SELAMAT TAHUN BARU 2021


SELAMAT TAHUN BARU 2021 | Horay!! tinggal beberapa jam saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2021. Sudah bersediakan korang? Ada azam baru ke tu? Ke azam lama masih banyak tertunggak lagi? Kalau di tanya pada Sis, sejujurnya tiap tahun takde azam, dan tak pernah nak 'goal' kan azam pun kalau ada, cuma tiap kali masuknya tahun baru, satu je Sis fikir akan 'satu masaalah' yang membelenggu Sis beberapa tahun ini, sambil hati dan jiwa bertanya kepada DIA, 'bilakah semuanya ini akan berakhir dan terjawab'....

Apa dia? One day akan Sis cerita panjang di sini... tiba masanya pasti!.. Korang tunggu aje, itu JANJI Sis!. #MohonTerasa #JanganCabarAku .. 

So untuk permulaan menyambut tahun baru 2021 ni, harini Sis dah mulakan perjalanan bawa family staycation dalam Johor aja. Kalau memories di facebook keluar harini, Sis berada di Kelantan dah ikuti FAMediatrip bersama Tourism Malaysia ke Golok untuk sambut tahun baru 2021. Tapi tahun ni Sis sambut bersama family dan Suami tercinta. 

Bila di ingat-ingat trip tu, seronoknyaa.. kenangan yang tak dapat di lupakan! 

Selamat Tahun Baru 2021

Tak kisahlah kan sambut tahun baru di mana pun, bukannya wajib pun, ada tu yang company takde cuti tahun baru pun, still kerja macam biasa. Macam Suami Sis jugalah, ikutkan dia kerja, tapi sebab Sis dah bagitau dia awal-awal so dapatlah dia cuti dan merehatkan diri. Kesian tengok hari-hari kerja, so kali ni Sis bawa dia sekali untuk staycation bersama anak-anak. 

Ikutkan seram juga nak keluar ke bandar bila lihat carta kes Covid19 di Johor ni makin naik. Tapi tu laaa, sebagai tanda kita memberi sokongan kepada industri pelancongan kan, makanya Sis akur jugalah dengan keadaan sekarang. Cuma kita amik langkah berjaga-jaga dan patuhi SOP yang di sediakan. 

Memang kena sangat tema tahun baru 2021 kali ini 'Wargakota Terus Bertahan', so ayuh kita lawan dan terus berjuang bagi memutuskan rantaian wabak Covid19 ni!...

Selamat Tahun Baru 2021

Seperti sedia maklum pun ramai dikalangan kita sudah menempuh tahun 2020 dengan penuh rintangan dan cabaran dan pastinya terdapat banyak peristiwa yang pahit mahupun yang manis terjadi dalam kehidupan masing-masing sepanjang 365 hari tersebut kan? Tak terkecuali diri Sis juga. Yang manis kita simpan, yang pahit kita buang...ehhhhh kalau Sis yang pahit Sis kenang, lagi kalau hati terluka, sampai mati takkan ku lupa!..

Semoga kehadiran tahun baru 2021 ini akan memberi makna yang besar kepada kita semua serta memberi kita semangat untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan yang diimpikan.

Detik, Demi Detik,
Hari Demi Hari,
Hingga Bulan Demi Bulan Telah Mengusung Banyak Cerita,
Suka Duka.. Menjadi Warna Nyata Dalam Hidup Kita,
Tapi Biarkan Semua Menjadi Kenangan Yang Terpahat,
Kini Tahun Baru Telah Mendatangi Kita,
Tibanya Kita Memperbaiki Kegagalan Menjadi Kejayaan,
Kita Buka Lembar Kisah Baru Dengan Semangat Dan Keceriaan,

Harapan Tahun Baru Ini Kita Akan Memiliki Visi Baru,
Misi baru,
Hidup Baru,
Hari Baru Yang Akan Lebih Baik Dari Hari Semalam,

Selamat Tahun Baru 2021 Semua!

Selamat Tahun Baru 2021


P/S: Thank You Brand Culture for the 2021 book planner. i love it so much!.. 

11 comments:

  1. Salam tahun baru awak n family.. Moga tahun depan kita dapat gather2 lagi.. Rindu ngan semua orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga buat awak..
      Yaa moga tahun ini kita dapat kumpul bersama yaaa...

      Delete
  2. Selamat menyambut tahun baru 2021.

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut tahun baru ;D

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.