MENU LAUK KAMPUNG YANG MENYELERAKAN!


MENU LAUK KAMPUNG YANG MENYELERAKAN! | Sis nak ucaplah terima kasih kepada arwah Emak Sis yang telah mengajar Sis makan menu lauk kampung yang menyelerakan macam ni. Kalau tak sebab arwah Emak dan Abah mengajar memakannya, sampai ke tua ni rasanya tak pandai makan. 

Eh, jangan tak tau, ada tau orang 'tua' dewasa yang tak pandai dan tak reti makan menu lauk kampung macam ni. Contoh dekat, anak-anak kita je laa, walau dah dewasa remaja pun, kalau Sis masak menu macam ni, memasing semua kata 'apa ni Mak?'.. Padahal Sis masak jer menu lauk kampung macam ni.. 

Salah satu sebab, anak-anak dah terlalu terdedah dengan menu-menu 'hipster' atau 'western' atau kita juga kurang dan tidak selalu masak menu lauk kampung macam ni. Ye laa bukan senang nak dapat sayur-sayur kampung gini dalam bandar. Nak kena pi Pasar Besar baru jumpa. Ni pun nasib baik Sis jumpa dalam seller Sayur Kampung dalam facebook tu, tu yang Sis terkinja-kinja membelinya hehehe.. 

Kalau dulu belakang rumah arwah Emak ada kebun mini menanam pokok pisang dan memacam le ulam-ulaman, tapi masa tu Emak sihat lagi, sejak dia sakit, kebun pun tak terurus, kalau ada pun yang subur, terbiar je laa.. kena pulak adik ipar lelaki yang duduk dengan Emak pun now terkandas di Singapura dek sebab pandemik ni haa.. dah setahun lebih tak balik Johor. 

Jantung Pisang Rebus

Sambal Air Asam

Dan yang paling teruja sekali dan paling lama teringin nak makan adalah Jantung Pisang Rebus cecah dengan Sambal Air Asam ni, perghhhh... memang mengencesss gilerrr masa buat air asam tu. Siap aje masak, memang tak tunggu dah, panggil anak-anak terus ajak makan. 

Dalam 3 orang anak Sis, yang boleh layan menu lauk kampung gini adalah Yana laa, kalau Kakaknya dana ank bujang, ermmmm memang speaking london dia keluar laa kang, 'what is this'? hahahahaha... aishhhh nak kata Sis tak ngajo makan tak juga, Ayahnya pun makan juga, tapi entahlah bebudak sekarang kann.. 

Nasib jugalah Yana pandai makan, ada lee geng makannya. 

Sayur Lemak Nangka

Lepas tu Sis masak juga semalam Sayur Lemak Nangka. Tapi agak kecewa le sikit, sebab takde Daun Selasih. Ikutkan letak daun selasih lagi sedap. Tapi sebagai ganti Sis letak ajee Daun Kunyit, janji ada rasa sudah.. pun sedap, Yana pun pandai makan.. 

Then ada Goreng Ikan Kembong, Telur Asin, juga masakkan anak bujang tu Sardin Sambal. Kang takde masak menu dia kang, Maggi gak kang dia bedal, bujang tu bukan boleh, cepat sentap sejak dah membujang ni hahahahaha.. adeii anak anak.. 

Sambal Air Asam

Di sebabkan ada yang komen macam mana buat Sambal Air Asam ni, so takpelah Sis kongsikan resepi air asam ni yaa.. ni pun Sis belajar dari arwah Emak.. nasib baiklah tiap kali buat, rasanya sama macam arwah Emak ngajar dulu.. mudah dan sedap gilerr.. 

Resepi Sambal Air Asam 

Bahan-bahannya :
  • Lada Merah
  • Belacan Bakar
  • Air Asam Jawa
  • Gula Pasir

Cara Membuatnya :
  1. Tumbuk lada merah, belacan bakar sampai lumut. Kalau malas tumbuk guna je chopper. 
  2. Kemudian masukkan air asam kedalam sambal tadi. Jangan cair sangat, agak-agak. 
  3. Masukkan gula, dan rasakan biar masam-masam manis. 
  4. Siap.. cecah dengan Ikan Bakar pun sedap oii.. 


P/S: Ada baki jantung pisang semalam sikit, nak buat kerabu udang kering, sedapnyaa... 

2 comments:

  1. memang nampak menyelerakan.
    Wak pun suka jantung pisang rebus

    ReplyDelete
  2. Lenkali panggil SA makan Sis Lin...ni SA nak share petua rebus jantung pisang x nak bagi dia hitam.Masa rebus tu Sis letak asam keping 3-4 keping...rebus bulat2 jantung tu...dah empuk baru belah dua...insyaallah x hitam...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.