KEMPEN #InternetUntukSemua DAH BOLEH MOHON SEKARANG


KEMPEN #InternetUntukSemua DAH BOLEH MOHON SEKARANG | Sis kongsikan dari apa yang Sis baca pagi tadi kepada semua yang layak/berhak memohon bagi kempen #InternetUntukSemua ni ya. Tak rugi apa pun kita share, walau hanya copy & paste, sekurangnya jika mereka terlepas pandang baca di paparan sebenar Dr Maszlee Malik tu, at least ada pembaca yang datang baca di blog kita then terbaca, kemudian mereka barulah tau, so manfaat kan, dapatlah pahala kita di situ. 

So, meh laa kita war-warkan untuk kempen ini, korang nak turut serta dalam kempen ni pun boleh, sebab sasaran mereka mengumpul dana RM50 000 dalam kempen ini bagi kempen pertama untuk mereka yang memerlukan. 

Sejak Covid-19 melanda, selain keadaan ekonomi yang menghimpit, kita juga menyaksikan keterbantutan pendidikan yang semakin parah. Setidak-tidaknya di Sabah sahaja seperti dilaporkan Berita Harian 8 Mei yang lalu, 52% tidak mempunyai bekalan internet untuk meneruskan pembelajaran di rumah.

Angka ini tentu semakin meningkat sekarang setelah sekolah ditutup dan penularan Covid-19 semakin tidak terkawal. Justeru, untuk sama-sama menyelamatkan murid dan pelajar di seluruh Malaysia, #UntukMalaysia telah melancarkan kempen #InternetUntukSemua.

Kempen #InternetUntukSemua Dah Boleh Mohon Sekarang

Terdapat 2 cara bagaimana korang boleh terlibat dengan kempen ini. 

Pertama, korang boleh memohon untuk mendapatkan simkad dengan bekalan data internet percuma selama 1 hingga 3 bulan di laman  : https://untukmalaysia.my/v2/internet-untuk-semua/.

  • Jika korang seorang guru dan mengetahui murid yang memerlukan, korang boleh mencalonkan murid tersebut sebagai penerima.
  • Jika korang ibu bapa, anda boleh mengisi borang untuk mencalonkan anak korang sebagai penerima.
  • Jika korang seorang siswa, korang boleh mengisi borang tersebut untuk diri sendiri.

Kelayakkan : 

Hanya mereka yang telah lulus saringan sebagai keluarga B40 melalui laman Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di https://bpn.hasil.gov.my/ sahaja akan dihubungi. 

Simkad tersebut seterusnya akan diposkan ke rumah penerima masing-masing.

Kedua, korang boleh menjadi penyumbang kepada projek ini dan menjadi agen untuk menyebarkan gerakan ini. Sasaran awal dana untuk projek ini ialah RM50,000 untuk fasa pertama dengan jumlah 1000 penerima.

Pihak mereka menjemput semua rakyat Malaysia untuk sama-sama berganding bahu dan melabur saham untuk membantu menyediakan akses pendidikan yang amat-amat diperlukan oleh anak-anak kita.

Sumbangan boleh dilakukan di: https://bit.ly/3lqh6F4

Ubah Pendidikan, Ubah Masa Depan.
YB Dr Maszlee Malik


P/S: Jom kita sama-sama sertai kempen ini!.. 

12 comments:

  1. Replies
    1. Iyee jom laaa kita war-warkannya..moga manfaat buat mereka yang memerlukan..

      Delete
  2. inisiatif yang baik semoga bermanfaat dan di gunakan sebaik mungkin oleh penerima :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita sokong kempen ini yaa Kak...

      Delete
  3. Replies
    1. Sangat CikTie.. ramai di luar sana yang snagat memerlukan..

      Delete
  4. Alhamdulillah. Banyak kemudahan untuk manfaat rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Amie, manfaat sangat buat mereka yang anaknya memerlukan internet..

      Delete
  5. aku dah try as siswa..tak tahu la dapat ke tak..huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.