PENANGAN KOPI BADANG, MINUM SECAWAN, NAK BERCAWAN-CAWAN!


PENANGAN KOPI BADANG, MINUM SECAWAN, NAK BERCAWAN-CAWAN!| Sedia maklum, Sis ni kalau bercakap tentang kopi dan minum kopi, memang agak cerewet dan akan ulas panjang-panjang jika ianya sedap atau sebaliknya. Yang memang kenali Sis memang akan tau perangai Sis. Lagi-lagi kalau adik-adik Sis atau kawan terdekat, cakap je laa kopi apa, bak datang sini Sis cuba, lepas tu Sis akan komen berjela-jela, termasuk juga laaa bila nikmati Kopi Badang White Coffee ni. 

Sis tau ramai yang dah mengenali dan mencubanya Kopi Badang ni, samalah Sis, sejak mula diperkenalkan di pasaran dulu, Sis dah beli berkotak-kotak dah, lepas tu terputus stok plak, tapi sekarang bila ternampak balik Kopi Badang ni, semuanya serba baru, pakaging bukan dalam kotak lagi okay. Lebih simple tapi nampak menarik gituh! Yaaa, nama masih sama, cuma Kopi Badang kini berwajah baru dalam pakaging baru, tapi ramuan dan keaslian kopinya tetap 100% asli sama seperti dulu, cumaaaa... sekarang dah ada keluaran terbaru Kopi Badang khas untuk wanita dan lelaki yang ingin gagah dan perkasa hahaha..

Yaaa Kopi Kacip Fatimah dan juga Kopi Badang Tongkat Ali. Hebat bukan! Kalau sebelum ni hanya ada Kopi Badang White Coffee aje, now dah ada ramuan khas sebagai tambahan dalam Kopi Badang tu, memang sesuai sangatlah kan untuk mereka yang mementingkan kecergasan dan juga ingin lebih bertenaga. 

Sis? Tentunya laaa nak mencuba Kopi Badang Kacip Fatimahnya. Biasa dah selalu minum Kopi Badang White Coffeenya tu.. So kali ni kita cuba plak yang ada ramuan kacip fatimah beserta kolagen di dalamnya. Korang dah mencubanya juga ke?

Penangan Kopi Badang, Minum Secawan, Nak Bercawan-Cawan!

Siap ada cawan ko!! Tak silap special edition limited stock dengan setiap pembelian Kopi Badang mereka. Sis dah lupa plak laa pembelian macam mana huhuhu. Korang bole terus direct ke laman sosial di bawah nuu yang Sis bagi tu dan bertanya yaa.. Malu bertanya, tak dapatlah cawan hahaha..

Sis suka pakaging terbaru Kopi Badang White Coffee tu, lebih nampak 'segar' dan 'fresh', dari guna kotak dulu tu, susah nak bawa kemana, so dengan pakaging plastik camni, senang nak sumbat satu bungkus tu dalam bag tanpa jahanam kotak hahahaha. 

Korang yang suka minum kopi kena cuba dan nikmati kopi tulen tanpa sebarang bahan campuran seperti perasa tiruan, pengawet dan pewarna makanan. Ia kini boleh dinikmati dengan kopi tulen 100% rasa kopi asli sebenar. 

Penangan Kopi Badang, Minum Secawan, Nak Bercawan-Cawan!

Kopi Badang yang diperkenalkan sebagai kopi pra campuran 3 dalam 1 itu telah berada di pasaran sejak tiga tahun lalu dan kini aktif dalam memasarkannya ke seluruh Malaysia di pasaraya kecil dan besar juga di semua kedai-kedai runcit. 

Kalau di tanya kenapa nama 'Badang'? katanya ianya merujuk kepada hikayat cerita rakyat dahulu kala yang bernama Badang, korang pernah tengok filem Badang tu? Dari kisah Badang itulah namanya di beri kerana kejujuran, keikhlasan dan jika di lihat, seluruh watak Badang itu adalah mengambarkan sifat dan ragam masyarakat tempatan. Dan yang utamanya, ianya HALAL dari segi penyediaannya dan juga pemerosesannya di kilang kopi milik syarikat itu di Johor Bharu.

Yaaa orang kampung kita wakkk hehehehe...

Penangan Kopi Badang, Minum Secawan, Nak Bercawan-Cawan!

Penangan Kopi Badang, Minum Secawan, Nak Bercawan-Cawan!

Dengan tagline Kopi Badang 'Minum Secawan..nak bercawan-cawan', haaa dengan Sis Lin ko juga dah tersampuk oii.. sekali ko minum secawan, ehhhhh rasa nak minum bercawan-cawan, uishhh bahaya ni, bukan bahaya apa, kang ada terlebih tenaga plak hahahaha.. ye laaa, banyak nau mengacip kang lalalalala...

Rasa dia sedap, walaupun Sis minum yang ada ramuan Kacip Fatimah dan juga kolagen dalamnya tu, tapi rasa kopinya tetap kekal asli rasanya seperti macam takde pun rasa pahit ke apa ke. Dan yang bagusnya, jika korang memilih Kopi Badang Kacip Fatimah ni, ianya kopi pra campuran 5 dalam 1 yang lebih bagus dan baik untuk kesihatan wanita. Kalau lelaki ko amiklah Kopi Badang Tongkat Ali. 

Ye laa, dari ko minum kopi biasa-biasa tu, lebih elok ko amik dan minum kopi yang ada khasiat Kacip fatimah ni kan, siap ada kolagen lagi, sedap pun dapat, khasiat pun berganda juga ko dapat. Setakat ni kalau Sis minum, takde laa pulak pening kepala ke, loya ke, atau sebarang tindakan yang di luar kawasan kawalan. So far so good, lagi nak menambah bercawan-cawan ada lerr... Opsss.. 

Penangan Kopi Badang, Minum Secawan, Nak Bercawan-Cawan!

Penangan Kopi Badang, Minum Secawan, Nak Bercawan-Cawan!

Penangan Kopi Badang, Minum Secawan, Nak Bercawan-Cawan!

Buat masa ini kalau korang nak dapatkan Kopi Badang ni, ianya sudah berada di semua rangkaian AEON seluruh Malaysia, Mak Cun Mart, Rosyam Mart & Seluruh Cawangan Pasaraya Ikhwan Mart. Dan banyak lagi Mart-mart dan hypermarket yang akan memasarkan produk Kopi Badang ni. Kot-kot kedai berdekatan rumah korang pun dah ada jual, silalah pergi check hehehe..

Tak silap KK Mart dan ECO pun dah ada jual dah...

Korang cubalah, tapi ingat! Jangan beli sebungkus, takut sekali cuba, pasti nak lagi, so kena beli berbungkus-bungkus ya hahaha, kang takut putus stok plak kang hahahahaha.. 

Untuk maklumat lanjut atau jika korang nak memborong berkaton-katon Kopi Badang ni, korang boleh terus ke Facebook Kopi Badang Official atau ke Instagram Kopi Badang Oficial mereka. 

Awas! Dapatkan yang original! .. 


P/S: Jom support barangan dan produk lokal tempatan kita. Siapa lagi kalau bukan kita kan kan.. Syabas Boss Badang!!

15 comments:

  1. Badang dah gagah tu.. ditambah kacip fatimah. Fuhhhh.

    ReplyDelete
  2. Banyak mengacip, boleh tambah baby sis!!!! Hehehheehe.... Nampak sedap.. x pernah try brand Badang...... nak cawan tu jugkkk!

    ReplyDelete
  3. aku pernah rasa kopi ni, sape tah bawak balik rumah sachet dia dalam dua pek tu..sedap gak

    ReplyDelete
  4. This coffee look so delicious. I bet it's good for breakfast. Would like to try it. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  5. Macam nak try la Kopi Badang ni. Kalau sis yang cerewet pun kata sedap, confirm la sedap kan? Siap dapat cawan lagi!

    ReplyDelete
  6. Ooo..kte lom pernah jumpe lagi sis kopi brand Badang ni. Ni 1st time dengar. Kte ni peminat kopi gak so nanti leh la try

    ReplyDelete
  7. Jadi gagah tak.lepas minum hehheeh. Selalu juga dengar psl kopi ni.. menarik

    ReplyDelete
  8. Okay lepas ni nak pi cari dekat AEON. Nak pekena yang Kacip Fatimah tu kak. Hehehe. Moga bertenaga menguruskan rumah tangga. Hehehe.

    ReplyDelete
  9. Honestly I am really amused by your title, "Nak Bercawan-cawan" Ha :D I guess it is really delicious huh. I would love to try this brand too. Wow using the name "Badang" :)

    ReplyDelete
  10. pernah rasa kopi ni, mmg sedap betul..kena dgn tekak

    ReplyDelete
  11. Oh dekat Rosyam ada juga ye.. boleh la Nell try brand ni juga nanti.. :) First time dengar brand ni bah..

    ReplyDelete
  12. wow how amazing is this coffee, it comes with both kacip fatimah and collagen! the perfect formula in a cup. cant wait to try this for myself soon!

    ReplyDelete
  13. Ada utk wanita laki juga rupanya.. Ingtkan sis lin minum yg badang hehehe... Bagus juga ni ada kacip fatimah

    ReplyDelete
  14. I love coffee! Must give this Kopi Badang White Coffee a try soon too. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  15. Kak memang suka minum kopi yp tampa gula, kopi Badanv blm pernah cubs

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.