RESEPI DAGING KERUTUK CHE NOM MUDAH DAN SEDAP


RESEPI DAGING KERUTUK CHE NOM MUDAH DAN SEDAP | Dah berminggu sebenonya duk perhatikan dan tengok resepi juga video Che Nom masak Daging Kerutuknya. Then rempah kerutuknya pun memang Sis dah beli dah masa belanja barang dapur hujung bulan lepas di Econsave. Sana dia jual jenis timbang, ko cakap nak berapa ringgit, mereka akan cedukkan. (rupa dia macam rempah kari je rempah kerutuk tu, cuma agak gelap sikit). 

Kemudian bila jiran perjiranan Sis ada buka jualan barang basah, Sis orderlah Daging Lembut (topside) dua kilo. Memang beli banyak buat stok simpanan lauk-pauk. Bila daging dah ada, rempah dah ada, haaa apalagi, kita cubalah masak Daging Kerutuk Che Nom  ni. 

Bahannya semua mudah aje, semua memang ada dalam simpanan barang dapur Sis so tak susahlah nak menyediakan. Dan kalau korang perhatikan pun, bahannya pun macam ko nak buat masak kari. Sebab tu Sis kata, Resepi Daging Kerutuk Che Nom Mudah dan Sedap.. korang kena try dulu. 

Cuma kali ni ada sikit ngajinnya, so takde laa posing dalam kuali yaa, semua dah siap ceduk masuk dalam pinggan 'lawo' by Claytan hehehehe.. kalau datang malas memang Sis tayang dari dalam kuali je... tu jangan pulak mulut 'puaka' nak kata aku beli ekkkk.. memang nak kena ciliiii.. 

Jom tengok resepi dan cara memasaknya.. 

Resepi Daging Kerutup Che Nom Mudah Dan Sedap

Resepi Daging Kerutuk 
Resepi asal : Che Nom

Bahan-Bahannya :
  • 1kg daging, hiris dalam ketulan besar dan nipis
  • 5 sudu besar rempah kerutub
  • 1 senduk cili giling
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 2 senduk minyak untuk menumis

Bahan untuk kisar halus:
  • 2 biji bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan untuk rempah tumis:
  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang

Resepi Daging Kerutup Che Nom Mudah Dan Sedap

Cara memasaknya :
  1. Bancuh rempah kerutub dengan sedikit air dan gaulkan bersama daging untuk diperap seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar dan cili giling sehingga harum dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan rempah kerutub yang diperap tadi. Tambahkan sedikit air, tutup dan masak di atas api perlahan supaya tidak hangus. Masak sehingga daging lembut, anggaran dalam 1 jam lebih. (kalau daging lembut, sekejap aja masaknya). 
  4. Masukkan santan pekat, kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  5. Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas. 

Tips
Kuah kerutuk sepatutnya dihidangkan pekat dan pecah minyaknya..


P/S: Puashati memang sedap, korang cubalah.. next time nak try Kerutup Ayam pulak, mesti sedpa juga.. 

3 comments:

  1. tak pernah lagi buat daging kerutuk.Hari tu pi kedai acheh tu, nampak rempah kerutup tu, macam nak buat jugak..Haishh!! kena cuba ni

    ReplyDelete
  2. Pernah makan tapi tak pernah masak menu ni Sis. Biasa dulu arwah makngah PC rajin dan suka masak kerutuk ni.

    ReplyDelete
  3. sedapnyolah weiiii ... rasa nak kena cari ni...


    jemput singgah sini etek https://saripkay.com/

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.