INFAQ : GANJARAN PAHALA BERSEDEKAH IBARAT 700 KALI GANDANYA

INFAQ : GANJARAN PAHALA BERSEDEKAH IBARAT 700 KALI GANDANYA | 'Tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima', begitulah perumpaan yang sering kita dengar. Lebih-lebih lagi bila tibanya hari Jumaat. Pahala bersedekah di hari Jumaat ni ibarat lebih besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain. So sudahkan korang bersedekah hari ini?.. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).

Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi. Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Contohnya, ada orang memberi sumbangan atau infaknya untuk pembinaan sebuah masjid. Walaupun nilai yang dilaburkan untuk tujuan itu hanya sebiji batu bata, tetapi Allah SWT akan membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari akhirat kelak atas kejujuran serta keikhlasannya.

Apabila seseorang mendapat nikmat sedekah, dia tidak kisah lagi berapa wang yang dikeluarkan. Ibnu Abbas apabila membicarakan mengenai sifat dermawan, beliau tidak sebut nama-nama sahabat yang mahsyur seperti Uthman bin ‘Affan, Abdul Rahman bin ‘Auf atau Abu Bakar As-Siddiq, sebaliknya menyebut Rasulullah SAW.

Para sahabat Rasulullah SAW menyatakan, baginda adalah individu paling dermawan berbanding sahabat lain. Rasulullah SAW apabila bersedekah baginda akan memberikan apa sahaja termasuk pada tubuh badannya.

Contohnya, apabila Rasulullah SAW memakai ridak baru lalu ada orang yang tegur, maka nabi akan ambil dan meletakkan ridak itu di atas bahu orang yang bertanya berkenaan.

Para sahabat sangat mengerti perihal itu. Apabila nabi memakai apa sekalipun mereka tidak akan bertanya, puji atau tegur di hadapannya kerana pasti baginda akan memberikan barang itu.

Malah, dalam satu hadis Riwayat Abu Hurairah dinyatakan bagi seorang Muslim yang mantap amalan sedekahnya akan mendapat sanjungan di bumi serta didoakan para malaikat.

Manakala bagi yang kedekut dan kikir, mereka didoakan malaikat dengan kemusnahan. Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, setiap Mukmin perlu yakin amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa sekiranya ia sentiasa diamalkan dalam hidup mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)

Setiap Mukmin juga perlu sentiasa ingat, sedekah paling besar pahalanya adalah apabila dia berada dalam keadaan sihat dan berasa sayang terhadap hartanya, maka pada waktu itu jangan bertangguh lagi untuk bersedekah.

Sumber asal : hmetro 

Infaq : Ganjaran Pahala Bersedekah Ibarat 700 Kali Gandanya


Ramai yang terkesan akibat PKP yang dilaksanakan kan, tidak terkecuali juga kepada pusat  maahad tahfiz ini. Bagi menampung perbelanjaan PONDOK MOTIVASI (TAHFIZ) HAMLATUL QUR’AN, mereka telah mengeluarkan produk BERAS ASHRAFFI bagi menampung kos operasi tahfiz dan menyahut seruan Buy Muslim First.

Jom kita bantu kepada mereka yang memerlukan. Jika korang ada lebihan rezeki bolehlah membeli Beras Ashraffi ini atau menginfaqkannya dengan membeli beras. Dan beras yang korang beli akan mereka sumbangkan kepada rumah anak-anak yatim, maahad tahfiz, rumah warga emas dan para asnaf.

Harga Beras Ashraffi : 
5KG - RM15.00
10KG - RM29.00

Korang boleh membelinya di Shopee: https://shopee.com.my/pmthq

Dan jika berminat untuk menINFAQ, korang boleh hubungi mereka di talian whatsapp ini: http://www.wasap.my/60197354255/BerasAshraffi

Atau korang ingin membantu/memberi sumbangan wang ringgit, korang boleh tranfer sumbangan korang ke nombor akaun di bawah ini: 

Bank : Maybank
Nombor Akaun : 562133501515
Atas Nama : Iman Ashraffi Resources

Moga menjadi bekalan saham akhirat buat kita semua. 

Info lanjut : 
IG : @pmthq 


P/S: Jom sama-sama kita bersedekah. Korang share pun dah dapat sama ganjarannya juga seperti orang bersedekah.. war-warkan laaa.. sama-sama kita membantu, alhamdulilah.. 

18 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. info menarik sis. at least tahu tempat yang dipercayai

    ReplyDelete
  2. Infaq ni kena betul2 ikhlas kan sis. Insya allah ganjarannya kita dapat di SANA nanti. Betul tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

    ReplyDelete
  3. Donating and help those in need in always a good thing. Good share

    ReplyDelete
  4. toada paksaan dalam bersedekah, ikut la mana mampu, lani lagi mudah nak infaq, online je

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah. Terima kasih di atas perkongsian ini dan insyaAllah ramai rakyat Malaysia yang akan menyumbang dan memberi infaq

    ReplyDelete
  6. Perkongsian bermanfaat. Moga dapat membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  7. Mudahnya nak bersedekah sekarang ni. Bank transfer boleh, beli kat shopee pun boleh.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih berkongsi info ini. Mudah urusan kepada mereka yang nak berinfaq

    ReplyDelete
  9. wahhh bagusnya ada inisiatif sebegini. tambah2 di musim pandemik yg mana ramai terkesan dengan PKP dan SOP yang dikuatkuasakan.

    ReplyDelete
  10. Bagus inisiatif yang disediakan untuk memudahkan orang bersedekah. Sejak Covid19 menyerang, ramai yang terkesan.

    ReplyDelete
  11. Bagusnya initiative mereka, actually baru this year get to know about this term "Infaq" dari program yang Nell attend recently.. Good one ya! boleh help those in need especially during this pandemic kan..

    ReplyDelete
  12. Setuju ..tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima . Tak rugi jika rezeki dikongsikan bersama sebab setiap rezeki yang kita ada ...terselit jugak hak orang lain. Eeehh cam berbelit lak ayat Sal. Tapi rasanya ramai yang faham..hehehe

    ReplyDelete
  13. Alhamdullilah, zaman sekarang dah ramai orang tahu pasal kebaikan sedekah dan infaq macam ni. Lepas tu banyak platform orang boleh buat.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih kak atas perkongsian. Alhamdulillah perbanyakkan sedekah dan infak memberi kesan yg besar dalam diri.

    ReplyDelete
  15. Jom sama2 infaq.. dengan cara.ini sekurangnya menjadi salah satu cabang untik kita lebih rajin bersedekah

    ReplyDelete
  16. the price is really affordable. Let us all pay back to the community and do good to donate it to ppl needed

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing this. Its a good initiative to help those affected by the pandemic.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post