RESEPI PARU GORENG BERLADO YANG SEDAP BY AZIE KITCHEN


RESEPI PARU GORENG BERLADO YANG SEDAP BY AZIE KITCHEN | Rasanya ini dah kali kedua kot Sis masak Paru Goreng Berlado resepi dari Azie Kitchen ni. Dulu-dulu buat ikut gak memana resepi, tapi semua tak menjadi dan kureng sedap. Tapi bila dah sekali cuba resepi Paru Goreng Berlado Azie Kitchen ni, kena dengan tekak, terus follow terus resepi dia, sampai dah boleh hafal dah bahan dan cara memasaknya hehehe.. 

Cuma yang pertama kali bikin tu tak puashati sebab gambar tak lawo hahaha.. masa tu dapur Sis guna lampu kuning, so pencahayaan tu tak lawo, ini kali puashati.. masaknya pun menjadi, amik gambonya pun lawo hahahaha.. gituu ekk? Ye lerrr bila puashati, itulah 'kebahagiaan' dalam diri Sis.. *sukahati aku laaa.. 

Paru Goreng Berlado ni Sis masak beberapa hari lepas, tapi semalam ada sahabat Sis, Nor Azian tu wahtsapp minta resepinya, so takpelah Sis up jugalah di blog Sis. Tapi Sis dah beri dah resepi dan cara memasaknya pada Yan tu.. harap menjadilah dia masak. Katanya pestime nak masak paru hehehe.. 

Korang yang suka makan paru, haaa bolehlah cuba resepi Paru Goreng Berlado yang sedap by Azie Kitchen ni yaa.. pasti menjadi dan puashatii.. 

Resepi Paru Goreng Berlado Yang Sedap By Azie Kitchen

Paru Goreng Berlado
Resepi Asal : Azie Kitchen

Bahan bahan:
  • 1/2 kg paru - rebus dan lumur garam kunyit
  • 1 keping asam keping
  • Gula perang
  • Serbuk perasa
  • Garam

Bahan tumbuk kasar :
  • 5 tangkai cili padi hijau
  • 5 tangkai cili padi merah
  • 3 tangkai cili hijau 
  • 3 tangkai cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah

Resepi Paru Goreng Berlado Yang Sedap By Azie Kitchen

Cara-cara Memasaknya :
  1. Rebus paru dengan sedikit garam dan halia sehingga empuk. Caranya ialah cucuk dengan tester kek atau pisau. Bila dah empuk, angkat dan tos. 
  2. Bila sejuk, hiris nipis yang disukai. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 
  3. Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing. Angkat dan tos. Ketepikan. Kemudian sediakan pula sambal. 
  4. Panaskan minyak dalam kuali lain dan tumis bahan tumbuk sehingga garing dengan menggunakan api perlahan. 
  5. Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan tutup api. Biarkan betul betul sejuk.
  6. Akhir sekali masukkan paru yang telah digoreng garing. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan. 

Tips : Nak mudah, sediakan sambal dulu. Sementara sambal disejukkan, boleh goreng paru. 


P/S: Alhamdulilah, walau jauh, Suami tetap juga kirim durian semalam... lena Bini tido dapat makan durian hahaha.. 

1 comment:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.