AKU LEBIH SUKA WANGIAN VICTORIA SECRET DARI BATH & BODY WORKS

AKU LEBIH SUKA WANGIAN VICTORIA SECRET DARI BATH & BODY WORKS | Wangian ni dua-dua Sis pakai, bertukar-tukar ikut mood. Kadang pakai Victoria Secret (VC), kadang pakai Bath & Body Works (BBW) tu, ikutlah mood masa nak keluar atau duk rumah. Tapi kebiasaanya yang paling banyak Sis pakai di rumah, BBW tu. 

Sebab wangian BBW tu bagi Sis tidak berapa melekat baunya, pakai kejap, kang dalam beberapa jam ke, bau dia dah takde terhidu dek hidung Sis, tapi kalau Sis pakai VC tu, tak kira di rumah atau di luar, ermmm wangian dia melakat berjam-jam lamanya terbau-bau dek hidung Sis, kadang tu sampai anak pun tegur wanginya. 

Tu yang lebih suka pakai VC bila keluar rumah. Tapi niat nak kasi bau wangi kat hidung sendiri, bukan untuk 'ciuman' orang lain, kecuali Suami sendiri jer. Ingat, berdosa tau kalau kita sebagai isteri pakai wangi-wangi sampai ada 'lelaki' menegur.. so beringat.. niat pakai untuk wangian diri dan juga Suami aje okay.. 


Victoria Secret Brume Perfume Mist


Bath & Body Works Perfume Mist 

Kebetulan hari semalam mengemas kesemua wangian diri Sis. Sebab ada certain tu dah lama sangat duk simpan terperuk tak pakai walau isinya penuh, tapi kalau dah bertahun, ermm buang aje. Banyak gak buang berbotol-botol semalam, sampai lapang dah tingkat lemari tu hehehe..

Yang simpan hanya yang guna aje, ada tu dah ketepikan, nak bagi anak sedara, masih ada setengah gak isinya lagi, cuma dah taknak pakai, dari simpan tak pakai, bagi aje anak sedara. Biasa lerr bebudak sekolah kan, suka aje kalau di beri wangian gini. 

Dua brand ni boleh tahan mahal gak harganya, tapi Sis banyak beli time offer. Kalau CV tu time offer, dapat 5 botol hanya RM119 jer, tu pun beli di Johor Premium Outlets (JPO). Ada yang Sis beli dengan harga 5 botol RM130 set. Asal habis je, beli je laa, offer tak offer, dah memang pakai kan.  

Tapi kalau BBW tu, jangan risau, offer memanjang hahahaha.. 


Tapi, kalau pi event atau keluar bersama Suami ke, atau majlis yang agak special sikit, haaa Sis pakai Zara Perfume tu. Sejak dulu memang pakai brand tu. Tapi tidak lerr selalu membeli, sebab tak selalu pakai pun. Rasanya dua botol ni baru je dua kali beli. 

Sebotol tu boleh tahan lama pakai, spray sikit dah wangi melekat.. dua-dua wangian tu best baunya.. Kadang Suami pun curi-curi pakai hahaha.. katanya wangi. Lain-lain wangian Sis beli buat geli-geli je, kadang beli sebab botolnya cantik hahaha.. 

Betul, nak pakai wangian ni ikut mood, tu Sis laa, korang Sis tak tau. Yang selalu dengan Sis, dia tau lerr Sis suka bauan yang macam mana, tak suka bau melekat pekat macam bau 'jantan' hahahaha.. suka bau bebuah dan bungaan gitu, sekali spray fresh & cool je rasa.. sesedap lobang hidung menghidunya..

Yaa ada certain orang tu, duduk sebelahnya, kuss semangat bau perfume dia, hidung Sis tak boleh terima, tu sebab wangian ni ikut citarasa memasing. Kadang bau ni kita suka, tapi orang lain tak suka, kang kita tak suka bau ni, ehhh orang lain pulak kata wangi, kan kan.. 

Yang penting pakai laaa wangian, walau selet 'ubat ketiak' ajer sekalipun, janganlah sampai bau terhidu bau tengekkkk dan hapakk yaaa.. 


P/S: Ada gak beli perfume yang murah, janji wangiii... 

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Haaa.. betul, BBW ni manjang offer, so tapayala nak simpan stok byk

    ReplyDelete
  2. sama la kita suka bau bunga2 sebab sweet je. Yang menyengat tak suka sangat. Tak pernah lagi beli mist dari VC. Kalau ada offer nak try lah nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post