TIAP MALAM TIDUR DENGAN DIFFUSER LEBIH MENENANGKAN


TIAP MALAM TIDUR DENGAN DIFFUSER LEBIH MENENANGKAN | Siapa yang tau kebaikan dan manfaatnya guna diffuser ni, mereka tau laa, jika yang kurang faham dan tidak pernah tau dan membaca, mereka akan ingat diffuser ini biasa-biasa aje, sama dengan Sis juga dulu.. 

Tak kisah laa diffuser BRAND apa sekalipun, yang penting pastikan ianya bermanfaat. Dan pilihan Sis buat masa ni Young Living ajerr.. lama duk perhati kengkawan pakai, tapi diamkan aje. Harga satu dah mahal, satu lagi nak ON sepanjang malam takut bil elektrik pulak naik, tapi bila banyakkan research dan baca testimoni pengguna, akhirnya diri sendiri ingin mencubanya..

Dan sekarang, hampir setiap malam, sebelum tidur mesti nak ON diffuser ni dan letak Essential Oils yang membuatkan diri kita selesa dan nyenyak tidur sepanjang malam. 

Korang tau tak, terdapat banyak kebaikan menggunakan aromaterapi dalam kehidupan harian? Terdapat banyak cara untuk menggunakan minyak pati ni, antaranya ialah secara topikal (sapu pada badan), dimakan, atau melalui diffuser (peresap).

Tiap Malam Sebelum Tidur Aku Mesti On Diffuser
My Name is OwLin 

Bagi penggunaan diffuser, ramai orang menggunakannya untuk menyingkir bau busuk bahkan menghalau serangga seperti nyamuk. Tapi sebenarnya terdapat beberapa kebaikan lain yang ramai orang tidak tau. Contohnya pengalaman Sis sebagai pengguna diffuser ni, ianya membuatkan Sis tidur lena dan mudah tertidur. 

Kebiasaannya tiap malam Sis akan guna diffuser bersama Essential Oils pilihan Sis. Sudah semestinya Lavender dan Peppermint. Sampai dah nak hampir habis dah dua minyak tu.. guna jimat-jimat hehehe, dan terkadang bertukar-tukar laaa juga dengan Essential Oils lain tiap malam.. tapi paling kerap dua tu laa Lavender dan Peppermint. 


Tiap Malam Sebelum Tidur Aku Mesti On Diffuser

Lavender untuk rutin waktu malam korang
Nak tidur ni kena ikut mood dan kawal emosi, baru tenang aje. Dan mereka yang rasa bahagia akan berada dalam mood yang paling baik dengan rehat yang mencukupi. Sebab itulah Lavender adalah satu kepentingan bagi mana-mana pakar kebahagian. Aromanya yang menenangkan menjadikannya satu elemen utama pada meja sisi katil, bekas perhiasan dan di mana sahaja yang mudah untuk dicapai sebelum tidur.

Korang juga boleh sapukan aroma klasik yang menenangkan ini pada dada, pelipis dan tapak kaki bagi membantu korang beralih daripada seharian yang sibuk ke malam yang mendamaikan.

Peppermint untuk minda yang cergas
Kalau korang seharian melakukan kerja yang aktif pasti suka menggunakannya. Sama ada di gym, ketika di studio yoga, bermain sukan kegemaran atau berkejar-kejaran dengan anak-anak di siang hari, aktiviti fizikal sebegini boleh membantu tubuh dan minda korang menjadi cergas. Setelah penat, guna atau sapu Peppermint ni pasti menyegarkan.

Lebih-lebih lagi, kesan dingin Peppermint merupakan pelengkap yang sempurna ketika bersenam, terutamanya apabila korang urutkannya pada otot leher, bahu dan kaki. Memang sangat membantu khusus bagi surirumah macam Sis ni haaa.. 

Tiap Malam Sebelum Tidur Aku Mesti On Diffuser

Diffuser minyak pati juga adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan tekanan dan kegelisahan. Minyak pati mempunyai kesan langsung pada bahagian otak yang mengawal kegelisahan dan tekanan, dan pendedahan terhadap minyak pati ni boleh mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah yang membolehkan seseorang bertenang.

Menurut sebuah kajian tahun 2017 oleh Northumbria University, pelajar yang berada dalam bilik dengan diffuser minyak pati memperoleh hasil 5% hingga 7% lebih baik bagi ujian memori berbanding dengan pelajar yang tidak terdedah dengan aroma minyak pati.

Selain membersihkan udara dalam bilik, diffuser juga boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan pernafasan. Diffuser dengan minyak pati jenis antibakteria, antispasmodik, dan ekspektoran berfungsi mengurangkan, menyembuhkan dan melindungi korang daripada masalah pernafasan.

Terdapat banyak diffuser minyak pati yang terapeutik bagi membolehkan korang tidur lagi nyenyak dengan bau-bauan bunga yang boleh merehatkan minda, sekaligus membuatkan korang lebih tenang dan menggalakkan rasa mengantuk. Terpulang pada citarasa dan emosi juga mood korang. 

Tapi biasanya yang Sis guna Lavender dan Peppermint tu aja, kadang Sis campur gak Lavender dengan Jade Lemon, kekadang dengan Peace & Calming It (walaupun baunya agak kuat, tapi menenangkan)..ikutlah mood sebelum tidur.. yang pasti lena... 

Sampai Suami pun dah pandai minta letak minyak apa yaa hehehehe... dia suka bau Peppermint dan Jade Lemon. Nafas segar katanya...

So korang ada yang guna juga ke?..
EO wislist : Stress Away & R.C 


P/S : Terima kasih pada Retna, dia yang banyak beri 'gift' minyak Essential Oils YL ni kat Sis. Bertambah koleksi.. Moga dimurahkan rezeki ko selalu Ret.. sangat bermanfaat buat aku..

11 comments:

  1. hahaha ako pun suka lemon weii...

    nnt ada rezeki ako order lagi, bole selit ko punya ;)

    ReplyDelete
  2. Betul..untuk ketenangan memang elok guna diffuser YL...kat opis pun SA prefer guna diffuser cumanya bukan jenama YL la..kat rumah pun sama..tgok best dan cantik plak owl tu ha...rasa nak bertukar ke YL la...dah tua2 ni perlukan ketenangan kan

    ReplyDelete
  3. Pakai diffuser Young Living juga. Minyak pon dah habis. Suka bau Lemon & peppermint. Tak suka bau lavender. Mungkin kena bau selalu baru ok kot.. hehe..

    ReplyDelete
  4. comelnya diffuser tu. Kalau time tidur pasang ni lepastu essential oil yang wangi perghh memang lena tidur.

    ReplyDelete
  5. diffuser ni dah lama ada, cumanya eo yang tak beli2 hahaha, kena beli balik la eo

    ReplyDelete
  6. rumah aida ada 4 diffuser. so tak boleh disangkal la yg aida memang suka diffuse dgn eo tiap malam. masuk bilik tido, nyaman aje suasana sebab da on diffuser lebih awal. aromaterapi nyer is wow! bilik belajar anak pun ada diffuser dgn eo khas utk tingkatkan konsentrasi diorang, sis.
    aida guna jenama local je, bumiputra. terbaik. best. and affordable.

    ReplyDelete
  7. Daku suka bau Lemongrass berangan masuk spa Sis Lin oiii. Lama tak jengah spa kan. Hahaha. Nie wish list adalah RC dan Thieves dan daku terpengaruh dengan CLP ha hahaha

    ReplyDelete
  8. Diffuser ini adalah cara moden untuk dapat ketenagan dan juga kebaikan dalam bauan yang disebarkan.. Maha suka guna cara sunnah dengan guna Bukhoor kerana ia telah diamalkan oleh sejak zaman Nabi lagi..

    ReplyDelete
  9. Diffuser YL ni ramai kata best . Sal lom ada rezeki lagi tapi memang mengidam la . Teringin nak pasang dalam bilik . Dengarnya kalau tidur penuh dengan ketenangan..haaa part tu yang diinginkan.

    ReplyDelete
  10. Best diffuser ni.. Saya suka sbb ada bunyi2 tu.. Tennag ja bila nakntdoq dengaq whitr noise mcm tu 😍

    ReplyDelete
  11. Iza pun suka tidur pasang diffuser. Tenang je rasa and tidur pun lagi lena. Iza suka jugak bau lavender and papermint. Kadang2 mix dengan lemon. Best!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.