RESEPI LAKSA SARAWAK MUDAH DAN SEDAP GUNA PES HAJI MANAN


RESEPI LAKSA SARAWAK MUDAH DAN SEDAP GUNA PES HAJI MANAN | Memamg sejak diperkenalkan dengan pes Laksa Sarawak Haji Manan ni, entah dah berapa kali dah Sis memasaknya sendiri. Satu kepuasan bila dapat masak dan makan sepuasnya. 

Pesnya pun tidaklah susah nak dapatkannya, ada di jual di Shopee atau jika bernasib baik, ada juga terjual di Mydin atau Pasaraya luar, tapi bila tau Shopee ada jual, Sis beli di Shopee aje. Tapi waktu nak membeli pun kena betul-betul lihat dan baca. 

Sis beli dengan local seller dari Klang, tengok pada jualannya, memang ramai beli dan baca review pun agak bagus. Dalam 3/4 hari ikut waktu bekerja, barang dah sampai. 

Harga Pes Laksa Sarawak Haji Manan : RM6.80 sebungkus. 

Resepi Laksa Sarawak Mudah Dan Sedap Guna Pes Haji Manan

Resepi Laksa Sarawak Mudah Dan Sedap Guna Pes Haji Manan

Masak Laksa Sarawak ni tak susah mana punn, kalau korang rasa diri tu 'bodoh-bodoh' sikit , jangan risau, mesti pandai masak punya,  janji pastikan ada pes Laksa Sarawak Haji Manan ni, mudah dan sedap. 

Untuk family ramai dalam 8/10 orang atau lebih, korang boleh guna dua bungkus pes tu. Memang cukup makan punya. Untuk Sis yang 3 orang aje ni, pun Sis suka masak 2 bungkus , sebab memang saja bikin lebih buat makan seharian, tak masak nasi dan juga untuk di bawa ke-esok harinya buat sarapan Sis hehehehe.. 

Tapi kalau ko nak sekali hadap je makan, masak aje sebungkus, pun dah banyak juga takat makan 3/4 orang secara berulang. 

Resepi Laksa Sarawak Mudah Dan Sedap Guna Pes Haji Manan

Resepi Laksa Sarawak Mudah Dan Sedap Guna Pes Haji Manan

Bahan dan cara memasaknya pun semua ada di tulis dan di ajar di belakang bungkusan pes tu haaa.. sebab itu Sis kata, kalau rasa diri 'kurang pandai' masak, jangan risau, semuanya mudah ajee.. Meh Sis ajar step by step.. 

Resepi Laksa Sarawak Mudah Dan Sedap

Bahan-bahannya : 
  • Sebungkus Pes Laksa Sarawak Haji Manan
  • Satu kotak kecil santan
  • 2 kiub pati ayam
  • Air 1 liter
  • Bihun (di celur)

Jika korang masak 2 bungkus, korang gandakanlah semua bahan. 
Dan untuk air tu, Sis rebus dulu udang, then air rebusan udang tu nanti campurkan dalam jumlah 1 liter air tu. 

Bahan Sampingan : 
  • Udang (rebus dan airnya masuk dalam jumpah air seliter tu)
  • Isi ayam (rebus dan di carik)
  • Taugeh (di celur)
  • Limau Kasturi
  • Daun ketumbar 
  • Telur rebus
  • Bawang Goreng
  • Chili Flakes (ikutkan resepinya makan dengan sambal tumis, tapi malas nak menumbuk, guna aje chili flakes, pun sedap). 

Resepi Laksa Sarawak Mudah Dan Sedap Guna Pes Haji Manan

Resepi Laksa Sarawak Mudah Dan Sedap Guna Pes Haji Manan

Cara Memasaknya : 
  1. Masukkan air ke dalam periuk dam masukkan pes Laksa Sarawak Haji Manan
  2. Kemudian masukkan kuib pati ayam dan santan kotak.
  3. Tunggu mendidih sambil kacaunya perlahan-lahan supaya santan tidak pecah. 
  4. Cukup masak, letak garam (jika perlu) dan sedia untuk di hidang. 

Mudah je kannn... yang penting sedap... 

Resepi Laksa Sarawak Mudah Dan Sedap Guna Pes Haji Manan

Ramai juga tanya dan kata, Laksa Sarawak ni ada sedikit 'bau herba' macamtu, ye ke?

Hehehee yaaa, dia ada sedikit bau yang tak tau le nak cakapbau apa ek, mungkin memang macamtu, tapi Sis pernah makan dulu masa di Sarawak (lama dulu), yang tu lagi kuat kot baunya dan sejak tu memang tau Laksa Sarawak memang ada bau seolah macam 'bau jamu'.. 

Tapi pes Laksa Sarawak Haji Manan ni, korang jangan risau, ada juga bau, tapi bau dia mengiurkan, melazatkan dan membuka selera.. janji rasa Laksa Sarawak tu ada oii.. tak payah nak pi Sarawak, beli pes dan masak aje sendiri hehehehe, puashati.. 

Okay.. selamat mencuba.. 


P/S: Ye kann, Mee Kolok takde ke pes? Hahahahaha.. 

4 comments:

  1. sedapnya. tak pernah lagi makan laksa sarawak ni..

    ReplyDelete
  2. tk pernh makan laksa sarawak..tp slalu tgk org share guna pes ni sedap

    ReplyDelete
  3. Pernah sekali makan laksa sarawak . Itu pun pergi bcuti di sarawak . Dah hampir terlupa rasa laksa sarawak ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.