PAGEVIEWS BLOG AKU SUDAH MENCECAH 12 000 000 JUTA!

PAGEVIEWS BLOG AKU SUDAH MENCECAH 12 000 000 JUTA! | TERIMA KASIH kepada semua pembaca blog Sis, tak kira di mana sekali pun korang dapat mencari blog Sis. Selama menulis ni, niat hanya untuk berkongsi apa yang Sis rasa perlu di kongsi. Minat menulis di diari harian tu Sis panjangkan di blog sendiri sekadar suka-suka aja, tapi tak sangka sampai pergi sejauh ini sambutan semua pembaca. 

Bila lihat setiap hari apa yang kita tulis ramai yang datang membaca, itu yang membuatkan Sis terus bersemangat menulis dan berkongsi cerita setiap hari walau kekadang tu dah putus idea dah nak menulis apa. Cuma penulisan Sis tu tidaklah sebaik orang lain, kekadang tu carca merba juga. Janji korang faham hahahaha..

Dan satu lagi yang buat Sis terus memerah idea nak menulis sebab bila banyak kita update, bila naik pageviews blog, maka blog kita automatik menjana pendapatan. Itu yang buat Sis lebih fokus terutama iklan-iklan dalam blog ni, bila banyak iklan keluar, then income google adsense tu pun automatik naik setiap hari, kekadang tu di luar jangkaan kita jumlahnya setiap hari. Ada rezeki setiap bulan atau selang bulan dah boleh cash-out walau tidak laa beratus-ratus.. janji melepasi 100USD. 

Jadilah kann buat duit kocek tepi, Sis ni surirumah, memang mengharap duit Suami ajer, at least bila dapat duit hasil menulis sendiri, dapat lerr nak beli apa yang kita suka tanpa meminta. Bahagia uii rasa.. 

Pageviews Blog Aku Sudah Mencecah 12 000 000 JUTA!

Sendiri dapat snap PV blog malam tadi jam 11pm lebih macamtu, alhamdulilah.. 

Kalau di tanya apa tips untuk menulis, ermmmm senang aje jawaban Sis.. 'Kau tulis apa yang kau rasa kau nak tulis' tu jerrr... jangan terlalu menulis dengan 'arahan'... menulis ikut kata hati.. rasa nak tulis ye tulis, walau tajuk hanya 'Aku Bosan'... tapi bila kau tulis dengan kata hati kau, dari ayat Aku Bosan tu boleh jadi sebuah cerita.. dan orang suka membacanya. 

Tak percaya? Cubalah... itu yang selalu Sis buat.. Jangan selalu dan kerap sangat menulis ikut 'arahan', maksud Sis, sebagai blogger, ko tunggu ada 'job' baru nak menulis, bila takde job, memang tak berupdate le blog ko tu kan kan?... so motif kau menulis blog tu apa sebenarnya? ...

Cuba buat blog kita ni 'mesra pembaca', bila penulisan kita, perkongsian kita 'natural', ramai nanti suka datang mmbaca, sampaikan kalau ko tak update sehari, ada pembaca blog ko tertanya-tanya. Dan kau sendiri pun rasa tak senang duduk bila tengok blog ko tak update.. 

Itu atas pengalaman Sis, Sis dah try and error tiap kali menulis dengan 'arahan' dan juga menulis dengan 'sukahati', kedua tu berbeza sangat pageviewnya tiap kali kalau dah buat posting. Sebab itu laa sekarang, kalau ada dapat posting job pun, Sis akan menulis dengan gaya penulisan Sis.. tak suka terlalu hardsell dan terlalu nampak kita ni menulis untuk 'review', nanti pembaca jemu nak scroll baca. 

Lantak lerr orang nak kata Sis ko ni pandai je cakap, tapi itulah tipsnya kalau di tanya Sis. Sis tak kisah pun, sebab memang menulis dengan cara dan gaya gitu.. lain orang lain caranya, so kalau di tanya Sis...haaa tu laa jawabannya.. 

Okaylah nanti sambung, nak settlekan dulu edit blog orang ni, rezeki sepanjang PKP ni, alhamdulilah.. tak pandai mana pun, tapi sekadar nak tukar 'basic' bolehlah.. Okay bye..


P/S: Kisah 'Anggerik' tu, one day akan muncul dalam blog ni.. kau tungguu.... 

7 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tahniah sis. semoga terus sukses :)

    ReplyDelete
  2. Wah,Tahniah..
    Penulisan yang bagus,berinformasi & jarang typo😁
    Teruskan menulis!

    ReplyDelete
  3. Tahniah, Lin!

    A ah, kita pun adsense laju skrg, dapatlah tambah2 cik port, hahahah

    ReplyDelete
  4. Wahhh tahniah Kak lin! Betul, rajin update memang banyak la traffic setiap hari. Keep it up ☺️

    ReplyDelete
  5. Tahniah sislin! Semoga terus maju!

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post