D'LAKSA DAH ADA STEAMBOAT PASTE ASAM LAKSANYA


D'LAKSA DAH ADA STEAMBOAT PASTE ASAM LAKSANYA | Gembiranya laaa wajah tadi, bila ternampak D'Laksa dah ada steamboat paste Asam Laksa!. Korang ada yang dah pernah cuba ke? Sis baru tau ni, dan bila ternampak je tadi, terus beli 3 pek. Sebab kalau korang beli 3, dapat free 1. So Sis beli bagi-bagi dengan adik-adik sorang satu.

Kebetulan harini menemani adik Sis ke Jusco Permas nak membeli barang sekolah anaknya. Selesai aje belanja, anak sedara kata lapar, so terus aje la Sis kata, 'Jom makan D'Laksa', rupanya anak sedara sorang ni suka makan D'Laksa ni hehehehe.. 

Sedangkan makan D'Laksanya pun dah sedap, apatah lagi kalau makan paste dia kan? Mesti sedap. yummmsss terliur oii.. hahahaha..

D'laksa Dah Ada Steamboat Asam Laksanya

D'laksa Dah Ada Steamboat Asam Laksanya

Aishhhh sedapnyaa lahai, tengok dua tiga kali pun kecur, padahal dah makan tadi hahahaha.. dia punya bau tu, mengancam gile kannn.. kalau ternampak, memang memanggil betul untuk duduk makan. Korang ada sama macam Sis tak? 

Tapi ye laa, nak bandingkan harga dia dulu dengan sekarang, agak jauh beza uii.. dulu masa mula je keluar D'Laksa ni, harga semangkuk tu baru je RM5. Sekarang? Sekarang RM7.90 semangkuk okay hehehehehe..

Tadi Sis makan amik set punya. 2 mangkuk D'Laksa + Fishball + Rojak dengan harga RM24. Tapi serius cakap, kalau makan D'Laksa kena order fishball tu, perghh sedap gilerr hahahaha.. Rojak dia pun samaa.. kan kan kan?... 

D'laksa Dah Ada Steamboat Asam Laksanya

D'laksa Dah Ada Steamboat Asam Laksanya

Kena plak tadi makan, dia punya ikan sardin kemain besar-besar ko. Banyak isi dalamnya. So memang sedaplah bila makan. Puashati laa makans emangkuk tu. Sebab ada masa isi ikan tu takde plak nampak, harini kemain banyak pulak.

Walaupun gerai D'Laksa tu kecil, tapi SOP tetap ada, sebelum duduk makan, scan MySejahtera dulu barulah duduk. Memang pekerjanya tak pesan, tapi sikap tanggungjawab #KitaJagaKita tu korang kenalah sendiri mau ingat ya. Lagipun soping mall, so berjaga-jagalah.

Sis pun kalau beriye memang tak keluar gak rumah. Tapi sebab adik kebetulan tidur rumah dan mengajak teman beli barang sekolah anaknya, so keluar jugalah. Dan jika korang pernah baca dulu, inilah adik Sis (no-2) yang kematian Suami dan punyai 5 orang anak yang masih bersekolah tu. 

Alhamdulilah, kehidupannya boleh dikatakan rezeki tu anak-anak tu sentiasa ada, dan dia pun dah kuat dan redha dengan apa yang berlaku. Sis sebagai Kakaknya kena bagi support fizikal dan gembirakan anak-anaknya. Tu je laa mampu bantu mereka. Korang doakanlah adik Sis ya.. 

Okaylah, ni pun curi-curi kejap update blog ni, banyak kerja dan nak masak untuk malam pulak. maklumlah ramai ni oii....dekat 30 orang serumah ni, riuh!.


P/S: Rindu kat Suami.. moga Allah pelihara Suamiku senantiasa, aamiinn.. 

22 comments:

  1. Tengok kepingan ikan sardin tu, terasa-rasa di mulut sendiri. Sedapnya!

    ReplyDelete
  2. Member saya suka.... dari laksa.. sampai rojak.. mmg gila laksa ni.. sy biasa biasa kalau laksa campur sardin nih.. hehe... Moga dipermudahkan segala urusan adik sis.. Amin

    ReplyDelete
  3. Zaman semangkuk Rm5 tu adalah sekali dua pergi, ni dah lama tak pergi dah. Terliur tngok

    ReplyDelete
  4. best kan dah ada paste macam ni...kalo yang tak makan laksa, boleh buat ala-ala oden..yumssss

    ReplyDelete
  5. Mesti tergoda kalo lalu sebelah kedai dlaksa ni. Bau dia.... Boleh buat orang patah balik. Kikikiki

    ReplyDelete
  6. Senangla dah ada paste segera. Tak payah renyah2 nak sediakan bahan. Terus lapar ni pepagi.

    ReplyDelete
  7. sekali sekala singgah aeon, memang kami makan dlaksa ni, memang menghirup lah haha. bila dah ada paste mudahlah nak masak di rumah, sedapnya terliur

    ReplyDelete
  8. amboi.. ni buat kita rasa nak terus cari kedai nak cuba ni.. last makan masa kat kl aritu rasanya..

    ReplyDelete
  9. bestnya dah aada pes macam ni, senang la kalau teringin boleh guna pes je hidang untuk semua hihi

    ReplyDelete
  10. Memang sedap laksa tu..bau dia memang selalu memanggil mintak singgah 😝

    ReplyDelete
  11. Uiks nampak sedap.mudah la sis kan kalo dah ada paste macam ni leh masak sendiri kat umah

    ReplyDelete
  12. Wow ramainya tetamu kat rumah. Sure meriah. Tapi memang laksa Dlaksa tu sedap. Terasa-rasa kuah dia yang sedap tu. Eiza pun baru tahu yang Dlaksa dah keluarkan paste. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  13. ya ampunnn hat ni memang favourite.. dia takda jual online eh sis lin. memang akan grab la. serius hat ni sedapppp yakmattt

    ReplyDelete
  14. Menu wajib kalau gi AEON. Dia punya bau tu fuhhh semerbak ye. Memang memanggil2 duduk makan. Kite suka semua tapi paling suka yg fishball tu, tambah petis.. Fuhh mengancammmm

    ReplyDelete
  15. saw this shop a couple of times but belum sempat cuba. they make it so convenient for people to prepare their favourite laksa at home too. cant wait to try this paste!

    ReplyDelete
  16. Wow, steamboat asam laksa! Something new tu. Selalu steamboat kalau tak tomyam, sup biasa. Asam laksa saya belum pernah cuba lagi. Mesti sedap.

    ReplyDelete
  17. Aduiii telan air liur tengok laksa ni... senang la ada paste macam ni kan boleh masak2 kat rumah jer nanti...

    ReplyDelete
  18. Kita dah cuba paste asam laksa D'Laksa ni memang sangat sedap dan juga sama seperti mana yang mereka jual kat kedai best giler boleh buat sendiri Asam Laksa kat rumah lepas ni heheheh...

    ReplyDelete
  19. Saya plan lunch ni nak pi ke AEON AU2 untuk makan D'Laksa. Hehehehe. Akak memang mengundang. Nanti nak beli steambot paste tu. Nyumm nyummm.

    ReplyDelete
  20. yerrr !! saya pon baru tahu dorg ada jual paste asam laksa tu. dahlah memang feveret asam laksa nie.agus dorg ada jual paste mcm nie. senang nak buat dekat rumah

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.