TAKNAK UPDATE, TAKNAK SHARE, KAU DIAM AJELAH!


TAKNAK UPDATE, TAKNAK SHARE, KAU DIAM AJE LAH! | Dua tiga hari ni emosi Sis ko agak tak keruan sikit, walau korang nampak Sis ko okay je kan, komen sana sini, update macam biasa, baik di blog, di facebook atau pun di instagram, tapi jauh dalam hati ni simpan 'kegeraman' dan 'menyampah' dengan sesetengah manusia ni. 

'Itu pun kau nak update'..
'Macam engko aje yang masak'..
'Kau banyak masa bolehlah'..
'Aku takde apa nak share'.. 

Itu ayat yang beberapa hari ni dalam group yang Sis baca mereka borakkan dengan ayat 'sinis'. Bukan di tujukan pada Sis, tapi kami berbual borak kosong hal berkaitan kes viral di sana sini, then bila ada certain tu kalau tak kena gaya perkongsian orang, haaa ayat di atas laa mereka keluarkan. 

Bukannya apa... kita kalau rasa kita takde apa nak update, kau baca dan diam aje sudah, ko scroll je lelaju status orang, atau ko OFF je facebook ke laman sosial ko dan ko layan je Netflix ko dengan anak-anak ko.. kan senang, tak payah ko nak cakap orang macamtu, sampai seolah kita ni 'buang masa', macam dah takde keje lain ek.. 

Oii please laaa.. rasa macam nak meyampuk, tapi malas.. Sis baca dan diam je dalam group tu.. jujurnyaa memang dalam group tu Sis aje yang aktif sikit, ada blog dan rajin update apa-apa je laa di laman sosial Sis, ada dua tiga orang je yang Sis friend di facebook, lain semua, mereka add, Sis ko tak accept, sebab 'toksik' semua.. malas nak layan.. 

But, at least, semua kerja rumah Sis siap, siap sempat duduk 'bukak opis' lagi, ko ado?, dari engko tu haaa, duk asyik beli foodpanda manjang, katanya tak sempat masak, banyak kerja katanya.. *dia cakap.. pastu bising, anak-anak memekak kat rumah, bosan laa, tension laa, ermm.. dah engkau sendiri yang cari masaalah push diri macamtu, memang cari penyakit.. tak tau nak kesian ke apa.. 

Taknak Update, Taknak Share, Kau Diam Ajelah!

Macam ni je laa Sis nak beritau.. Bagi diri Sis, apa yang Sis share, berkongsi sana sini apa Sis buat (tidak semua), itu semua sebagai 'hiburan' atau 'networking' Sis... selain aktiviti 'ibadah' yang Sis join yang Sis rasa tak perlu Sis kongsi, tapi Sis seronok, gembira dan rasa lapang dada bila berkongsi aktiviti harian lain Sis di facebook dan instagram, berbalas komen dan apa je laaa walau hanya membaca status kengkawan yang positif.. tu semua nak hilangkan bosan dan stress dalam diri.. 

Tapi maaflah cakap, facebook dan instagram Sis memang Sis 'private', hanya dalam golongan kawan tertentu aje yang Sis terima dalam facebook tu.. kena ada ruang 'privacy' untuk diri sendiri selain di blog ni yang dah sememangnya dah 'public'... pun kekadang Sis kongsi juga di sini tapi berpada-pada, sebab ada yang 'memerhati' kita, so kita berjaga-jaga.. 

Sis tau, ramai aje kengkawan Sis yang diam tapi dalam hati memberontak nak kongsi kisah mereka, aktiviti mereka tapi mereka ni 'pemerhati', nak kata 'low profile', tapi yang peliknyaa.. kat facebook dan instagram takde share, tapi di status wahtsapp berderet-deret semua dia kongsi.. sebenarnya nak tunjuk kat siapa?.. 

Lagi satu perangai.. Sis paling tak suka kalau di instagram ada set 'close friends' tu.. kadang kalau nampak Sis malas nak klik... Sis tak suka jenis 'pilih kasih' ibaratnya.. kalau rasa nak set close friends tu, sebab taknak semua tengok.. baik ko tak payah update.. simpan je untuk diri sendiri.. *maaf cakap la ekk.. memang Sis tak suka.. 

Senang cakap, kesimpulannyaa... 

Kehidupan manusia berbeza.. jangan nak 'mengata' hal orang dan apa orang buat, dan sibuk nak amik tau hal orang.. dalam keadaan pendemik ni, ramai orang depression, mental kena kuat, cari sesuatu yang boleh hiburkan hati sendiri, masa ni laa kita jaga hati sendiri tapi tanya khabar orang.. 

Mungkin apa yang kawan kau update tu, tu yang membahagiakan dia, hilangkan bosan dia, so kita sebagai kawan ni 'support' laa dia.. tapi janganlah pulak, kau mengharap orang nak komen dan like ko, tapi engko sendiri, tak pernah pun nak buat 'tindak balas' balik.. ermmmm apa-apa je lerrrr..

Kalau mahu tenang, hati kena banyak bersangka baik dengan orang. Baca status orang, jangan cepat terasa, jangan cepat meradang. Hantar mesej pada orang, jangan fikir mahu dibalas terus. Kita mungkin tengah lapang tapi orang mungkin tengah sibuk. 

Dia mungkin sempat baca saja, tapi belum tentu sempat membalasnya. Dia mungkin menangguh balas tapi kemudian terlupa. Kalau perlu, mesej semula, tanya semula. Jangan terus bersangka-sangka. Kadang-kadang, baca status orang, ada yang terlalu cepat terasa hati. 

Sis sendiri pernah tercengang bila tiba-tiba ada yang menyerang. Terdiam bila ada yang salah faham. Tak pasal-pasal kena marah. Tak pasal-pasal jadi pesalah.. Entahlah. Kadang-kadang like atau tak like status dan komen pun boleh jadi isu, Allahu ... janganlah  sampai macam tu. 

Kita tulis status kita atau kita komen status orang, biarlah kerana Allah, kerana ukhuwwah. Jangan sebab orang tak like komen kita pun kita boleh merajuk. Jangan sampai mesej tak dibalas pun, kita terus block. Berukhuwwah di media sosial ni ada macam-macam kemungkinan. Yang terlintas di fikiran kita, belum tentu betul kesemuanya. 

Sebab tu, janganlah perkara remeh temeh pun nak dikeluh kesahkan. Bersangka baik itu lebih baik. Sis sendiri berpuluh notifikasi facebook dan mesej whatsapp masuk setiap hari. Bukan semua mampu Sis jawab. Ini bukan masalah pilih kasih atau pilih kawan tapi ini soal keutamaan. FB, FB juga... kita juga ada kerja, ada keluarga.. 

Jangan terlalu sensitif! Ingatlah, dalam hidup orang, bukan cuma ada kita seorang. Biasalah kalau sesekali terlepas pandang. Kita mungkin terlepas pandang masalahnya.  Dia pun mungkin terlepas pandang perasaan kita. Lembutkan hati untuk selalu bersangka baik dan bertolak ansur dengan situasi. Insya-Allah, mudah kita memujuk hati. 


P/S: Mohon maaf jika ada yang terasa hati.. sekian 😌

3 comments:

  1. betul tu sis, kita update je apa nak update.

    ReplyDelete
  2. betul sis lin...SA antara mangsa keadaan...pening hadap orang macam ni..sebab tu jarang update pape kat FB..skrg suka layan Tik Tok plak..bagi refresh my mind...

    ReplyDelete
  3. Sekurang2nya apa yang kita update, tentu ada memberi manfaat kepada orang lain walau pun kadang2 nampak macam benda biasa2 aje.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.