WORDLESS WEDNESDAY - IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT SAMBAL


WORDLESS WEDNESDAY - IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT SAMBAL | Ikan Cencaru ke Ikan Caru ke tapi sama je kan? Tak tau mana satu betul sebutan nama ikannya. Tapi biasanya Sis panggil Caru aje. Korang panggil apa?. Ikan Caru ni memang kebiasaannya dan jarang sekali laaa Sis masak menu lain selain Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal gini. 

Kalau versi arwah Emak Sis, di panggil Kerutup Ikan Cencaru. Perghhh sedap wooo kalau betul buat resepinya.. tapi ni semalam 'tak rajin', Sis hanya sumbat sambal ala sambal tumis aje, takde blender serai ke apa ke.. just lada dan bawang aje. Pun sedap kata anak.

Memang sedap kalau dapat ikan cencarunya besar. Dan gaya membakarnya kena betul, kalau gaya mengoreng bukan membako, ermm tak sedap, nanti isi ikannya keras.. 

Kalau korang nak cuba resepi Kerutup Ikan Cencaru versi Johor ni, korang boleh klik link di bawah ni okay.. boleh cuba, di jamin sedap.. 


Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal


P/S: Masak 4 ekor semalam, licinnn.. makan sorang sekor, baki sekor lagi Yana ratah hehehehe.. 

7 comments:

  1. Kalau kita pun boleh ratah jer sebab ada sambal tu power

    ReplyDelete
  2. Perghhh lama nya x makan ni...
    hahaha mls nk g beli kepala tu yg x buat2 isi sumbat nya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha adoiiii br la pasan 'kepala' pigi nya :D

      Delete
  3. sedap lauk ni. lama tak makan cencaru sumbat ni :)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan lagi versi bakar. Selalu makan versi goreng sebab suka gigit part yang garing.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaaa.. my favourite too!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.