MASAK TOMYAM SANTAN KALI KEDUA BARULAH MENJADI


MASAK TOMYAM SANTAN KALI KEDUA BARULAH MENJADI | Haaa ini kali buat dan masak., barulah menjadi dan sedap! Kali pertama buat Tomyam Santan tu tak berapa nak menjadi sebab Sis rebus aje semua, kira lebur, tapi kali kedua ni masak, Sis tumis dulu bahan-bahannya kemudian tunggu mendidih barulah masuk segala bahan seafood atau sayuran. 

Tak apa kita kena cuba sampai rasa puashati kan. Sebab bab memasak ni kita yang adjust dia, tang rasa, tang bahan, tang segalanya laaa bahan, so jangan risau dan salahkan resepi kalau tak menjadi, salahkan diri sendiri je sebab kita yang buatnya hahahaha.. 

Air tangan orang pun berbeza, bahan yang nak di sediakan pun jauh beza dengan rumah orang lain, so kita guna aje kreatif kita dan bahan apa yang ada untuk masak, janji masak dan kenyang, ye sudah.. Jangan pening-pening kepala bahan takde, sampaikan ko sampai nak keluar semata pergi Jaya Grocer sana hahaha.. PandaMart kan ado hahahahaha..

Tapi yaa serius cakap, kali kedua Sis masak Tomyam Santan ni memang menjadi dan rasa dia perghh paduuu, bak kata si anak bujang hahaha.. dia duk meratah aje semangkuk dan bermangkuk-mangkuk.. termasuklah si kakak-kakaknya juga. Semua meratah hirup tanpa makan nasi. 

Masak Tomyam Santan Kali Kedua Barulah Menjadi

Masak Tomyam Santan Kali Kedua Barulah Menjadi

Resepinya masih sama je Sis guna yang sebelumnya, cuma mungkin beza hanya santan dan bahannya aje. Alaa resepinya dulu Sis google gak, so tak payah le nak tepek lagi kat sini ek.. Korang baca aje di posting Resepi Tomyum Santan Sis yang tu yaaa.. 

Apa? Nak resepinya juga? Eee ko memang malaskan nak google dan klik membacanya kann? Hampeh.. Ye laa ye laa Sis tepek resepinya kat sini, tapi resepinya ko olah le bahannya sendiri. Macam Sis juga, ikut je resepi cara memasaknya, tapi bahan semua Sis sediakan sendiri ikut apa yang ada dalam peti ais Sis jer.. 

Okay dah, meh nengok resepinya ya.. 

Masak Tomyam Santan Kali Kedua Barulah Menjadi

Masak Tomyam Santan Kali Kedua Barulah Menjadi

Resepi Tomyam Santan 

Bahan-Bahannya:
Isi ayam, udang (boleh masukkan daging atau seafood)
1 sudu besar Thai Tom Yum Paste 
4 sudu besar santan atau sekotak kecik santan
2 cawan air
2 sudu besar gula
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai *dipotong serong
5 biji cili padi *ketuk-ketuk
6 helai daun limau purut 
Bunga Kobis
Tomato
Cendawan enoki 
Capsicum
*Satur-sayur tu ikutlah pilihan masing-masing, boleh juga masukkan seperti jagung muda atau fishball atau fishcake

Cara Memasaknya:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, serai, halia dan cili padi
2. Masukkan tom yum paste 
3. Masukkan ayam/daging dan daun limau purut
4. Masukkan santan dan air
5. Masukkan perasa dan gula (ikut citarasa masing-masing untuk rasa masam, masin dan manis)
6. Masukkan sayur-sayuran
7. Masukkan udang 
8. Tunggu mendidih sekejap dan boleh di hidang.

Senang je kan.. 

Masak Tomyam Santan Kali Kedua Barulah Menjadi

Bila dah siap, ko ceduk dan hirup pepanas, sedap yak amat oiii... memang Sis masak seperiuk penuh, sebab tau dah, anak-anak akan hirup meratah aje. Padahal makan nasi tapi tetap mereka ceduk semangkuk makan begitu saja. 

Korang cubalah.. sedap sangat.. kira boleh di katakan rumah Sis dah takde masak Tomyom biasa dah, kalau masak aje mesti bersantan hehehe.. 

Okaylah, off dulu.. ni pun curi-curi masa kejap update pagi ni guna laptop anak, laptop Sis masuk bengkel nak servis tukar covernya yang patah tu haaa.. alhamdulilah dapat repair ko. Kalau tak, memang kena 'paw' laaa Suami gantikan yang baru hahahaha.. 

Repair kat mana? Haaa nanti Sis cerita ok..

Now nak kemas rumah dulu then memasak.. ingat nak keluar lunch dengan 'sesaorang' tapi tak dapat keizinan Suami plak. Maklumlah tengah wabak Covid19 ni, better duduk aje rumah jika tiada keperluan, kecuali kalau keluar dengannya... katanya Suami.. Baiklah!.. 


P/S: Dah mohon i-Sinar ke? Yang belum boleh mohon secara online di sini https://isinar.kwsp.gov.my/

19 comments:

  1. Tom yam bersantan ni PC belum pernah cuba Sis. Tom yam antara menu kegemaran keluarga PC juga ni. Boleh cuba juga ni untuk ubah selerakan. Cuma PC ada dengar , ada yang guna susu cair. Tak tau rasanya macam mana sebab memang tak pernah masak dan tak pernah beli pun yang bersantan.

    ReplyDelete
  2. wow Lin, kena try ni nampak sedap bebeno tu :)

    ReplyDelete
  3. fuhhh sedap nengok kak oi, ratah gitu je pun kenyang udahla penuh segala isi

    ReplyDelete
  4. kalau dah boleh ratah saja ni, mmg sedap betul

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba tomyam santan ni..selalu tomyam biasa tu je haa..boleh la try dah ada resepi 😁

    ReplyDelete
  6. kalau balik kelantan..rata2 kedai kat sana suka letak santan...tapi mcm ayu kurang sikit kalau letak santan..suka yg tanpa santan..dan pedas

    ReplyDelete
  7. Saya memang suka masak tomyam santan ni atau nama Siamnya tom kha. Kalau tak makan dgn nasi, saya masak dengan bihun atau kueyteow.

    ReplyDelete
  8. perggghhh kak lin punya tomyan meriah dengan bahan! Kalau saya makan pun confirm tak pandang nasi dah hahaha

    ReplyDelete
  9. Tom yam santan ni memang fav suami Marsha. Tapi dia kalau xde santan dia letak susu cair. Sedap sangat.

    ReplyDelete
  10. Anak-anak suka makan tomyam tapi tak pernah masak letak santan. Kat kedai yang nampak pekat semacam tu buh santan kot agaknya

    ReplyDelete
  11. Sedapnya Sislin masak tomyam santan.. Biasanya kita masakkan tak pakai santan.. so lepas ni boleh try resepi ni pula.. nampak pekat dan sedap

    ReplyDelete
  12. Yummy Yummy... Lamanya tak buat tomyam macam ni kat rumah... sejak kawalan dah diperlonggarkan... asyik makan kat luar jer ni.. hahaha..

    ReplyDelete
  13. ish ko buat aku rasa nak buat tomyam santan ni..hahahhahah

    ReplyDelete
  14. Sedapnya tomyam. Dah lama tak makan tomyam. Nanti nak buat juga weekend ni

    ReplyDelete
  15. kali kedua pun dh nmpk cantik and sedap. what a beautiful looking tom yam soup over here, delighted to be able to use your recipe :)

    ReplyDelete
  16. Dulu masa muda suka buat ni. Sebab dulu selalu gi makan kat Mersing 1 restoran thai yg mmg sedap hidangkan tomyam bersantan yg dipanggil Tom Kha..sedap

    ReplyDelete
  17. Huwaaa akakk kenapa kenapa kenapa menu ini. Saya punya faveret! Tom Yam camni saya suka dari yang tiada santan tu. Ni berulang kali bleh repeat. Sotong wajib ada. Hahaha. Nak masak jap lg.

    ReplyDelete
  18. Hebat sis. Tengok color pon tahu sedap ni. Ena xreti tomyam. Nak kena orang masakkan jugak. Haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.