TAKKAN NAK MASAK ASAM PEDAS LAGI?

TAKKAN NAK MASAK ASAM PEDAS LAGI? | Selamat pagi Isnin korang, dah siap sarapan ke? Ke dah mula memasak di dapur? Sis harini lewat sikit bukak 'opis' haaaa, siram dan cuci lantai luar, then tengok pokok-pokok bunga tu, panaskan semua enji kereta yang lama tak bergerak tu haaa.. ermmm banyak kerja pagi tadi seawal jam 7.30am Sis turun ke bawah.. alhamdulilah settle semua dah. 

Baru lepas sarapan dan duduk depan laptop ni. Makan roti kismis 3 keping dan depan mata ni ada secaran kopi Passion dari arissto. Sehari tak pekena kopi, macam pincang sebelah kaki Sis hahahaha.. 

So dalam kepala dah start bekerja ni, 'Nak masak apa ek harini?'. Semalam malam sambil tengok tv ada Yana tanya, 'Esok Mak nak masak apa?', belum pun Sis sempat menjawab soalan dia, dia dah sambung lagi, 'Takkan nak masak asam pedas lagi?' hahahahaha.. adoiii memang ingat nak masak asam pedas, dah Yana sound pulak camtu..makanya cansel lee asam pedas harini..

Asam Pedas Ikan Ketarap

Sebabnya hari Khamis lepas baru ni, Sis baru je haaa masak Asam Pedas Ikan Ketarap, tu yang Yana rasa baru je makan asam pedas, takkan nak asam pedas lagi hahahaha.. Yana tu okay je, dia makan semua lauk pauk, cuma jangan selalu masak dan kerap sangat, memang dia akan cepat muakkk.. 

Beza dengan anak bujang Sis, dia bedal je apa Mak dia masak, janji ada makanan untuk dia makan, hari-hari lauk sama pun takpe.. tapi kalau anak yang sulung pulak, ermmmm tu satu perangai, kalau dah hari-hari masak nasi berlauk, esoknya memang dia takkan makan nasi, dia akan minta menu lain selain nasi. ermmm gitulah perangai anak-anak, memacammm...

Takkan Nak Masak Asam Pedas Lagi?

Alhamdulilah sekarang ni boleh di katakan setiap hari hujan kan? Tempat Sis sini kalau tak tengahari, time petang nanti hujan turun membawa ke malam, tidur pun sejuk kerung di buatnya. Dan apa lagii mulalah simpul biawak menyerang, tapi malam tadi pakai stokin, sapu minyak EO Peppermint Sis, ehhh takde pulak kena simpul biawak, nyenyak aje Sis tidur. 

Saje je cuba sapu, kalau okay lepas ni bolehlah sapu selalu.. kalau tak, mau merengkuk badan bila ke aserang simpul biawak, kalau Suami ada sebelah, dia jadi mangsa hahahaha.. 

Okaylah nanti sambung lagi, nak bukak freezer dan menung lauk-pauk dalam tu, entah apa nak masak harini. Tapi terbayang pulak Daging Kerutup Che Nom.. daging ada, bahan pun ada, boleh cuba juga ni... dah jommmm kita.. 


P/S: Mulakan hari ini dengan penuh kesyukuran... alhamdulilah :) 

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kalau asam pedas, saya suka style Johor. Best, rasa rich sangat.

    ReplyDelete
  2. saya masak asam pedas asik tak berapa kick je rasanya... air tangan masih ada perisa pahang agaknyaa

    ReplyDelete
  3. Di rumah pun suka masak asam pedas jer.. simple..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post