JANGAN USIK DAN GANGGU RUANG KERJA AKU!


JANGAN USIK DAN GANGGU RUANG KERJA AKU! | Yaaa, baik Suami ataupun anak memang Sis dah warning, jangan usik dan ganggu tempat kerja Sis. Alhamdulilah mereka memahaminya. Tak sepah mana pun cuma agak terlalu 'open' laa sikit sebab Sis buat kerja di ruang makan depan rumah yang berbelakangkan dapur, senang nak merangkak cari makan kalau lapar hahahaha.. 

Sebenarnya dah ada perancangan, one day nak buat 'opis' dia ruang hall atas, tapi sebab Suami kata tunggu dia buatkan windscoting dan pasang wallpaper dia tu, tapi ... sampai sekarang duk tertangguh aje nak bikinnya... ermmm lepas ni memang nak kena paksa buatkan juga dengan segera. 

Bukan tak selesa dengan keadaan ruang kerja sekarang, cuma lebih suka ada ruang khas, so kalau ada apa-apa hal ke, boleh tinggal aje, dah tentu situ ruang kerja kan? Ni sebab ruang kerja di ruang makan depan, so kalau ada tetamu ke, Sis terpaksa kemas dan tutup kejap ruang kerja tu, kan leceh kan?..

Dan lagi satu, Sis pulak tak suka buat ruang kerja dalam bilik tidur, kecuali kalau bilik tu ada ruang khas kosong ke yang boleh di buat ruang kerja, tapi kalau nak campur sekali dengan ruang bilik tidur dalam satu ruang, Sis tak suka, rasa macam bila tengok, letih mata kang, sebab bilik tidur untuk Sis rehat ajaa.. 

Tapi ikutlah mood dan gaya sesaorang, lain orang lain gayanya kan?... 

Jangan Usik Dan Ganggu Tempat Kerja Aku!

Haaa nampak, depan ruang hall tengah ruang makan tu la ruang kerja Sis hahaha.. belakang Sis duduk tu ruang meja makan dapur dan sebelah belakang kanan adalah  ruang dapur. Sebab tu ler kadang sambil menaip pun boleh memasak kekekeke.. 

Rasa mata lapang jee buat kerja di situ, luas mata memandang. Buka kipas dan menaip sambil mendengar alunan zikir dan ruqyah di situ, tenang-tenang ajaaa.. yang bikin tak tenang kadang, si 4 ekor tu haaa yang duk berlari sana siniii berkejaran, errrrr... 

Jangan Usik Dan Ganggu Tempat Kerja Aku!

Nampak sepah ke? Mana ada sepah, semua barang yang ada atas meja tu semua keperluan Sis yang Sis guna. Cuma penghalau nyamuk tu haa si anak bujang lee pi letak situ, lupa pulak nak cabutnya hahahaha.. lelain benda tu, semua Sis guna, powerbank, cabel phone, krim tangan kaki tu mesti ada, kadang bila rasa kering je kulit, Sis sapu terus. 

Ipad tu pun buat main game Candy Crush hahahaha.. 

Jangan Usik Dan Ganggu Tempat Kerja Aku!

Sebelah kanannya pula, biasanya memang Sis letak phone macamtu laa situ untuk google meet ke apa ke sambil menaip, then pembakar lilin tu jerr yang tu special, baru je sampai pagi tadi. Anak yang sulung rekemen Sis beli dengan kawannya untuk bagi Sis tenang-tenang sambil buat kerja.

Tapi seriuslah cakap, memang wangian dia release tension betul, bau wangi dah macam dalam spa pulak... mata naik layu sambil menaip. Support anak-anak muda ni meniaga kan, ikutkan boleh aje Sis guna diffuser EO Young Living Sis tu, tapi sebab malas nak tarik wayer karen ke ruang tu hahahaha.. so pakai lee pembakar lilin tu untuk siang hari, malam Sis tidur dengan diffuser, jimat sikit minyak EO Sis heheheh.. 

Jangan Usik Dan Ganggu Tempat Kerja Aku!

Jangan Usik Dan Ganggu Tempat Kerja Aku!

Keadaan gini, ramai yang depression, banyak fikiran dan stress, eloklah kita beli benda yang boleh tenang-tenangkan minda dan diri kita.. tak kisahlah beli apa, cara apa, janji boleh happykan diri kita.. banyak kes yang menakutkan sekarang ni, so janganlah kita amik tindakan yang tidak sepatutnya, sayangilah orang yang tersayang korang.. 

Jika perlukan bantuan, kibarkan bendera putih di depan rumah korang okay, insyaAllah akan ada yang datang membantu.. 

Kalau korang nak dapatkan pembakar lilin tu, korang boleh ke IG @CandleNutsbynadiasubang ni. Respon cepat dan banyak pulak gift dia baginya.. Ada macam-macam pilihan dan juga bermacam bauan yang korang boleh pilih. Minta aja Nad tu rekemenkan untuk korang, servis tiptop.. 

Thanks Nad, aunty suka sangat ❤
So okaylah tu je nak kongsi, no idea sebenarnya, tapi kerah juga update sesuatu.. 
Nanti sambung lagi.. 


P/S: Harini OFFday masuk dapur, Yana masak hehehehe.. 

24 comments:

  1. Sama laaa ako ni pun keje kat meja makan depan tu je.. Nk buat opis mcm xde tmpt sesuaiπŸ˜…πŸ˜… nk buat dlm bilik mcm x selesa tkut terpanggil2 katil hahaha

    ReplyDelete
  2. kemas tuu ruang kerja dia..ruang kerja saya fuhh bersepah..

    ReplyDelete
  3. Tersusun je tengok. πŸ‘

    ReplyDelete
  4. selamat bekerja dari rumah ya

    ReplyDelete
  5. Nice.. sy kat ruang tamu aje.. org dtg, berlari lari tutup laptop semua letak dalam bilik hahahahaha

    ReplyDelete
  6. PC pun teringin nak ada bilik khas untuk keperluan khas. Tak campur-campur. Mudah bila ada bilik khas sendiri. Nak berblog tinggal on laptop. Nak ke menjahit ada ruang dia. Hehehe. In sya Allah. Tak perlu jadi orang nomat angkut sana sini.

    ReplyDelete
  7. Kak Sue ada buat ruang keja kat bahagian bawah tangga.. tapi tak buat pun kat situ. Depan tv nie juga lah buat keja sambil tengok tv.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. ida dulu pun meja keje dekat meja makan je..huhu. lepas tu meja sendiri ada tp letak kt ruang makan. sekarang ni dh tukar kt bilik stor..hehe

    ReplyDelete
  9. Dulu ada space sendiri. Sekarang. space ku dalam tepon jee. golek2 atas katil. sambil menaip. haha

    ReplyDelete
  10. sshnya wfh ni sbb kena sediakan ruang khas utk bekeje..
    sy pulak xde tmpt khas utk buat keje.. last2 buat kat dapo..
    tgh ari sng nk masak.. haha

    ReplyDelete
  11. Cantiknya ruang sis Lin. Candle tu pun cantik la pulak. Mesti tenang je ada bau yang wangi macam tu.

    ReplyDelete
  12. Sama le Sis. Hari tu bila dia kata je WFH 2 minggu, daku terus ubah ruang kecil dalam bilik untuk dijadikan ruang khas untuk WFH. Kalau tak, ada je alasan nak baring la, nak tengok movie la memacam hehe

    ReplyDelete
  13. Oh mai mai. Saya suka kerja kat ruang sendiri. Lebih kurang macam akak. Hahahaa. Pastu kena ada diffuser or lilin bakar ni. Good idea juga candlemeltz tu. Mudah. Takyah titis eo. Haha.

    ReplyDelete
  14. mcm saya buat kerja mmg dekat bilik snediri, menaip2 ni, sebab lagi tenang dkt bilik sendiri. kalau dkt rumah parent, merata2 saya duduk utk buat kerja haha :)

    ReplyDelete
  15. mantap lah sis ruang kerja siap ada lilin wangi bagai. baru boleh fokus ye dak

    ReplyDelete
  16. Aromaterapi ni mmg dpt membantu sedikit sebanyak utk menghilangkan stres dan meredakan simptom kemurungan.

    ReplyDelete
  17. Time macam ni semua cepat emo and work from home is like 24/7, I pun dah ting tong.

    ReplyDelete
  18. Ruang kerja saya di mana2 je yang sesuai. Maklumlah rumah kecik, xbyk space utk khas kan ruanh kerja. Hehe.

    ReplyDelete
  19. Saya pun suka ruang kerja sendiri. Walaupun ruang kecil, tapi bermakna sangat sebab kita memang kerja kat rumah kan.

    ReplyDelete
  20. macam khai sebelum ni hosmet bagi dua bilik dekat khai sebab dorng tau khai keje banyak, satu bilk buat mini office. now bila pindah rumah baru, master bedroom khai amik tapi tu la ngade kadang keje buat juga dekat ruang tamu. suka merayap hahaah

    ReplyDelete
  21. Eo tu wajib ada ya.. memang kalau menulis kita nak ruang keje yang selesa

    ReplyDelete
  22. woow...this is inspiring as making me wanna retidy my work space at home too :D
    cheers,siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  23. Cantiknya workspace. rasa selesa dan tenang je :) hee

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.