WORDLESS WEDNESDAY - HALAL BAK CHANG


WORDLESS WEDNESDAY - HALAL BAK CHANG | Ada sini pernah makan Bak Chang? Kalau di tanya Sis, semestinya Sis suka, lagi-lagi ini adalah kuih kegemaran arwah Emak Sis. Bak Chang atau sticky rice dumpling adalah sejenis makanan tradisi kaum Cina yang biasanya dimakan sempena Festival Bot Naga. 

Bak Chang versi Melayu yang Halal ni, rasa dan baunya tidak sama dengan yang biasa ko cium Bak Chang orang cina buat dan jual tu. Bau herba dia tidak terlalu kuat, dan rasa dia pun tidak terlalu rasa 'herba cina' hahahaha.. kalau takk.. nak telan pun boleh tutup hidung, tapi rasanya memang sedap hahahaha.. 

Yang Sis punya ni Bak Chang special sikit. Intinya isi Ayam + kacang Black Eyed + Cendawan Shiitake + Sambal Udang Kering, seketul RM7.00. Lain inti, lain harganya. Memang sedap uiii.. sekali sampai je, Sis hadap semalam sampai 3 ketul Ada lagi 2 Sis simpan, kang nak kukus panaskan dan makan hehehe.. Suruh Suami rasa pun, dia tak suka baunya hahahaha..

Korang nak cuba boleh contact Julia +60 1972 58528 
(Lokasi dan caj penghantaran: kawasan JB mengikut jarak km).

Bak Chang Halal

Bak Chang Halal

Bak Chang Halal



P/S: Kalau arwah Emak ada ni, dia mesti suka nii Bak Chang.. Al-Fatihah.. 

2 comments:

  1. Al-Fatihah kuhadiahkan buat emak Lin.

    Tak pernah makan bak chang tapi sekali pandang, macam boleh masuk ni

    ReplyDelete
  2. Kuih lagend ke ni . First time CCL dengar kuih bak chang dan first time jugak CCL tahu rupa bak chang ni macam mana

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.