SULTAN JOHOR MENGINGATKAN RAKYAT JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN GOLONGAN ANTI-VAKSIN


SULTAN JOHOR MENGINGATKAN RAKYAT JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN GOLONGAN ANTI-VAKSIN | DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, mengingatkan rakyat jangan mudah terpengaruh dengan golongan anti-vaksin yang dipelopori pihak tertentu.

Baginda Tuanku Sultan bertitah, rakyat perlu memahami bahawa tujuan pengambilan vaksin adalah untuk mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus mengancam kesihatan orang ramai.

“Islam mengajar kita agar sentiasa memelihara keselamatan diri menerusi segala langkah pencegahan dari apa jua kemudaratan khususnya wabak penyakit. Kaedah dalam menentukan hukum hakam ada menegaskan bahawa membenteras keburukan adalah lebih utama dari membawa sesuatu kebaikan.

“Mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Janganlah kita mendengar cerita karut yang disebarkan puak anti-vaksin ini. Dapatkan vaksin demi keselamatan diri dan untuk imuniti kelompok agar penularan COVID-19 dapat dicegah,” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO).

Baginda Tuanku Sultan memetik Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 195 yang bermaksud : “Jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan”.

“Ini yang diajar oleh agama kita. Mereka yang menolak tanpa sebab munasabah vaksin COVID-19 ini, yang telah disediakan oleh kerajaan dan sudah difatwakan halal oleh Jawatankuasa Fatwa, seolah-olah merelakan diri dijangkiti wabak yang amat berbahaya ini.

“Islam tidak membenarkan umatnya berserah bulat-bulat kepada takdir yang akan menimpa tanpa sebarang usaha dan ikhtiar untuk mengelakkannya. Bagi mereka yang sudah menerima suntikan vaksin, janganlah leka akan pematuhan SOP pula,” titah Baginda.

Menurut laporan media, dianggarkan seramai 133,000 penerima yang terdiri daripada warga emas akan menerima dos suntikan vaksin AstraZeneca dalam Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negeri Johor bermula minggu ini.

Dalam pada itu, DYMM Sultan Johor turut bertitah mengingatkan segelintir pihak supaya tidak mempolitikkan isu vaksin.

“Isu vaksin ini tidak seharusnya dipolitikkan, sebaliknya kerajaan sedang dan terus berusaha serta mengambil pelbagai pendekatan berkesan bagi meningkatkan pendaftaran rakyat untuk mendapatkan vaksin,” titah Baginda Tuanku Sultan.


Sultan Johor Mengingatkan Rakyat Malaysia Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Golongan Anti-Vaksin

Sewaktu negara mula menerima suntikan vaksin COVID-19, Sis salah seorang tidak berfikir panjang untuk mendaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Tapi agak pelik hingga sekarang, masih ramai menolak dan tidak setuju dengan suntikan vaksin sehingga menghasut orang lain supaya menolaknya.

Hinggakan sampai satu tahap, ramai yang menimbulkan keadaan di mana pihak yang menolak suntikan vaksin, melanggar moral dan mengutuk individu mendaftar sebagai penerima kononnya hidup tidak lama. Ye, memang benar.. kita tidak menafikan masih ramai kurang percaya kepada vaksin COVID-19 dan bimbang terhadap kesan sampingan yang akan mempengaruhi kehidupan pada masa depan. 

Tapi so far tengok yang dah menerima vaksin okay jee, alhamdulilah. Sudah-sudahlah. ko janganlah sampai menghasut, dan menimbulkan banyak masaalah dan keraguan pada yang nak menerima vaksin. Seseorang berhak memilih untuk mengambil suntikan vaksin ini atau sebaliknya, akan tetapi tidak boleh bersubahat dengan canag dan buat kempen menolaknya. Jika korang berbuat demikian, korang boleh di kenakan tindakan undang-undang, faham tak?..

Sis ada kalangan kengkawan dan juga saudara mara yang 'anti-vaksin' ni, tapi malas nak amik sikap nak berdebat, buang masa jerr.. sebab mereka ini akan pertahankan apa yang mereka rasa betul. So elok kita jauhkan dari mereka, kita urus dan jaga keluarga dan diri kita je.. mereka? Biarlah Allah buka hatinya sendiri.. 

Pelik... VAKSIN tau takut.. COVID19 tak takut pulak ekkkk.. 


P/S : Sis pun sabar menunggu untuk dapat vaksin ni, hari-hari duk belek MySejahtera huhuhu.. 

1 comment:

  1. Entah apa yang mereka anti sangat tu pun tak tahu, dah laa buat dakyah macam-macam. Lagi buat dosa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.