SELAMAT PAGI KHAMIS 1 JULAI 2021


SELAMAT PAGI KHAMIS 1 JULAI 2021 | Pagi ni agak lewat duduk bukak 'opis' ni haa.. dari semalam perut agak tak sihat, nak kata 'diarhea' tapi tidaklah juga, tapi memulas macam haperr.. tu pun hanya pada jam 4am macamtu laa bangun 'membuang'.. lepas tu elok dah tidur.. cuma pagi ni agak rasa tak selesa aje perutnya.. 

Entah apa salah makan semalam, tapi semalam anak Sis yang masak. Mungkin juga sebab Sambal Ayam tu pedas sangat.. atau sambal kicap makan cecah dengan Tauhu Inti tu.. entah laaa.. 

Yaa semalam Yana masak, dia masak dua jenis menu aja, Sambal Ayam dan Tauhu Inti, tapi sambal kicap tu memang ada stok dalam peti ais.. Sis aje yang makan cecah, ikutkan Tauhu Inti tu dah sedap makan macamtu jer.. 

Selamat Pagi Khamis  1 JULAI 2021

Pagi ni Hari Khamis 1 Julai 2021, cepatnya dah masuk bulan baru kannn.. diam tak diam tinggal beberapa bulan aje nak ke penghujung tahun.. tapi kita masih lagi dalam keadaan pendemik yang entah bila tak tau laaa kesudahannyaaa.. hidup dalam ketakutan, nak keluar jumpa orang pun jadi takut.. 

Mana yang ekonominya terkesan lagi, sana sini semua dalam keadaan terdesak dan mendesak.. yang masih boleh bertahan, alhamdulilah.. tapi ramai aje yang kita tak tau mereka dalam kesusahan tapi mereka malu nak minta pertolongan atau mereka tidak mahu menyusahkan semua orang.. 

Dalam keadaan sekarang ni kita kena pandang-pandang, amik tau dan biarlah di katakan 'kepoh' sekalipun, janji apabila kita jadi amik tahu hal orang, kita tau mereka perlukan pertolongan semua orang. Bukan sekadar duit atau bekalan makanan, tapi sokongan moral kepada mereka. 

Time gini memang semua stress, struggle nak teruskan kehidupan, ujian dan dugaan semua orang tak sama, jadi kita kena bijak berkata-kata. Jangan nanti dalam nak beri nasihat dan kata-kata sokongan kepada mereka, kita tak sensitif, so ada yang berkecil hati dan 'sakit hati'.. sebab kita tak duduk di tempat mereka, so berjaga-jaga.. 


Moga dengan kedatangan Julai ini, hari-hari mendatang jadi lebih dipermudahkan dan lebih memberi berita gembira buat kita semua. Dan Allah tarik semua sikit demi sedikit kesusahan kita dan gantikan dengan rezeki yang berlipat ganda.. 

Kita doakan moga semuanya akan cepat berakhir dan kita boleh jalani kehidupan kita seperti dulu juga.. rindu nak travel, rindu nak duduk makan luar, rindu nak jumpa keluarga dan kengkawan, pergi jalan sana sini, pergi event dan berkunjung rumah saudara-mara semua.. rindunyaaa kannn... 

Kepada semua warga 'kayangan', berpada-padalah... jangan pentingkan diri sendiri, sama-samalah kita patuhi SOP dan duduk rumah dalam waktu kritikal ni..janganlah amik kesempatan 'sambil menyelam minum air', sibuk pi makan durian dalam dusun, sedangkan yang kami semua nak beli durian sekilo pun fikir dua tiga kali.. huhuhu sedihlah dengan merrka ni.. 

So pagi ni tadi Sis sarapan Mushroom Soup aje, bikin seperiuk makan dengan roti gardenia...sedap ko... godak pulak kopi 'in Love' dari arissto, nikmatnyaa sarapan pagi Khamis harini.. moga perut ni eloklah sekejap lagi.. adeiiii.. 

Sambil dalam kepala fikir nak masak apa harini.. cadangnya nak masak Daging Masak Kurma aje, letak kentang dan karot kan.. sedap juga.. Okay dah, nanti sambung lagi ya.. 

Selamat Pagi Khamis  1 JULAI 2021 ❤


P/S: Pagi ni jiran perjiranan Sis ada kematian.. Moga dipermudahkan semua urusannya.. Al-Fatihah.. 

10 comments:

  1. morning lin.... eh nk msk tengahari dah!!
    Ok selamat menjamu selera ye nnati hehehe :p

    ReplyDelete
  2. 2021 berlalu camtu je kan.. sedar2 dh abs setgh tahun.. nt kejap je masuk 2022..
    arap cepatla covid ilang.. huhu

    ReplyDelete
  3. Tak percaya jer.. kejap jer masa dah berlalu.. dah masuk bulan baru.. kena banyak semak diri ni

    ReplyDelete
  4. Sekejap dah 1 Julai. Apa Ruby buat ekkk. Rasa macam dua tahun ni dalam dunia doraemon. Vertigo pun ada juga. Hahahahaha.

    ReplyDelete
  5. Good morning! So fast it's July 2021 already! I wish we can back to freedom life very soon and everyone has work

    ReplyDelete
  6. sekejap je masa berlalu dah bulan julai dah kan..haha pkp pun tak habis habis..kemurungan betul berkurung dalam rumah haha

    ReplyDelete
  7. mmg kjp je dh nk hujung thun..bertabahlah kita sis moga cptla covid ni pi jauh2..

    ReplyDelete
  8. Wahhh daging masak kurma! Sedaprinawati ni! Boleh try try nanti bila sis share recipe 😄 huhu... Kejap jer dah July... 😭Pape pun tak buat lagi...

    ReplyDelete
  9. Kejap je ek dah Julai. Tapi kes covid masih tinggi. Kita pun masih dikurung. Tepu dah otak ni. Hmmm btw, perut tak sedap tu suruh puasa kut? Hahahaha gurau je sis

    ReplyDelete
  10. I hope there's light at the end of the tunnel too. It's not easy but hang in there.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.