'ALOHA' THE BEST DORY SKIN CHEESY SALTED EGG!


'ALOHA' THE BEST DORY SKIN CHEESY SALTED EGG! | Tengok gambar terus rasa terliur pulak daaa... adoiii masaalah betul kalau buat posting makanan ni, asal menaip je lapo, asal lapo je tengah menaip hahaha. Korang lapo tak? kalau lapo sila merangkak ke dapo hahaha..

Korang pernah makan dan rasa ALOHA Dory Skin Cheesy Salted Egg ni ke? 

Yaa jujurnya ini pertama kalinya juga Sis merasa dan mencubanya. Pertamanya sebab membeli, sebab Sis ni pantang bila nampak sesuatu benda yang ada 'salted egg', memang Sis suka. Dan maka sebab itulah, bila ternampak kawan di Facebook Sis menjual ALOHA Dory Skin Cheesy Salted Egg ni, apalagi, memang mengediklah terus nak mengordernya. 

Tapi tulaaa silap pulak tak kena timing membeli, sebab masa ALOHA Dory Skin tu sampai, adik-adik semua ada, so memang ramailah manusia dalam rumah, belinya satu, so ko ngase? Takkanlah Sis nak makan sorok-sorok kan? Paling tak kena laa ajak sekali anak sedara makan sekali jadi testimoni dan juga model untuk jadi bahan posting Sis hahaha.. 

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

Cantikkan pakaging kotak dia?..

Untuk permulaan jualan ni, menurut kata kawan Sis tu, ianya adalah limited edition dalam bentuk kotak macam dalam gambar tu. Next bila korang beli nanti mungkin ianya akan terjual dalam pakaging lain pulak. Yang menarik perhatian anak-anak sedara Sis ni sebelum makan, kotaknya tu haaa.. design dia tu mesra kanak-kanak sangat, siap ada lukisan kartun dan juga ada pesanan di tepi kotaknya 'Take Care Stay Home', ibarat contoh macam katanya Mia haritu; 'Kita duduk je rumah makan ALOHA Dory Skin ni' pandai je kannn hahahaha..

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

Kalau tengok pada ramuan dan bahan tertulis tu, memang ada lada/paprika tu, tapi tidaklah rasa pedas. Biasa-biasa aje. Cuma.... bagi tekak Sis, mungkin sebab Sis tak berapa gemar sangat dengan cheese, so rasa cheese tu terlalu kuat sangat sampai tenggelam rasa salted egg dia. Tu tekak Sis laaa.. 

Kalau tanya adik-adik semua, semua kata sedap dan OK. Ye laaa lain tekak lain rasa, so korang kenalah cuba sendiri baru tau macam mana pergi rasa dia. But masih rasa sedaplah.. 

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

Tapi yang Sis sukanya ALOHA Dory Skin ni adalah kepingan dory skin dia, tebal dan besar-besar, memang sekali ko ngap rangup, crispy dan rapuh arrr.. sedap gile time mengigit dia, bunyi krup krap krup krap tu sampai anak-anak sedara pun semua duk gelak bila mengigitnya hahahaha.. 

Ada certain yang Sis beli Dory Skin ni, kepingannya agak nipis, memanglah rangup juga, tapi rasa kepuasan mengigitnya tu tak sama jika ko makan gigit yang tebal punya. Ehhh tak caya ye cuba laaaaa...Ko try makan yang nipis dengan yang jenis tebal gini, mana satu lagi best dan puas! ..

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

Bendanya beli sekotak, bila dah ramai makanya berebutlah makan. Bukan tak cukup, tapi sebab sedap nauuu tu yang tak cukup. Ye laa ada cheese kann, bebudak sukalah. Ingatkan si Danny kecik tu tak makan, sekali dia cuba, habis sekotak tu dia 'rampas' dan tak bagi sapa-sapa pun makan hahahaha adoiihaiiii...

Last-last bila dah habis, menangis minta lagi Mama dia.. nanti laaa Ayyom belikan lagi yaa.. ni Ayyom testing je ni, manalaaa tau sedap dan semua sukakannya hahahaha.. anak anakkk...

Bagi korang yang nak mencubanya, bolah dapatkannya dengan kawan Sis ni. Korang boleh wahtsapp atau PM/DM dia. Details Sis letak di bawah ni ya. 

Harga terjual RM26 sahaja. Tapi kalau korang beli sekarang, mereka sedang buat jualan Year End Sale, so harga hanya RM23 sahaja macam Sis beli tu. (jualan YES masih lagi berlangsung). Pos seluruh Malaysia. 

Atau korang boleh online di Shopee dia aje. 
Lagi satu kann, kawan Sis ni bukan jual ALOHA Dory Skin je, ada juga jual pakaian wanita baju tanpa gosok tu haaa hahahaha.. silalah membelek dan membelinya ya.. harga sangat berpatutan. 



P/S: Harini hari terakhir 2020.. Hurmmmmm... macam belum bersedia nak melangkah 2021 laaa.. tapi tak sabar tunggu 2021.. 

19 comments:

  1. Ni kalau Iman nampak, mesti dia ngendeng, hahaha

    ReplyDelete
  2. hehhehe ramai kan dah jual dory skin ni...
    tp sebab ako kureng sket telur asin2 ni... so ako bole rasa secubit je la heheh

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa nampak dorang makan. Belum pernah cuba lagi style dory skin ni. So xleh nak expect rasa dia mcamana la kan. hehe

    Happy new year in advance sis Lin. ^^

    ReplyDelete
  4. nampak sedap ni..produk dory skin ni makin banyak dalam pasaran kan. cheesy dory skin mesti lagi sedap kan..

    ReplyDelete
  5. Tak dapat nak bayangkan combination cheese and salted egg tu..huhu..maknanya kenalah beli and try kan? 🤩

    ReplyDelete
  6. looks so cheesy ni.... tapi i can not eat too much cheesy..tak kena dgn tekak

    ReplyDelete
  7. seronok anak2 makan mesti sedap. dah banyak brand dory skin taoi aloha ni nampak cheesy mesti sedappp

    ReplyDelete
  8. Uishhh tengok each piece salut dengan cheese, tak kedekut lak tue.,..boleh ahhh Nell try this nanti...

    ReplyDelete
  9. Beli satu nak kongsi sekeluarga memang mengundang la Sis Lin. Kalau Rawlins, seorang satu pun belum tentu cukup hahaha

    ReplyDelete
  10. Comelnya kota dia, dah mavam kotak susu je. Liez tak pernah cuba lagi dory skin ni sebab mcm tertarik.. ni tgk kotak aloha buat rasa nak mkn je

    ReplyDelete
  11. Pernah cuba brand lain yg from Singapore tu. Gila mahal. Benda ni memang mahal kot. Tapi sedap.

    ReplyDelete
  12. nampak sedap dory skin ni. saya tak pernah try lagi sebenarnya. macam manalah rasanya ek. bolehlah nnti nak try :)

    ReplyDelete
  13. sedapnya dory skin tapi tak pernah dengar lagi brand aloha ni boleh try

    ReplyDelete
  14. Sekarang ni makin popular lah produk daripada kulit ikan dori ni dah banyak yang buat dengan perasa sama salted egg and cheese hehehe. Yang ni kita tak pernah cuba rasa macam nak cuba lak hurmm sedapnya..

    ReplyDelete
  15. this looks absolutely delicious! i am sure the whole family will enjoy this snack at anytime of the day. the packaging is so attractive too, perfect as gifts and treats for kids!

    ReplyDelete
  16. comey sungguh packaging yer. nak bagi buah tangan pada orang pun comel. nampak sedap lah, rasa nak cuba jugak.

    ReplyDelete
  17. Kte sebut je salted egg n fish skin memang suka giler sis..ni baca sbil terliur ni hahah

    ReplyDelete
  18. Cantik packaging dia.. terliur la salted egg n fish skin nie.. nak keluar pegi cari gak la..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.