BOLEH JADI BODOH HARI-HARI FIKIR NAK MASAK APA EKK


BOLEH JADI BODOH HARI-HARI FIKIR NAK MASAK APA EKK | Baik time PKP ke tak PKP ke, kewajiban memasak tu kena di utamakan, kalau tak kebulur laa seisi rumah termasuk diri sendiri. Tapi kalau takat nak masak untuk diri sendiri memang takde masaalah, makan je apa yang ada, tapi bila fikir nak masak untuk keluarga ni, adeiii boleh jadi bodoh hari-hari fikir nak masak apa ekk..

Malas ke rajin ke kenalah masak,. Tapi kalau dah malas sangat, haaa beli je laa, order je laaa, semuanya di hujung jari korang. Kalau Sis, pilihan order makanan tu, alternatif ketiga yang Sis buat dalam rumah ni. Kalau rajin, bahan dapur semua ada, yee masak, kalau tak rajin tapi takat bahan tu je ada pun Sis masak, tapi kalau memang betul malas, bahan dapo pun takde, haaaa baru angkat telefon belek laa Shopper Perjiranan ni atau pun Foodpanda hehehe.. tu yang biasa Sis buat.. 

Tekak teringin pun kalau boleh buat sendiri, ada bahan, pun Sis buat... kalau betul memang kosong takde lauk, barulah Sis beli atau order... Korang pulak macam mana?.

Macam baru-baru ni, anak-anak boleh kata; 'Bosan lee makan nasi berlauk je, makan lain laa Mak', hahahaha kemainn ekkk ayat dia, bersyukurlah boleh makan nasi nakk oiii... ishhhhhh.. tapi di sebabkan rajin dan bahan pun ada, so ayuhlah kita goreng Macaroni Goreng Seafood. 

Boleh Jadi Bodoh Hari-Hari Fikir Nak Masak Apa Ekk

Boleh Jadi Bodoh Hari-Hari Fikir Nak Masak Apa Ekk

Memasak ni memang jadi suka kalau apa nak masak dan makan, bahan semua ada, sebab itu Sis suka beli stok barang dapo dan simpan di rak penyimpanan barang dapur Sis tu, so bebila kalau anak bersuara macamtu, haaa boleh laaa belek rak dan dapat idea nak masak apa.. 

Dulu sebelum ni, memang Sis takde buat macamtu, tu yang kadang time nak masak, time tu laa baru nak gi kedai beli dan cari barang, kena datang pemalasnya, ermmmmm ko faham-faham aje laa.. order je laaa hahahaha.. sekarang haaaa nampak kann ada rajin sikit Sis ko ni hahahahaha..

Tapi takde laa pemalas nauzubillah sampai hari-hari ko nak beli oiii... jadi bodoh tu bior sikit je, jangan sampai kena BODOH dek Laki.. kalau dah hari-hari tak masakkk, ada kena balun kang hahahahaha.. at least seminggu sekali beli ke order ke boleh laa.. kalau hari-hari, habis duit hakakk ko oii.. kalau boleh claim okay leee... hehehehe.. 

Boleh Jadi Bodoh Hari-Hari Fikir Nak Masak Apa Ekk

Kebiasaannya kalau malas masak nasi berlauk, Sis akan goreng mee atau pun macaroni macam ni. Dan kali ni goreng agak special sikit, sebab bahan ada semua. Letaklah udang, kerang dan juga fishball salmon. Sayur pun ada gak dalam esbox, tu yang meriah nampak taugeh dan sawi tu hehehehehe.. 

Sis dah tau cara nak simpan taugeh agar segar, tu yang duk beli taugeh, kopek dan simpan elok-elok, bila nak masak, haaa semua adaaa siap.. mudahkan.. rasa puashati kalau memasak semua bahan ada semuanya. Ni kalau nak masak, itu takde ini takde, bikin stress juga oii dekat dapo, ye dakkkk?..

Now tengah fikir, nak masak apa harini... tapi semalam dah bagitau anak, Sis nak masak Asam Rebus Ikan Jenahak letak timun.. sedapnyaaaa....

Dah kawin 28 tahun pun, time nak masak tetap juga belek resepi hahahaha.. siapa macam Sis? Okaylah nanti sambung lagi.. nak sesiap bahan, dan nak layan Kdrama jap.. kerja mengedit blog orang dah settle, so boleh rehat-rehat harini ngadap tv plak.. 

Korang masak apa harini?.


P/S: Dah berapa hari hujan aja, tiap malam kena simpul biawak, Garci.Pro Suami bawak plak adeiii.. 

3 comments:

  1. arini rasa malas nk masak... tgh nak pikir nak order apa je ni hehehe

    ReplyDelete
  2. sama la.. mama pun duk belek resepi gak sebelum masak takut ada yg tertinggal.. mmg pening kalau fikir lauk apa nak masak kan

    ReplyDelete
  3. Kebuntuan nak masak apa rasanya dah jadi kawan baik PC Sis. Hehehe.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.