PESAKIT JANTUNG TIDAK BOLEH MAKAN APA?


PESAKIT JANTUNG TIDAK BOLEH MAKAN APA? | Walaupun pesakit mungkin tahu bahawa beberapa jenis makanan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, namun perubahan dari segi habit atau tabiat makan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Malah, setelah bertahun-tahun makan secara tidak sihat, apakah cara yang terbaik untuk memastikan jantung dan sistem kardiovaskular kekal sihat sehingga akhir hayat?

Selain menukar diet kepada yang lebih sihat, pemilihan makanan yang betul juga amat penting. Ketika membeli-belah, elakkan mengambil terlalu banyak snek dan juga makanan yang diproses.

Sesaorang yang menghidap sakit jantung pasti tertanya-tanya mengenai makanan untuk pesakit jantung yang sesuai. Disebabkan lambakan makanan yang dijual di pasar raya, soalan yang selalu menghantui pesakit ialah ‘penghidap penyakit jantung tidak boleh makan apa’?

So harini Sis nak kongsikan makanan yang TIDAK BOLEH dimakan oleh pesakit jantung. Kalau hendak makan juga tidak ada masalah, tapi janganlah terlalu kerap pula ya!


Pesakit Jantung Tidak Boleh Makan Apa?

Penghidap penyakit jantung tidak boleh makan apa?
Untuk memastikan kesihatan jantung yang optimal, ada 8 jenis makanan yang perlu pesakit jantung elakkan:

1. Sosej dan daging yang diproses

Ramai tahu sosej merupakan makanan yang tidak sihat. Tetapi, apakah yang membuatkan makanan ini berbahaya? Banyak kajian yang telah menemui bukti bahawa daging yang diproses seperti sosej boleh menyebabkan kanser, sakit jantung dan juga diabetes. Namun, pakar sendiri tidak pasti apakah jumlah yang selamat untuk pengambilan daging yang diproses. Malah, mereka juga tidak pasti jika daging yang berbeza mempunyai risiko yang berlainan.

Menurut Frank Hu daripada Harvard T.H. Chan School of Public Health, berdasarkan data yang ada pada masa sekarang, jelaslah pengambilan daging yang diproses seperti sosej boleh meningkatkan risiko penyakit kronik. Jadi, jika boleh, elakkan makan terlalu banyak daging proses untuk jantung yang sihat, ya!

2. Snek tidak sesuai sebagai makanan pesakit jantung

Bagi mereka yang menghidap sakit jantung, elakkan pengambilan makanan seperti snek yang mempunyai terlalu banyak garam dan karbohidrat. Walaupun makanan jenis ini sedap dan memudahkan kehidupan seharian anda, namun satu paket snek mengandungi banyak gula, garam dan juga perasa tambahan yang boleh meningkatkan risiko penyakit seperti serangan jantung dan tekanan darah tinggi.

Sebagai pengganti, cuba makan snek yang lebih sihat seperti kekacang ataupun buah-buahan seperti epal, betik dan juga anggur. Semua ini merupakan makanan yang kaya dengan serat dan penuh nutrisi, sesuai untuk pengambilan individu yang menghidap sakit jantung.

Pesakit Jantung Tidak Boleh Makan Apa?
Image : AB Mauri

3. Pesakit jantung perlu elakkan manisan

Sudah sampai masanya kita kurangkan pengambilan makanan yang manis. Untuk mereka yang menghidap sakit jantung, makanan seperti aiskrim, gula-gula dan sebagainya perlulah diambil dalam kuantiti yang sedikit. Pengambilan terlalu banyak gula boleh menyebabkan berat badan meningkat. Sebagai penghidap sakit jantung, berat badan merupakan faktor yang amat penting.

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes mempunyai risiko yang lebih besar untuk menghidap sakit jantung. Sebab itulah pesakit perlu tahan diri daripada mengambil terlalu banyak manisan.

4. Jangan ambil terlalu banyak protein

Walaupun protein merupakan komponen makanan yang penting untuk badan, namun pengambilan protein yang berlebihan merupakan sesuatu yang tidak sihat, lebih-lebih lagi untuk buah pinggang korang. Protein yang berlebihan selalunya datang daripada daging yang mempunyai kadar lemak tepu yang tinggi.

Daging jenis ini akan meningkatkan tahap kolesterol LDL dalam badan dan meningkatkan risiko sakit jantung!

5. Tinggalkan makanan segera

Ini antara senarai makanan yang perlu difokuskan jika persoalan penghidap penyakit jantung tidak boleh makan apa ditanya. Tiada apa yang sihat mengenai makanan segera. Walaupun rasanya sedap, semua makanan yang berada di dalam menu segera sebenarnya tidak mempunyai sebarang nutrisi dan tinggi karbohidrat.

Walaupun ada menu yang kononnya lebih sihat dengan sayur-sayuran dan buah-buahan tambahan, namun makanan segera masih tidak baik untuk kesihatan. Elakkan tertipu dan jangan membazir duit dengan membeli makanan segera.

Pesakit Jantung Tidak Boleh Makan Apa?

6. Pesakit jantung perlu elak minuman tenaga

Sebotol minuman tenaga bukan sahaja mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia juga mempunyai bahan yang boleh menyebabkan masalah seperti tekanan darah tinggi dan juga aritmia.

7. Penghidap penyakit jantung tidak boleh makan apa? Tentulah garam musuh utama!

Tidak dinafikan, rakyat Malaysia amat sukakan garam dalam masakan. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika ada yang mengambil 4 kali ganda daripada jumlah garam yang dicadangkan untuk setiap hari. Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung merupakan penyakit yang saling berkait antara satu sama lain. Oleh sebab itu, pantau sebanyak mana garam yang anda ambil setiap hari.

Setiap manusia memerlukan garam untuk hidup, tetapi terlalu banyak garam boleh meningkatkan tekanan darah tinggi dan mendatangkan mudarat terhadap kesihatan.

Kesimpulan : Kepada penghidap penyakit jantung, harap-harap selepas ini tidak ada lagi persoalan penghidap penyakit jantung tidak boleh makan apa. Sakit jantung merupakan sejenis penyakit yang serius. Tetapi, dengan pengambilan makanan yang betul, pesakit jantung dapat hidup sihat sehingga akhir hayat.

Oleh sebab itu, makanlah secara sihat. Elakkan makanan berlemak atau mempunyai garam dan gula yang tinggi. Jangan lupa jumpa doktor untuk pastikan kesihatan anda berada pada tahap yang ideal.


P/S: Suami Sis pesakit jantung, tapi hurmmmm... ada masa memang 'naik hantu' gak Sis nak kontrol makan dia...

4 comments:

  1. Hehehe.. Semua makanan yg sedap2 bw penyakit tp makanan jenis tu jgk yg kita cari kan..

    ReplyDelete
  2. semua aku bedal..tak sayang nyawa betullah...

    ReplyDelete
  3. Memang banyak kena ambil perhatian bila ada sakit jantung ni, tapi ramai yang buat tak endah je bila makanan tu dah ada depan mata

    ReplyDelete
  4. nice sharing..bukan setakat pesakit jantung..kita yg normal pun kena jg makan mkanan macam ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.