BTS DAN COWAY MENGINSPIRASI RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENIKMATI TIDUR YANG NYENYAK

Sis Lin
3
BTS dan Coway Menginspirasi Rakyat Malaysia Untuk Menikmati Tidur Nyenyak Yang Mengubah Kehidupan | Gandingan yang terhebat dari kedua-dua dunia - Muzik dan Tidur!. Gelombang BTS sekali lagi melanda Malaysia apabila fenomena K-pop antarabangsa tersebut berganding bahu dengan syarikat terkemuka Life Solution Company, Coway.

Ya! Memang betul. Bintang global yang sedang menggegar dunia ini, kini kembali untuk menjayakan satu lagi kerjasama menarik demi memastikan peminat mereka mendapatkan tidur yang nyenyak. 

Kumpulan K-pop sensasi ini sememangnya mampu membuat peminat mereka tidur nyenyak dengan lagu-lagu hit carta terbaik dan pelancaran album mereka yang terbaru. Malah wajah dan kehadiran mereka dapat dilihat dan dirasai di mana-mana sahaja, mendorong orang ramai untuk menggayakan pakaian, menikmati makanan dan mengamalkan kehidupan seperti mereka menerusi pelbagai kerjasama dengan jenama-jenama terkemuka lain.

Kini, BTS berhasrat untuk mengajak peminat mereka menikmati tidur yang berkualiti dengan tilam PRIME Series Coway – menjanjikan tidur nyenyak yang mengubah kehidupan dan diperakui oleh BTS; demi menambah semula tenaga korang dan bersedia menyahut cabaran dunia setiap hari.

BTS dan Coway Menginspirasi Rakyat Malaysia Untuk Menikmati Tidur Nyenyak Yang Mengubah Kehidupan

BTS dan Coway Menginspirasi Rakyat Malaysia Untuk Menikmati Tidur Nyenyak Yang Mengubah Kehidupan

Kumpulan jejaka sensasi ini, yang juga merupakan duta jenama global Coway, sememangnya memahami kepentingan tidur nyenyak pada waktu malam dan bersama Coway mereka mahu memastikan semua orang mampu tidur nyenyak seperti bintang terkenal! 

Menerusi skim langganan sewaan Coway bagi tilam PRIME Series, para pelanggan kini boleh menikmati tilam bertaraf hotel lima bintang dalam keselesaan rumah sendiri pada harga kurang daripada RM5 semalaman.

“BTS telah menambat hati ramai rakyat Malaysia, dan kami pula ingin meyakinkan jiwa dan raga mereka dengan menggalakkan tidur berkualiti demi kehidupan yang lebih sihat. Menerusi kerjasama ini, kami ingin menarik dan mendekati hati generasi tua dan muda menerusi muzik dan kenikmatan tidur nyenyak yang sememangnya layak diterima oleh mereka!” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia

BTS dan Coway Menginspirasi Rakyat Malaysia Untuk Menikmati Tidur Nyenyak Yang Mengubah Kehidupan

Seperti mana BTS menghargai nilai muzik mereka, Coway menghargai nilai tidur berkualiti; kerana katil ialah satu-satunya tempat di mana korang berasa selesa dan selamat untuk beristirahat setelah penat mengharungi kesibukan hidup sepanjang hari. 

Dalam suasana kehidupan baru yang membataskan pergerakan dan menyebabkan ramai orang terpaksa duduk di rumah, amatlah penting untuk memiliki katil seperti tilam PRIME Series Coway; tilam premium sewaan pertama dengan perkhidmatan servis berkala.

Tilam ini ialah tilam hibrid yang sempurna kerana menggunakan hanya bahan terbaik untuk menawarkan penyelesaian tiada bandingan demi tidur yang holistik. Ia mempunyai spring poket 5-zon, 100% lateks semulajadi, busa memori (memory foam), serat kelapa, busa (foam) dan fabrik anti-statik.

Selain daripada itu, tilam Coway juga direka khas untuk membantu para pelanggan mencapai tahap kebersihan tidur yang optimum, melalui Perkhidmatan Penjagaan Tilam Coway dan pelapik tilam yang dapat ditukar ganti. 

BTS dan Coway Menginspirasi Rakyat Malaysia Untuk Menikmati Tidur Nyenyak Yang Mengubah Kehidupan

Yayasan Tidur (The Sleep Foundation) mencadangkan kita untuk menukar tilam setiap lapan tahun, namun dengan Perkhidmatan Penjagaan Tilam Coway, kebersihan tidur dapat disenggarakan dengan cara yang lebih murah dan bijak.

Sebagaimana BTS yang mempunyai tujuh anggota, Coway menyediakan perkhidmatan penjagaan tilam yang teliti dan menyeluruh dalam 7 langkah dan dilaksanakan oleh Juruteknik Penjagaan Rumah (Homecare Technicians) yang profesional, dalam tempoh empat bulan sekali. 

Khidmat ini dilaksanakan dengan menggunakan alat berteknologi tinggi yang terkini untuk membersihkan dan menjaga tilam, termasuk pengukuran tahap kontaminasi, pembersihan rangka katil, pengelapan rangka katil, pembersihan bahagian sisi, pembersihan tilam, penghalau hama habuk dan pensterilan UV.

BTS dan Coway Menginspirasi Rakyat Malaysia Untuk Menikmati Tidur Nyenyak Yang Mengubah Kehidupan

“Bak kata pepatah, tidur bukan suatu kemewahan tetapi suatu keperluan. Menjamin kebersihan tidur yang baik dalam dunia masa kini merupakan suatu keperluan yang dapat menyelamatkan nyawa. Di Coway, kami bertekad untuk menyempurnakan kehidupan masyarakat sejagat– yang membawa kepada Persekitaran Lebih Sihat, demi Negara yang Sejahtera!” tambah beliau.

Pastikan korang mendaftar untuk perkhidmatan penjagaan tilam Coway kerana sudah tiba masanya untuk melindungi keluarga korang dan mengubah cara tidur korang buat selama-lamanya! 

Maklumat lanjut tentang kerjasama antara BTS dan tilam Coway boleh didapati di laman sesawang www.youtube.com/CowayMalaysiaOfficial atau www.coway.com.my.


P/S: Makin ramai laaa yang bertukar ke tilan Prime Series ni ekk, kunun-kunun tidur ala gaya BTS tu haa hahahaa... 

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sakan la anak2 dara dok paksa omak eh belikan tilam BTS ni hehehe

    psst kakak x nak ke tilam tu:p

    ReplyDelete
  2. anak bujang saya minat BTS... Mak cakap..pondan je minat BTS ni... orang lelaki minat kumpulan Wings...hahaha

    ReplyDelete
  3. In case you are visiting Bangkok as a traveler, the last thing you at any point need to do is burn through your valuable time inside a taxi stuck in a brown haze stifled road... perhaps for quite a long time!
    my hero academia trivia

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!