MULUT CAKAP JE TAK NAK MASAK, LAST-LAST MASAK JUGA!


MULUT CAKAP JE TAK NAK MASAK, LAST-LAST MASAK JUGA! | Kan kan, selalu sangat macamtu kan, mulut cakap je tak nak masak, last-last masak juga, ermmm... ye laa, walau anak Sis semua dah dewasa tua bangka besarnya, ikutkan kalau nak makan tu, pandailah mereka masak sendiri, lagi pulak tinggal si Kakak aje seorang kat rumah... tapi hati Emak ni tak sampai hati, sian pulak kalau kang anak mencari makan..

Gitulah hati seorang Emak kan, bukanlah manjakan anak atau tak ajar anak, tapi perut Emaknya nak kena sumbat gak oii hahahahaha... ada merangkak pulak lapar.. Dah tu kang, Ayahnya balik pulak, takkan tak masak kan, makanya tak payah banyak fikir, engko masak je macam biasa sudah Sis oii, habis cite..

Harini pun sibuk sikit, lepas settlekan posting penginapan di JO Hotel pagi tadi tu, Sis terus mengemas, bukak cadar katil, pastu cuci tuala, kemudian keluar pi dobi hantar cuci cadar, menunggulah dekat sejam sampai siap. Then ke kedai berdekatan beli barang nak masak.

Yang buat lamanya tu, sampai depan kedai, duduk dalam kereta hampir lima belas minit. Kenapa? Sebab nampak orang dalam kedai terlalu ramai pulak membelek ikan dan sayur, so Sis tunggu dalam kereta kasi keadaan reda kejap. Sambil tu fikir, nak masak apa laa yaa.. 

Mulut Cakap Je Tak Nak Masak, Last-Last Masak Juga!

Iklan; Aishh laaa Kenit, kemain lena ko tidur yaa lepas Kakak mandikan tadi pagi. Merengkuk terpelot ko tidur, sampaikan panggil pun buat bodo jeee.. Yang si Panjang entah mana menyorok takut nak mandi.. 

Okay sambung balik situasi dalam kereta... Fikir punya fikir, teringat ada lagi sebungkus ketam yang Suami bawa balik kelmarin, call si kakak suruh dia keluarkan dari freezer, so masak aje laa menu Ketam Lemak Kuning Tanpa Cili harini. Ikutkan harini plannya nak masak Asam Pedas Ikan Pari, tapi takpelah, esok aje laa.. Nak kurangkan makan pedas dulu. Yaa sejak dua tiga hari ni keadaan lelangit lepas tonsil ni tak berapa nak selesa, so kena pantang kejaplah dari makan pedas. 

Pastu fikir plak nak masak sayur apa ya? Hurmmm...si Kakak tu kalau takde sayur memang tak sah laaa makan nasi dia, mesti nak sayur, kalau tak masak sayur, dia akan goreng telur dadar. 

Bila nampak kedai dah susut orang, Sis turun terus cecepat pergi tempat sayur, pilih sayur mana nak beli, kemudian terus masuk bayar then balik.. ngeri nak lelama duduk dalam kedai sejak wabak Covid19 ni semakin menjadi-jadi kat Johor. Rasa macam sana sini tak selamat,huhuhu.. 

Mulut Cakap Je Tak Nak Masak, Last-Last Masak Juga!

Mulut Cakap Je Tak Nak Masak, Last-Last Masak Juga!

Balik dari kedai, terus lipat, susun dan tukar cadar baru dulu, kemas bilik then barulah masuk dapur masak. Sampai tak nyempat nak belek blog. Phewww banyak betul kerja harini.. selagi duduk rumah, kerja memang tak pernahnya siap oii.. hahahaha.. haip, jangan mengeluh, kerja rumah tu pun rezeki juga, kan kan.. 

Pung pang pung pang, akhirnya siaplah dua menu yang sekali jalan Sis masak atas dapur, biasa masak satu-satu, harini masak sekali serentak dalam satu masa. Sebelahnya Ketam Masak Lemak Kuning, dan sebelahnya Sup Sayur Kentang bersama Lobak Putih dan Brocoli. Setlle!!

Dalam pada malas ek nak masak, last-last siap juga hehehe. Nanti malam Suami balik, baru gorengkan Ikan Kerapu dia. Sebab Suami ketam ni tak berapa nak makan. 

Korang dah makan ke? Kalau belum, jemput makan.. 


P/S: Perjiranan Sis sini, selang 3 lorong, ada kes Covid19, so memang tak berani nak kemana-mana ni.. 

12 comments:

  1. sedapnyaaa lauk ketam !!!! puas hati masak sendiri boleh kekah gigit kat rumah. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa masak ketam kalau tak pedas jua yang sedap meratah...

      Delete
  2. kenapa En Suami tak suka ketam? mesti sbb susah nak makan and renyah kan hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak berapa gemar makan seafood Atie, sejak dah sakit dulu...

      Delete
  3. Uishh.. sedap tu hirup kuah sayur. Kita samalah, ketam kurang sikit sbb fobia ngan kulit dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak, memang masak untuk meratah aje tu...

      Delete
  4. uish samalah menu kita !! hehe btul saya kalau malas mana pun kena masak tak mampu tahan perut . alahai kenit tidur

    ReplyDelete
  5. Wow lauk sis! Samalah kadang fikir malas nak masak, tapi perut sendiri dah berkeroncong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Faizah, kang tak masak, sendiri lapar hahaha

      Delete
  6. aku bayangkan ko merangkak kelaparan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha boleh melekat kat dinding macam cicakman okay..jangan memain..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.