KUCING AKU JANTAN RUPANYA, SEBAB DAH NAMPAK TELUR!


KUCING AKU JANTAN RUPANYA, SEBAB DAH NAMPAK TELUR! | Semalam malam satu rumah berdekah-dekah gelakkan Sis, sebab entah kenapa tetiba kucing Sis si Kenit tu datang duduk baring depan muka Sis dan Sis toleh aje terus kata, 'Eh, Kenit ada telur'!'.. Hahahaha terus anak gelak sambil jawab, 'Ye laaa ada telur, kan dia jantan Mak'... adeii dah kenapalah Sis tiba-tiba blurr semalam.

Memanglah Sis tau, kucing jantan ada telur, sama le juga jantina lelaki, semua ada telur. Tapi semalam punya excited bila tertoleh ternampak telur si Kenit ni, mungkin sebab dah nampak besar le telurnya, tu yang rasa excited. Sis pun memang tau dia jantan cuma sebelum ni telurnya tak nampak, sebab tu macam tertanya-tanya, jantan ke betina ke...

Dan bila dah ternampak semalam telurnya besar, makanya SAH! Kucing aku jantan rupanya, sebab dah nampak telur! Hahahahaha...

Kucing Aku Jantan Rupanya, Sebab Dah Nampak Telur!

Bagi yang tak tau, haaa tu laa dia telur kucing jantan. 

Korang janganlah duk fikir lucah sangat yaaa, posting pasal telur kucing pun nak sensitif, padahal ini satu pendedahan aje, bila kucing ada telur, maknanya ianya kucing jantan. Kalau takde, ianya kucing betina, jangan ingat semua tau pasal ni okay..

Pengalaman Sis dulu masa kecik-kecik, Sis sendiri pun tak tau bab telur kucing ni, sampaikan ada satu ketika dulu Sis tanya pada arwah Abah Sis, 'Kenapa kucing tu ada BOLA dekat bontot dia?'... Arwah Abah gelak macam haperrr... masa tu umur Sis baru 6 tahun, sekolah darjah 1. Maybe sebab masa tu baru nampak kucing punya belakang, tu yang ternampak bebola tu.

Arwah Abah terangkanlah semuanya, sejak tu baru tau beza kucing jantan dan kucing betina. 

Kucing Aku Jantan Rupanya, Sebab Dah Nampak Telur!

Dan bagusnya ko dedahkan benda gini kat anak, supaya bila korang dewasa jadi Mak-Mak (macam Sis sejak ada anak), korang tau nak marahkan anak lelaki dan anak perempuan korang yang masa kecik untuk mandi bersama. Sebab perbezaan benda tu laa.. Jangan biasakan anak-anak di beri mandi bersama tanpa memakai pakaian, nanti jenis anak-anak korang yang lost control mulutnya kang, haaaa di ceritakannya kat jiran atau kawannya, nayaaa jerr...

Yaaa sebab ianya berlaku pada anak kawan Sis. Kawan Sis tidak melarang anaknya mandi bersama tanpa pakaian, sebab katanya, 'Alaa budak kecik lagi'.. so bila berjumpa ramai-ramai, tiba-tiba anaknya yang perempuan tu kata, 'Abang kita punya ada biji'..kau ngase???... nak salahkan siapa?.. 

Maka dengan itulah, jaga didik keperibadian dan aurat anak-anak sejak kecil lagi.. Tak pakai tudung tu biasa, tapi jangan biasakan anak-anak lain jantina mandi bersama tanpa pakaian, itu nanti akan jadi luar biasa masa depannya. 

Kalau Emak nak mandi dengan anak tak pakai baju pun, biarlah sama-sama jantinanya, jangan mandi tanpa pakaian dengan anak lelaki, walau dia masih kecil. Ini sekadar pesanan berdasarkan pengalaman Sis. Tu jerrr..

So, apa kena mengena dengan telur kucing tu? Lerrr tu pembukaan bicara, nak bagi kias-kias jer.. Habis tu? Nak tunjuk telur sapa??? Eeeeee korang ni!!.

Dah... baca hadam dan faham... baru boleh faham..tak faham, buat-buat faham, dah faham, kena fahamkan..sekian..


P/S: Ada sekor lagi si Panjang, haaa tu yee betina, sebab takde telur hahahaha.. 

28 comments:

  1. hahahaha...
    telur ayam bole makan kan sis :p
    sajaaaa gurauuuu!!!
    chiao... ahahaha

    ReplyDelete
  2. hahahahahahahhahahah kelakar pulak baca! skang ni anak lugia kat rumah tu baru lahir je terus boleh tengok jantan betina sebab jelas sangat yang sekor tu telur dia hahahahah!!!

    ReplyDelete
  3. Masa kecik memang tak nampak kan so tak tahu. Bila dah besar sikit dah nampak baru tahu.

    ReplyDelete
  4. dulu, kucing akak, beriya akk bagi nama Jessica, sekali Pak Inche balik, dia tengok, dia kata ni jantannnnn, hahaha. Tulah yg nama Zonan tu, dah tak ada pun

    ReplyDelete
  5. hahaha...sama la macam kite. ingatkan kucing betina, bila besar sikit baru tau jantan sbb nak bird2 die..aduh. dulu tak nampak sebab bulu die lebat..susah nak belek. kemain bagi nama ciktam..hehe

    ReplyDelete
  6. hahahha abis selama ni akak ingat dia kucing sejenis sajat sebab tak nampak telur lagi

    ReplyDelete
  7. hahah ada kucing kawan, dia igt betina , panggil yaya..then tgk2 la ada telur.. lepas tu.. nama yaya pun kekal hahah

    ReplyDelete
  8. Alhamdulihah. Sahih Kenit jantan tulen. Kenit tak boleh tipu-tipu kata betina tau. Mak dah snap gambar shara kat blog. kalau orang tanya ngaku ya Kenit. jangan berdalih eh saya betina. Kikikikikikiki.

    ReplyDelete
  9. Baru tahu telur kucing di situu.... sy mmg x bermesra dgn kucinggg.. lol... Thanks info.. ini bukan lucah.. sy pasti!!!! Ngehhehehee

    ReplyDelete
  10. hahahah lawak la sis ni.. kenittt tengok gambaq teloq awak ada kat blogm pemes dahhh hahha

    ReplyDelete
  11. Unik juga ya, saat dia bocah telornya tak tampak ..., begitu besar telornya pun besar pula ukurannya

    (≧▽≦)

    ReplyDelete
  12. hahaha ha'ahhhh dulu masa awal2 ada kucing pun pening macam mana nak beza jantan ke betina. Kadang tu jantan tapi perangai macam betina haaaa sudahhhh

    ReplyDelete
  13. hahaahah ok lawak! kite ingatkan nama resipi ke apa rupanya mmg pasal telur kucing. lawak la sis ni hahaaa nanti boleh cite dekat cucu pulak

    ReplyDelete
  14. Hahahahah sama la kalau ada kucing baru dekat rumah mesti tak pasti jantan ke betina. Terima kasoh sambil baca cerita sis pun ada juga selit nasihat

    ReplyDelete
  15. Adoii sis.. Mavam tu sekali.. Selama ni tak nampak erk.. Hehehe.. Bab anakntu memg betul.. Mandi sama jantina.. Tidur pun sama jantina

    ReplyDelete
  16. Banyak takeaway yang boleh belajar dari posting ni, sis.. Dari pengesahan jantina sekor kucing sampai la cara mendidik anak.. Very the efficient ye, 1 stone kills two birds githew..

    ReplyDelete
  17. sampai sekarang tak kenal mana kucing jantan dan betina tapi kalau nampak kucing tu tengah susukan anak barulah tahu yang tu betina ....hahaha walhal kat rumah bersepah jer kucing....

    ReplyDelete
  18. Kawan saya pun pernah macam tu. Masa anak kucing tu kecik, ingatkan betina. Dah besar baru nampak telur. Masalahnya dah bagi nama betina. Maya ke apa tah. Last2 teruskan jugak panggil nama tu. Kesian kucing jantan nama betina.

    ReplyDelete
  19. TEringat kat my kucing Sawdah. Punyalah comel, sayang akak kat dia sampai dah besar tetiba kuar telur lahaiii janta upernya, tak kan nak tukar nama haha

    Cara nak target audience diFacebook

    ReplyDelete
  20. Gebu gebas bulunya hah. Suka tgk.. telur mmg nmpk bila dah besar kan hahhahahah

    ReplyDelete
  21. Hahah heyyy awasss dia cte pasal telur kucing dia ekkk siap snap gambar heyyy nin18sx ke apa ni hahahahahah..

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Hangat kisah kejantanan kenit diperkatakan kali ni. Haha. Mujur ko berbulus, kalau tak viral dah kisah ni.

    ReplyDelete
  24. hahahaha kitorang pun selalu confuse kucing yang selalu datang tumpang makan ni jantan ke betina sebab tak nampak pun telur dia rupanya tersorok hahaha

    ReplyDelete
  25. kecik2 kena ajar bab pendedahan supaya dia tau mana yg boleh dgn takbole kan. tp kelakar la bila tegur telur si kucing tu >,<

    ReplyDelete
  26. haha okay ni lawak.. dulu iena pun pernah alami macam ni jugak..kucing iena tu manja sangat gedik gedik macam betina pastu bulu nya pulak panjang..memang tak nampak la teloqqq dia tu hahaha bila mandikan baru perasan

    ReplyDelete
  27. Hahahaha kelakar sis... Saya pun ada masalah juga bab macam ni sis. Ada masa tak sure kucing tu jantan ke betina. Kucing sepupu saya, nama dia nama kucing jantan gara2 ingatkan dia jantan. Sebab just tengok berdasarkan muka, warna kucing tu je. Telur dia tak jelas pun. Rupanya dia betina. Aduii... tapi nama dikekalkan. hahahaha...

    ReplyDelete
  28. this is really an interesting read, thanks for sharing sis, learnt something as am not a pet keeper. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.