esoknya akan timbullah panau. Atau berpeluh time bersukan di sekolah atau pakai baju sekolah terlalu lama seharian, kompom akan naik panau, tidak kiralah kat mukanya atau di badannya. 

Yaa memanglah ianya tak jadi alahan atau gatal teruk ke atau nampak berkudis, tapi nampaklah celanya kalau dah tumbuh panau di muka tu kan, nampak putih-putih je setompok dan bertompok pada kulit. Kalau anak perempuan Sis dulu, sampai kena ejek dan asyiklah kena tanya dengan kawan aje manjang; 'Kenapa muka awak tu'.. sian pulak Sis mendergarnya.

Kemudian kan, ada laaa jiran tegur dan bagi tips, jiran Sis ni India. Dia suruh amik daun gelenggang depan rumah dia tu, kemudian tumbuk macam inai, then airnya tu sapu pada permukaan panau tu. Gigih Sis buatnya, alhamdulilah lama kelamaan hilang panaunya, dan sampai ke besarlah, terus takde nampak tumbuh panau bila anak berpeluh ke apa. Mujarab juga petua India tu. Tapi tu berubat secara tradisional, kalau ikut saintiknya, ada lagi cara mudah nak hilangkan panau tu. Lebih senang dan berkesan dan di jamin selamat.

Meh Sis kongsikan perkongsian dari Hello Doktor ni cara nak hilangkang panau secara saintik. 

Korang Ada Masaalah Panau? Ini Cara Nak Hilangkannya

Pernahkah ibu korang berpesan agar tidak mandi setiap kali selepas berpeluh kerana risau panau akan timbul? Ya, perbuatan ini seringkali dianggap sebagai salah satu penyebab utama ‘peta dunia’ ini timbul pada kulit.

Apa itu panau?

Buat korang yang mungkin belum tahu tentangnya, panau atau Tinea versicolor adalah sejenis jangkitan yis yang disebabkan oleh kulat jenis genus Malassezia. Ia akan menyebabkan kulit korang timbul tompok-tompok jelas dan pucat yang berwarna putih, coklat, perang, hitam atau merah jambu. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadangkala akan bercantum menyebabkannya menjadi lebih besar dan luas.

Kebiasaannya, ia akan menyerang bahagian kulit yang terdapat banyak penghasilan minyak seperti muka, leher, kulit kepala, dada serta belakang badan. Selain daripada menjejaskan penampilan, penderita jangkitan kulat ini juga akan berasa gatal pada kawasan kulit yang mengalami panau ini.

Persoalannya, apakah penyebab sebenar kepada jangkitan kulat ini?

Apa punca panau?

Seperti yang telah dinyatakan di atas tadi, keadaan kulit berpanau boleh terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat jenis genus Malassezia. Namun apakah perkara yang akan mencetuskan jangkitan ini? Adakah benar mandi selepas berpeluh adalah penyebabnya?

Tidak! Untuk pengetahuan korang, kepercayaan ini adalah tidak benar kerana tiada kajian yang menyatakan panau boleh berlaku akibat perkara ini. Sebaliknya, terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi punca kepada jangkitan kulat pada kulit seperti:
  • Kulit berminyak
  • Kerap berpeluh
  • Sistem imun tidak kuat
  • Cuaca panas dan lembap
  • Selalu memakai pakaian yang lembap atau basah
  • Kurang menjaga kebersihan diri
  • Kelenjar adrenal telah dibuang

Walau apapun puncanya, panau ini sudah pasti akan mengganggu kehidupan seharian korang terutama dari aspek penampilan diri. Jangan bimbang dan berdiam diri dan menyangka bahawa tiada apa yang korang boleh lakukan, kerana wujud beberapa cara untuk hilangkan panau secara saintifik.

Cara hilangkan panau secara saintifik!

Sebenarnya, cara merawat panau ini tidaklah sesukar yang disangka dan korang sendiri boleh mengubati panau di rumah. Namun sebelum itu, korang perlu mendapatkan ubatan sapuan yang berbentuk krim atau syampu untuk membunuh kulat ini.Dapatkan ia di klinik, hospital atau farmasi berdekatan selepas berbincang dengan doktor tentang cara terbaik untuk mengubatinya.

Berikut adalah senarai ubatan sapuan yang terbukti berkesan sebagai cara hilangkan panau secara saintifik:
  • Clotrimazole (Lotrimin AF, Mycelex)
  • Miconazole (Monistat, M-Zole)
  • Selenium sulfide (Selsun Blue shampoo)
  • Terbinafine (Lamisil)
  • Ciclopirox (Loprox, Penlac)
  • Ketoconazole (Extina, Nizoral)
  • Fluconazole (Diflucan)
  • Itraconazole (Onmel, Sporanox)
  • Ketoconazole

Selepas berjaya membunuh kulat penyebab jangkitan ini, korang perlu tahu bahawa ia akan mengambil masa sebelum kulit berpanau ini akan hilang sepenuhnya. Bergantung kepada keterukan jangkitan, ia mungkin akan memakan masa beberapa minggu atau bulan dan jangkitan boleh kembali semula jika tidak dijaga dengan baik.

Selain ubatan sapuan klinikal ini, wujudkah petua lain yang boleh diamalkan?

Petua menghilangkannya secara tradisional!

Macam yang Sis tulis dia atas tu laa, untuk anak Sis yang kena panau tu, Sis guna daun gelenggang. Memang amik masa nak hilangkannya, tapi kena yakin, so hasilnya memang betul hilang. Selain itu memang ada petua-petua lain cara hilangkan panau secara tradisional namun keberkesanannya perlulah bersabar. 

Korang Ada Masaalah Panau? Ini Cara Nak Hilangkannya

Ini dia rupa daun gelenggang tu haa.. banyak juga rumah yang menanamnya dan terkadang ada je tumbuh di tepi jalan tu haa.. daun ni bagus untuk merawat kurap dan panau, kata oranglah, Sis cuba aje.. 

Tidak salah untuk mencubanya kan? selagi ia tidak mendatangkan mudarat? Selain itu, ini dia cara tradisional lain yang korang boleh mencubanya!

#1. Bawang putih
Bawang putih boleh digunakan untuk menghilangkan panau kerana ia bersifat anti kulat dan caranya, korang hanya perlu sapukan ia pada kawasan bertompok yang dijangkiti.

#2. Yogurt
Yogurt merupakan agen yang sangat bagus dalam mematikan kulat lantas menjadikannya sangat berkesan menghilangkan panau dengan hanya menjadikan yogurt ini sebagai masker.

#3. Limau & kapur
Limau dan kapur adalah bahan alkali yang mampu meneutralkan kadar pH pada kulit yang mungkin boleh menghilangkan panau. Caranya juga adalah mudah iaitu campurkan sahaja limau dan kapur ini kemudian titiskan atau sapukan ia pada kawasan yang terjejas.

#4. Mentega, serbuk kunyit & serbuk cedana
Bahan-bahan yang sangat terkenal dalam petua penjagaan kulit ini boleh juga digunakan untuk menghilangkan panau pada kulit korang. Caranya, campurkan bahan-bahan ini menjadi masker sama seperti yogurt dan tampalkan ia pada kawasan yang dijangkiti panau ini.

Dalam pada itu, korang juga mungkin boleh ambil vitamin tambahan sebagai suplemen di samping mengamalkan kebersihan diri untuk mengelakkan panau berlaku dan berulang kembali okay!


P/S: Sekarang dah mudah, daun gelenggang tu dah ada jual berbentuk krim dah, just sapu aje, tak payah ko nak menumbuknya.. hehehe..

10 comments:

  1. thanks sis for sharing .. my face mmg suka naik panau... selalu beli ubat dekat farmasi tu.. now boleh guna cara ni dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trylah Atie..ada juga kesannya guna cara tradisional tu..

      Delete
  2. Ako br tau ada nama pokok gelenggang... first time dengar...
    standard weii zaman sek, ako pun dulu banyak panau kat muka...
    dah besar ni dia dah hilang sikit2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe anak aku Kakak laa dulu banyak panau, aku guna daun tu je Ret.. sampai sekarang takde dah naik panau..

      Delete
  3. dulu ada produk daun gelenggang. sabun ke krim. kita pun tak ingat. bagus rupanya, boleh hilangkan panau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabun ada krim pun ada Mak.. memang bagus sebab Sis dah guna untuk anak..

      Delete
  4. cantik pokok gelenggang tu, tak pernah tahu pun sebelum ni. nice sharing sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Tiara, pokoknya ada bunga, daunnya leborr gitu..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.