BILA HUJAN TURUN


BILA HUJAN TURUN | Satu perangai si Kenit Sis ni, bila langit mula gelap, bunyi guruh dan petir, walau hujan belum turun, dia akan duduk dekat tingkap dapur sambil merenung ke luar. Entah apa yang dia fikir dan lihat pun tak tau. Dah perhatikan lama perangai dia ni, memang tiap kali bila hujan turun atau nak turun, dia akan buat perangai macamtu.. 

Konon macam sedih beno duk terkurung dalam rumah ek... pidaaaaah.. porahhh tak payah minta simpati, ko hengat ko sorang je ke yang bosan aaaa... Emak ko ni lagi laaa bosan Kenit oii.. dah le Ayahnya pun takde kat Johor, dengan PKPnya lagi.. adoii serba tak kenaa duduk rumah ni.. tapi apa nak buat, ala bisa tegal biasa dah.. 

Bila Hujan Turun

Kat Pasir Gudang ni hari-hari hujan, kalau tak tengahari, hujan petang, kalau tak petang, hujan malam. Yang tak bestnya bila dah hari-hari hujan, cuaca sejuk, mulalah simpul biawak datang, adoiiii... dah pakai stokin pun sama juga, memang tak boleh sejuk..

Ekon dah dua malam tak ON, duk pakai kipas atas je, pakai stokin, pakai selimut, sapu minyak YuYee, pun kena juga.. memang time tido tu macam surprise di buatnya simpul biawak ni kalau menyerang, terkejut Sis time tidur.. 

Nak sapu Garci Pro, Suami bawa plak ke sana.. Kalau tak lega simpul biawak Sis kalau sapu Garci Pro tu.. 

Bila Hujan Turun

Ni pun masa menaip ni masih lagi hujan lebat turun, Kenit, Panjang dan anak-anak Panjang semua tengah duk melepak membuta tu haaa depan hall. Memasing kemain lagi dengan kipas buka, baring atas karpet kemain relax.. 

Sis pulak tak boleh nak tidur, ingat lepas Zuhur tu nampak dah gelap langit, bolehlah lelap sekejap. Sebab masak semua dah siap, tapi duk kebil-kebil mata, ermmm last-last duduk laa depan laptop, baca info berita apa yang patut, sambil update blog haaa.. 

Nampak gaya memang tak tidur laa ni, dah masuk Asar... takkan nak tidur pulak, orang kata tak elok tidur lepas Asar, nanti boleh menyebabkan 'gila' hehehehe.. kata orang laaaaa...

Okaylah.. nanti sambung lagi.. ada masa update laa, takde masa, esok aje laa.. 

Doa Ketika Hari Hujan 

Allahumma shoyyiban nafi’an
“Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.”


P/S: Moga Allah lindungi Suamiku yang sedang bekerja di sana.. aamiinn..

2 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.