KALAU DAH DEPAN MATA, TAKKAN NAK TENGOK AJE KAN?


KALAU DAH DEPAN MATA, TAKKAN NAK TENGOK AJE KAN? | Ye dakkk, benda dah depan mata, takkan nak tengok aje kan? hehehe. Ni semua salahkan Encik Suami! Gara-gara menunggu dia servis mesin pancingnya, tunggu punya tunggu, duk nengok duk jeling, akhirnya, Sis matikan enjin, terus masuk mengoder lalala...

Agak lama juga tak minum Tealive ni tau, konon memang dah verangan nak pi juga beli lepas gian, sebab dalam E-Wallet tu dah masuk duitnya [alhamdulilah], tapi belum ada masa nak keluar pergi ke sana ke sini nak merayap nak merambu macam sebelum-sebelum ni, sangat-sangat dalam keadaan berjaga-jaga Sis sekarang tau, tak tau laaa, jadi panik dan takut nak jumpa dengan orang, kecuali semalam bila Suami cuti, pepagi lagi Suami dah ajak keluar 'dating' bersarapan pagi, then terus Suami mengajak ke Pontian nak servis mesin pancingnya.

Tapi Sis tak turun, Sis tunggu je dalam kereta. Cuaca pulak agak boleh tahan panas masa tu, tup-tup Suami masuk parking betul-betul depannya Tealive, dan sebelahnya Watsons, perghh memang mengoda keimanan betullah. Pucuk di cita, ulam mendatang hahaha..

Kalau Dah Depan Mata, Takkan Nak Tengok Aje Kan?

Tunggu punya tunggu, kelibat Suami tak muncul gak keluar dari dalam kereta. Tiba telefon berbunyi, Suami call, katanya; 'Sikit lagi siap, kalau nak pergi Watsons pergilah, nanti Ayah panggil'... entah, dengar Watsons tu macam takde hawa nafsu plak nak pergi, sebab takde apa nak beli..tapi....

Yang tak menahannya tuuuuuu haaaa.. Tealive depan tu hahahaha... akhirnya dapat juga Tealive Milk Tea Sis yang Sis kepingin nau.. alhamdulilah, sejuk tekak dengan sekali sedut hahahaha.. boleh bayangkan tak? :p

Yaaa lain-lain Sis tak suka, Tealive keluar lee perisa atau benda terbaru ke, Sis lebih suka pada signature dia dari dulu hingga kini, Tealive Milk Tea dia.. tapi NO Pearl yaaa.. i dont like biji-biji liat tu hahahahaha.. 

Kalau Dah Depan Mata, Takkan Nak Tengok Aje Kan?

Apsal jauh nau servis mesin pancing tu?

Entah, tanya tuan punya badan hahaha.. Ada gak Sis pernah tanya sebelum ni masa ke sini, kata Suami sini bagus, dan servisnya free jika ko beli barang atau mesin di kedainya (hujung sekali tu sebelah yang dindingnya kuning). Dan kata Suami barang yang di jual pun murah, sebab dah banyak juga mesin pancing Suami beli di sini. 

Kalau dari rumah Sis di Pasir Gudang ke Pontian ni, memang ler jauh, tapi kalau dah hujung minggu kan, jalan-jalan berdua berdating gini, terus rasa dekat nauu jeee.. borak-borak ...taunya ehh dah sampai, haa gituuu... 

Mula ingat nak makan burasak ke, tapi Suami tersalah masuk simpang, dah kami malas nak pusing balik hahahaha.. last-last Suami suruh anak-anak di rumah siap, balik Zuhur dulu sesiap, amik anak, terus je keluar makan. Lagipun semalam kawasan rumah Sis takde air dari pagi sampai ke hampir jam 3am.. so memang seharian kami keluar semalam dari pagi sampai malam. 

Kalau Dah Depan Mata, Takkan Nak Tengok Aje Kan?

Psttt lawa tak bag tu? Hahahaha.. Bukann nak menunjuk tapi nak share benda murah dan sale ni..

Dan semalam dapat 'upah', Suami belikan handbag Carlo Rino yang tengah sale 'Year End Sale' ni. Memang terkejut juga reaksi muka Suami masa nengok harga. Harga asal RM499, sekali dah tolak sale 70% tinggal RM119 macamtu tak silap.,. murah kan?.. kualiti pun bagus..

Sebabnya, Sis ada bagitau Suami sebelum ni, yang Sis nak cari tote bag yang saiz besar dan taknak jenis keras. Mudah nak masuk barang dan bawa ke sana sini. Ye laa sejak-sejak ni banyak benda nak sumbat ko. Dengan wet tisunya, tisu tangan lagi, hand sanitisernya lagi, dan memacam laaa.. ingat tahun depan nak sumbat buku panner sekali, senang nak catat apa-apa kan.. tu yang nak cari bag yang renyah nak buat lasak basahan, dan akhirnya dapat juga..makaseh Encik Suami.. Moga Allah tambah dan murahkan rezeki Suamiku..

Korang kalau nak, pergilah Jusco Permas sana, semua item Carlo Rino dan lelain jenama semua sale hingga 70%. Geram nengokkk.. nasiblah anak-anak dan Suami tahan nafsu Sis, kalau tak, dah rembat gak sepasang sipor semalam hahahaha.. 

Alaa kita pakai biasher-biasher je wakkk...janji boleh pakai...ye dakkk... 


P/S: Now? Ada ni tengah berehat kat hospital jap hehehehe.. 

18 comments:

  1. Pehhhh.. murah giler handbag tu, Lin. Akk pun tgh berangan nak cari hb baru ni, tapi bab hb mmg susah beno nak cari yg berkenan.

    Kita sama la tak suka pearl2 tu, tapi klu Tealive akk suka starwberry pudding atau mango passion fruit, tapi tealive semua sedap2 la, hazelnut choc pun sedap, huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak, jauh beza harga, sebab tu terus rembat, ada 3 color lagi..tapi Suami pilih coklat..

      Kalau ada satu tu yang bang bang tu ooka, sebab pearl dia panas..

      Delete
  2. buat apa kat sepital tu sis lin? tp beg CR mmg cantik kan? materialnya best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meneman Suami checkup KakMin hehehehe.. CR memang pilihan kita, murah pun ya, dan kualitinya pun bagus...

      Delete
  3. Hujung tahun ni banyak sales.Kita suka Brand Carlo RIno ni.Tengah sales ni kalau ada budget boleh je belanja untuk diri sendiri..laki belanja lagi best..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr, tak payah pergi jauh, ko pergi je Jusco Permas tu haa, banyak gile sale CR ni hehehehe..

      Delete
  4. eh bukan ko suka bang bang ke tealive tu? hahahaha..salah ekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. BangBang tu pilihan kedua, tu pun sebab keluar viral, tapi tetap suka signature dia ni jee...

      Delete
  5. saya pun tetap suka signature dia. milk tea bubble kurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sedap kan Mar, nyaman jee sekali sedut hehehe

      Delete
  6. wow..murah tu. dah la cantik...percaya tak.kita tak pernah minum lagi tealive..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa murahlah tu sebab amik hehehe..
      Mak aii takkan tak pernah, lepas ni cubalah...

      Delete
  7. Replies
    1. Hahahaha silalah belikan untuk yang tersayang hahaha

      Delete
  8. tealive!!! ok jap g nak pergi beli la... sedap tealive ni hehehe
    then that handbag , omgg berbaloi kan beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah dekat ek dengan rumah Atie...
      Kalau Sis sini ada foodpanda kalau nak beli hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.