CANTIK BERSERI DENGAN SET PENJAGAAN WAJAH DAN KOSMETIK DARI JENAMA FANBO


CANTIK BERSERI DENGAN SET PENJAGAAN WAJAH DAN KOSMETIK DARI JENAMA FANBO | Dah lebih dua minggu dah Sis minta anak bujang Sis cuba guna kosmetik penjagaan wajah jenama Fanbo ni. Apa ko ingat orang lelaki tak payah nak cecantik ke? Takat kalau pembersih wajah tu boleh je anak lelaki guna, cuma kalau toner dan krim muka tu, Sis tak bagi pakai, Sis guna sendiri hahahaha.. 

Kebetulan dah duduk rumah ni kan, takde benda buat, tak terdedah dengan sinaran matahari, so kita jagalah wajah kita dengan rangkaian produk Fanbo ni. Kita cuba, kalau sesuai ye bagus. Paling Sis suka kewangiannya tu, wangi sungguh kalau menyapu toner dan juga krim Mosturiser dia tu, sebab ada extract bunga sakura dalamnya. Tu yang wangi tu.. 

Kalau korang nak tau jenama FANBO produk penjagaan dan kecantikan wajah ini berasal dari Indonesia. Apa yang menariknya, jenama ini sebenarnya sudah lama berada di pasaran iaitu dari tahun 1968. Mempunyai permintaan yang cukup tinggi dan sambutan yang amat baik. Dan produk yang ditawarkan sesuai kegunaannya untuk semua peringkat umur.

Jenama Fanbo ni terkenal dengan kualiti, ketahanan juga kesesuaian untuk semua jenis kulit dan harganya berbaloi yang dipasarkan. Jenama yang cukup popular di negara seberang Indonesia, kini telah memulakan langkah baru untuk memasarkannya di Malaysia.

Salah satu inisiatifnya adalah untuk berkongsi kebaikan produk melalui proses penyelidikan dan pembangunan bagi mengekalkan keberkesanannya yang terbaik. Apatah lagi formulasinya yang tahan lama, ringan dan mudah diserap dapat memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya.

Menurut jurucakap Fanbo, Anastasia Gracia, Pengarah Fanbo Malaysia, "Fanbo berbesar hati untuk berkongsi rangkaian produknya dengan Malaysia. Kami mengenali jenis-jenis kulit wanita di Malaysia, dan kami berasa gembira kerana dapat membantu semua wanita Malaysia untuk menyerlahkan seri wajah mereka dengan produk-produk yang dihasilkan khusus untuk kulit Asia, serta yang mengambil kira faktor iklim dan gaya hidup tempatan. Seperti juga kehebatannya pokok Sakura, ia dibawakan untuk memberikan sokongan dan kelembutan kepada semua wanita yang merasakan diri mereka istimewa".

Formula unik Fanbo ini dihasilkan supaya ia dapat membantu menyihatkan dan melindungi kulit kita tanpa meninggalkan kesan mudarat. Juga dapat membantu bukan sahaja melembapkan kulit bahkan melindunginya daripada anasir luar. Ia juga mesra wudhu, so kita tidak perlu nak touch-up solekan selepas membersihkan muka.

Cantik Dan Berseri Dengan Set Penjagaan Wajah Dan Kosmetik Dari Jenama Fanbo

Cantik Dan Berseri Dengan Set Penjagaan Wajah Dan Kosmetik Dari Jenama Fanbo

Penjagaan Wajah Precious White

Rangkaian Precious White, adalah formulasi dari ekstrak Sakura. Ianya dapat melembapkan kulit supaya lebih sihat dan segar. Bersifat ringan dan mudah diserap, ia menghilangkan kotoran, bendasing dan mekap dengan mudah. Dengan provitamin dan ekstrak Sakura dapat mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah.

Terdapat tiga jenis produk (toner, pembersih muka dan pelembap) yang mudah digunakan untuk disesuaikan dengan jenis kulit dan cara pemakaian kita seharian.

Rangkaian produk Precious White terdiri daripada: 
Facial Foam
Milk Cleanser
Face Toner
Moisturizer

Penggunaan ekstrak Sakura memberi banyak manfaat untuk kulit. Contohnya; ia menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi, mengurangkan pengoksidaan, mengecilkan pori-pori wajah, mengurangkan kemerahan kulit, dan antiradang. Ia bukan sahaja lembut dan halus, malah menjadikan kulit muka kita berseri semula jadi. 

Cantik Dan Berseri Dengan Set Penjagaan Wajah Dan Kosmetik Dari Jenama Fanbo

Cantik Dan Berseri Dengan Set Penjagaan Wajah Dan Kosmetik Dari Jenama Fanbo

Fanbo Gold Compact Powder

Produk Compact Powder ini sangat istimewa, kerana dihasilkan menggunakan formulasi daripada tepung jagung yang berfungsi untuk menyerap minyak yang berlebihan pada kulit. Zink oksida melindungi kulit daripada UVA dan UVB. Dan compact powder ini sememangnya sangat sesuai untuk iklim negara kita yang panas dan sentiasa disinari cahaya matahari. Bedak ini sesuai untuk semua jenis muka dan sesuai untuk rona kulit masyarakat tempatan. 

Didatangkan dalam pelbagai ton warna kulit asia. Kita boleh pilih mengikut kesesuaian. Kalau Sis sesuai guna 'Janur Kuning' untuk kulit muka Sis. Tapi rata-rata, kulit orang Asia lebih sesuai guna 'Sawo Matang', sebab orang Asia kan cerah sikit dan tidak berapa gelap, hehehee...

Pensel kening

Tak sah kalau bermake-up tidak memakai celak atau pensel kening kan? Untuk membantu korang menyerlahkan bahagian kening supaya tampak lebih natural, jenama Fanbo juga ada pensel keningnya. Bahan pewarna pada pensel keningnya bukan saja halal mesra wuduk, malah ianya mudah digunakan, dan juga tahan lama. 

Cantik Dan Berseri Dengan Set Penjagaan Wajah Dan Kosmetik Dari Jenama Fanbo

Tapi sekarang ni duduk rumah ni, bilalah nak bermake-up yaa.. kat rumah hanya tepek sunblock dan mosturiser aje, make-up semua duk simpan aje.. Terus rasa kulit muka ni bersih tanpa sebarang make-up. Tapi time nak meeting, nak Google Meet dan Zoom, haaa time tu le baru gelabah nak mencantikkan muka hahahaha.. lawak betul memasing..

So korang kalau ingin mendapatkan produk-produk Fanbo ini dan ingin mencubanya, atau nak belikan sebagai tanda hadiah buat insan tersayang, korang boleh mendapatkannya dan membelinya di Malaysia secara eksklusif di kedai-kedai soping online dalam talian seperti :


Dan layarai hashtag seperti di bawah untuk dapatkan info rangkaian jenama FANBO . 
#FanboMalaysia
#FanboMY
#FanboEffortlessbeauty
#FanboGold
#FanboPreciousWhite


P/S: Gambar tiba hilang... baru jumpa semalam, tu le sebab baru update.. adoiii sabo je Mak ko....

9 comments:

  1. berseri seri la wajah Amat ye lepas ni hhehe :D

    ReplyDelete
  2. First time dengar jenama Fanbo. Paling suka kalau ada skincare extract Sakura nie tau. Boleh laa skincare Fanbo lepas nie.

    ReplyDelete
  3. pernah baca review fanbo ni, menarik jugak produknya, tengok ramai gak yang share

    ReplyDelete
  4. Mesti bau nya wangi kan Sis. Bau bungaan sikit - nama dia pun ala2 Fan gitew. Makin jelita la Sis pasni.

    ReplyDelete
  5. Time nak review kita guna bedak fanbo ni. Haha senang apply zas siap

    ReplyDelete
  6. Kebetulan makeup Sal ada yang dah habis..nanti nak singgah shopee jap tengok Fanbo. Dari segi harga berbaloi sangat

    ReplyDelete
  7. First time dgr produk kecantikan fanbo ni. Bolehlah suh anak bujang or anak dara sis cuba jugak

    ReplyDelete
  8. FAnbo ni lama dah dalam pasaran ni baru nampak diorang nak naikkan balik nama produk nih. Suka pakai dia punya bedak kompak . NAnti nak try guna baliklah

    ReplyDelete
  9. Dah try..okla esp bedak muka. Harga di pasaran pun xdela mahal sgt

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.