WORDLESS WEDNESDAY - IKAN BAKAR GARAM


WORDLESS WEDNESDAY - IKAN BAKAR GARAM | Siapa pernah makan Ikan Bakar Garam gini? Sedapkan? Ikan bakar macam ni memang kesukaan Sis, Sis suka makan meratah aje. Kebetulan baru-baru ni memories di facebook ada mengeluarkan #throwback percutian family holiday Sis tahun lepas di Krabi. So ternampaklah kami makan ikan bakar garam ni di Ao Nang Beach tu. 

Kemudian tercakap plak dengan Suami, 'Kan best kalau dapat pi Krabi lagi, kita makan seafood puas-puas kat sana macam tahun lepas kita bercuti'. Then anak tanya, 'Mak nak makan ikan bakar garam tu ke?'. Teruslah anak-anak pakat dengan Suami Sabtu lepas, bawa keluar makan Ikan Bakar Garam ni. 

Ada ke kat Johor ni? Korang jangan risau, adaaaa... korang boleh pergi ke Persisiran Danga atau Pantai Lido lama tu, then pergi ke restoran JAWS, situ ada jual Ikan Bakar Garam ni dengan harga RM19.90. Sedap tak? Sedap!..

Korang cubalah.. 

Ikan Bakar Garam

Ikan Bakar Garam


P/S: Rindunya nak travel! Plan bercuti tahun ni semuanya cancel, kalau tak hujung bulan ni kami anak beranak ke Vietnam, nasib tak beli lagi tiketnya huhuhu.. 

12 comments:

  1. kita selalu makan ikan bakar garam ni kat Carabao Restaurant.. kat situ ada dua sos cicah, hijau ngan merah, sama macam kat Siam. Nak buat sendiri kat rumah pun boleh, Lin. Guna garam kasar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ada Kak ek, nanti cuba sana plak, rasa macam nak try gak buat sendiri, tapi malas tu kuat hahahahaha

      Delete
  2. Menu Thai yang menyihatkan ni. sedap betul ratah dengan salad dan ulam-ulaman cecah sosonya yang lazat cukup rasa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee Amie, makan ratah, then salad tu celup makan dengan sambal...

      Delete
  3. owhhh tak pernah makan ni..aku ingat ikan bakar lepas tu lumur garam macam mak aku buat..rupanya lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ni kalau ko gi Krabi ke atau Thailand ke, memang banyak ni ikan bakar garam ni Sun... nanti aku belanja ko ea...

      Delete
  4. Replies
    1. Sedap Cik Nor, teringin sangat, akhirnya dapat juga...

      Delete
  5. uish sedapnya..dapat pula cicah air asam mau bertambah nasi ni..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee dia siap air asam, memang paduuuuu....

      Delete
  6. uuish saya teringat pulak 1 video masakan korea dia macam ni lebih kurang.. bukan ikan masin tapi mmg berlumuran garam then dia grilled..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kot Siti macam ni, tapi masa Sis ke KOrea, takde pulak jumpa ikan garam tu...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.