JUALAN BERAS ASRAFFI BANTU DANA KEPERLUAN PONDOK MOTIVASI TAHFIZ HAMLATUL QUR'AN

JUALAN BERAS ASRAFFI BANTU DANA KEPERLUAN PONDOK MOTIVASI TAHFIZ HAMLATUL QUR'AN | Korang ada pernah nampak Beras Asraffi ni? Atau korang sendiri sudah pun membelinya? Untuk Sis memang belum pernah beli lagi dan jujurnya baru juga tau mengenai Beras Asraffi ni. Jika korang pernah membaca satu posting mengenai Infaq Beras Asraffi ni, tentu korang tau kan, tujuan pengeluaran beras ini. 

Syarikat pengedar produk berasaskan makanan ruji milik penuh Bumiputera, Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ) yang mana pengasasnya, Mohd Ashraf Suarin mengatakan, keluaran Beras Ashraffi ini adalah sebahagian usaha memajukan masyarakat Islam ke satu tahap lebih tinggi, juga membolehkan masyarakat mendapatkan beras yang bersih dan dijamin halal.

PMTHQ tidak hanya menghasilkan beras Ashraffi untuk menjana pendapatan pondok mereka, malah sebelum ini, Ustaz Mohd Ashraf juga menubuhkan Pondok Souq iaitu rangkaian kedai pengedaran makanan sejuk beku halal keluaran 100% Bumiputera Islam. Selain makanan sejuk beku, Pondok Souq juga menyediakan keperluan harian lain antaranya ubat, minyak wangi dan koleksi jubah.

Dan terkesan dengan keadaan Pandemik sekarang ini, makanya PMTHQ mengajak semua orang membeli sambil beramal bagi menambah dana untuk menampung keperluan dan perbelanjaan di PMTHQ mereka. 



Mengenai Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ)

Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Qur’an telah ditubuhkan pada 3 Mac 2013 bertempat di sebuah rumah pusaka milik Dato’ Jahaya Ibrahim di Kelip-kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Pondok Tahfiz Hamlatul Qur'an ini adalah pondok kedua yang di kendalikan oleh Ustaz Ashraf yang kini sudah hampir 9 tahun beroperasi sejak Mac 2013. 

PMTHQ adalah sebuah institusi pondok tahfiz swasta yang menumpukan pembelajaran dalam bidang hafazan al-Qur'an dan menjadikan pembelajaran al-Qur'an sebagai motivasi bagi membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Selain itu, objektif utama PMTHQ adalah untuk membangunkan generasi al-Qur'an dan pendakwah yang bermotivasi.

PMTHQ mula beroperasi dengan hanya dibantu oleh tiga orang guru dan mempunyai 10 orang pelajar pada awalnya. Dengan berkat kesabaran dan kesungguhan mudir dan para guru, pada tahun 2016, PMTHQ telah berpindah ke bangunan surau lama yang diwaqafkan oleh penduduk kampung di Surau Blok J, Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang, Selangor, bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. 

Bukan saja pelajar biasa, tapi mereka yang kurang upaya (OKU), gelandangan, anak pelarian Rohingya dan Kemboja juga dibantu untuk membolehkan golongan itu mengikuti kelas ilmu.

Antara sebab utama beliau mengeluarkan Beras Ashraffi ini sebagai punca pendapatan menampung sekolah tahfiz ini. Kini PMTHQ mempunyai lebih dari 60 pelajar tahfiz dan hanya 30 peratus membayar yuran pengajian manakala selebihnya ditanggung pihak tahfiz sepenuhnya.



Pengasas Pondok Motivasi Ustaz Dr Mohd Ashraf Bin Suarin

Ustaz Dr Mohd Ashraff Suarin, adalah seorang pendakwah bebas dan pengasas sekolah tahfiz, Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur’an (PMTHQ), Tanjong Karang. Di lahirkan di Kaherah,Mesir dan mendapat pendidikan awal si Tanjung Karang,Selangor. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di SAM Seri Desa Markaz Tahfiz al-Qur'an Wal-Qiraat, SAMT Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah dan meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya. 

Beliau sentiasa bekerja dengan niat kerana Allah SWT dan berhasrat untuk membantu golongan yang memerlukan sama ada dari kalangan asnaf, anak yatim dan anak-anak tahfiz.

Ustaz Mohd Ashraff juga merupakan pendakwah bebas dan pengasas sekolah tahfiz, PondokMotivasi Tahfiz Hamlatul Qur’an (PMTHQ), Tanjong Karang. 

Taraf Pendidikan : 
•Ijazah Syariah Hukum (UIN Riau Indonesia)I
•IjazahSarjana Muda Bahasa Arab (UPM)
•Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan (UM)
•Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Dakwah dan Pembangunan Insan (UM) 



Sambil Membeli Sambil Beramal

Beras Ashraffi adalah Milik Bumiputera Muslim. So kalau korang nak membelinya, beli tanpa was-was, kerana ianya di jamin bersih dan halal. Bagi menjamin kualiti berasnya, Enigma Food Technology bekerjasama untuk mengurus, memproses, membungkus, mengedar dan mengiklankan produk beras Ashraffi.

Menurut kata Ustaz Asraf, beras putih diimport dari Vietnam dan Thailand, sementara beras basmathi dari Pakistan dan India. Istimewanya beras jenama Ashraffi ini, peratus campuran beras hancur lebih kecil berbanding beras sedia ada di pasaran.

Membeli  sambil menderma. Itulah konsep perniagaan yang diamalkan oleh Ustaz Dr. Mohd. Ashraf Suarin, 40, sewaktu mengambil keputusan untuk meniaga beras. Seiring visi keluarannya, 20% daripada pembelian satu paket beras seberat satu kilogram (1kg) disalurkan kepada golongan memerlukan antaranya asnaf, anak yatim dan pelajar tahfiz.

Bukan setakat itu saja, harga runcit beras Ashraffi juga jauh lebih murah iaitu RM4 untuk satu kilogram (1kg), RM20 (5kg) dan RM40 (10kg). Manakala beras basmathi untuk satu kilogram adalah RM14 dan RM70, untuk 5 kilogram (5kg). 


Korang boleh mendapatkan Beras Ashraffi Milik Bumiputera Muslim ini secara atas talian di laman web Shopee : www.shopee.com.my/pmthq 

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan beras Ashraffi, atau membuat pembelian secara pukal atau ingin INFAQ beras, atau sebarang pertanyaan maklumat berkaitan PMTHQ, bolehlah layari : 



P/S : Alhamdulilah, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima ❤

15 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah. Bagusnya. Baru tau ni Sis.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Ini yang kita mahukan. Boleh beli dan share juga kepada yang lain. Terbaik!

    ReplyDelete
  3. First time juga dengar tentang beras ni. Boleh lah beli juga nanti sambil2 support madrasah tahfiz ni kan.

    ReplyDelete
  4. Inisiatif yang sangat baik, win-win utk semua orang. Boleh lah kita suggest beras ni pada sedara mara :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah nak infaq dah mudah lani, membeli pun boleh sambil menderma

    ReplyDelete
  6. Jom sama-sama buat infaq. Ni salah satu cara beribadah juga. Alhamdulilah hari tu ada join infaq rehal dan al quran.

    ReplyDelete
  7. Kita baga ramai orang kongsi niat murni ni bila kita membeli sambil kita menderma dalam masa yang sama. Satu usaha bagus dah harap dapat diteruskan dan makin ramai orang dapat dibantu lepas ni kan...

    ReplyDelete
  8. Membeli boleh, Infaq terus pun boleh. Baguskan inisiatif begini. Sambil membeli, kita beramal. Ruby pun nak beli di Shopee nanti. Moga dapat membantu ustaz terus mendidik anak-anak di Pondok Motivasi. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  9. First time tengok beras Asraffi ni. So far memang kena beli kat shopee je ke?? InshaAllah nanti nak usha la. Sambil membeli, boleh la menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  10. Jenama baru ke ni sis? Baguslah membeli sambil beramal org kata kan... Moga usaha dan niat ini dpt diteruskan dlm membina pondok utk anak2 thfiz ni

    ReplyDelete
  11. InsyaAllah akan ramai yang membantu dan berinfaq kelak. Rakyat Malaysia tidak pernah kurang kasih sayang dan ikhlas membantu, insyaAllah

    ReplyDelete
  12. Bagus la ada program infaq macam ni boleh help others in need especially time PKP ni.. bboleh share ni dengan my friends juga la..

    ReplyDelete
  13. Dalam rezeki kita akan hak orang lain... tu prinsip Sal selama ni. Dan selagi mampu untuk bersedekah..perlu berbuat demikian. walau sekecil mana pun jumlahnya...cukup membuatkan si penerima happy. Bagus pendekatan infaq ni. Insya Allah nak try jugak beras Ashraffi .

    ReplyDelete
  14. Bagus sangat ni..sambil membeli sambil menderma. Dalam rezeki kita ada orang lain punya. Dapat bantu meringakan beban mereka

    ReplyDelete
  15. Alhamdulliiiah bagusnya usaha murni macam ni dalam membantu golongan memerlukan. First time iena dengar jenama beras asraffi ni. Tak pernah jumpa lagi kat kedai..dia jual online je eh

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post