SELAMAT TINGGAL SYAWAL 1442H/2021M


SELAMAT TINGGAL SYAWAL 1442H/2021M | Habis sudah hari raya tahun 2021 ni, hari ini 30 Syawal sudah, masuk aja Maghrib nanti, dah masuk bulan baru 1 Dzul-Qa'idah 1442H. Ibarat kata semua orang, 'raya macam tak raya', tapi walau macam mana pun, pasti ada juga tinggalkan kenangan raya buat diri kita kan walaupun kita raya dalam rumah sendiri atau pun raya sendiri tanpa keluarga. 

'Raya tetap raya', tak boleh elak kalau ko kata tak nak raya.. duduk ceruk negara mana sekalipun laaa, walau dalam hutan pun, bila tiba hari raya mesti ko rasa feel nak raya kan, jangan tipu.. 

Cuma tahun ni sekali lagi kita raya dalam norma baharu, dan tidak boleh keluar berhari raya dan ziarah raya. So beraya duduk rumah, masak, makan dan tidur.. tapi pagi raya tu tetap dengan berbaju baru raya dan bersalam-salaman sesama keluarga yang sedia ada dalam rumah. 

Rindu gilerrr dengan suasana raya dua tahun duluuuuu... sangattttt... korang rindu tak?..

Rindu tu sukar nak cakap, nak marah sebab Covid19 ni pun tak boleh, benda nak jadi kann, nak marah kepada si kerajaan pun takde guna, so nak marah pada siapa? Marah je pada diri sendiri, sebab gagal dalam menjalankan amanah untuk #StaySafe kekal berada di rumah. 

'Diri sendiri' tu meliputi semua orang yang bergelar manusia, kalau masing-masing jaga diri sendiri, fikir sebelum melakukan sesuatu, tak lee jadi kes besar gini kan.. ermmmm... tu sebab malas nak tuding sapa, tepuk dada tanya laa diri sendiri.. 

Kesian pada frontliners semua, sepanjang dua tahun kerja keras untuk kendalikan kes pesakit wabak Covid19 ni, hinggakan sekarang dah sepanjang hari kes kematian dah terlalu ramai dah, nak uruskan jenazah bukan boleh buat seperti biasa, kena turn by turn, ada prosedur dia untuk menggelakkan virus dari menular, so titik peluh mereka dalam baju PPE tu dah tak tau nak kata dah.. tambah lagi nyawa mereka di gadaikan.. tapi kita???... 

Kita hanya 'pandai bercakap' jeee, tindakannya tak semua orang buat.. ermmmm... 

Selamat Tinggal Syawal 1442H/2021M

Selamat Tinggal Syawal 1442H/2021M

Rindu dekat semua orang... 

Alhamdulilah, tahun ni masih dapat beraya lagi dalam norma baharu .. kita doakan bebaik semoga wabak Covid19 ni akan berakhir dan kita dapat beraya bersama, dan anak-anak pulak boleh masuk sekolah seperti biasa juga.. Kesian kan anak-anak, tiada kenangan zaman persekolahan mereka.. 

Selagi masih belum reda, #KitaJagaKita dan kita jalankanlah amanah kita supaya kekal berada di rumah dan kekal hidup sihat sepanjang PKP ini.. 

Al-Fatihah juga buat semua yang telah pergi dan semoga keluarga dan waris mereka tabah, sabar dengan ujian yang Allah berikan.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Dan kepada mereka yang sedang kuarantin, jangan putus asa, be strong, kekalkan semangat untuk terus sihat dan kekal sihat, dan ingatlah keluarga korang teramat sayang pada korang.. Kami doakan korang terus kekal sihat.. 

Selamat tinggal Syawal ... 


P/S: Rindu suasana openhouse, makan bersama, sembang bersama, tanpa rasa was-was 😭

5 comments:

  1. Kita pun rindu kat semua adik beradik kita

    ReplyDelete
  2. Mudah2an kita akan ketemui ramadan dan syawal yang akan datang.

    ReplyDelete
  3. Ssmoga kita sama2 dapat bertemu lagi di bulan yang mulia

    ReplyDelete
  4. Sudah tentu rinduuu! Tebal rindu ni tau!
    Nak beraya bebas tanpa Covid durjana ni... Huh! Harap semua dah vaksin nanti helok ler kejadiannyaa.. SOBBBS!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.