SEJUK-SEJUK NI SEDAP KALAU MAKAN SUP KAN?


SEJUK-SEJUK NI SEDAP KALAU MAKAN SUP KAN? | Tempat korang hujan tak? Kalau di Pasir Gudang ni, boleh di katakan setiap hari laaa hujan.. panas tu boleh di kira harinya.. macam pagi tadi, dalam jam 7am lebih hujan selebatnya, sedangkan petang semalam dah hujan gakkk.. 

So memang tidur malam Sis kena stanby pakai stokin, kalau tidakkkk... apalagi simpul biawak lerrr kang serang.. alhamdulilah jugalah dah 3 harini tidak ada plak 'biawak' datang serang hehehehe.. 

Time hujan perut laparr, now pun kipas semua off ni tak bukak, kemain sejukkk.. sedap lerr anak-anak menyambung tidurr ekkkk.. Sis pagi tadi dah nak sambung gak baring, tapi fikirkan 'taik kucing' nak kena bersihkan, bangun juga lerrr... kang ada pulak makin bertambah taikknyaaa, sendiri kang geli hahahaha.. 

Ni tengah duk mikir nak masak apa laaa ni, sejuk-sejuk ni sedap kalau makan sup kan?...hurmmm tulang gearbox pun ada juga ni.. buat sup sedap gakkk.. makan dengan sambal kicap, perah asam limau, sedapnyaaa... tertelan ayaq liur menaip... 

Sejuk-Sejuk Ni Sedap Kalau Makan Sup Kan?

Tak boleh tahan woo nengokk hahahaha.. ni Sup Gearbox minggu sudah-sudah, kasi ulang tayang, lagipun memang tak masuk lagi sini hahahaha.. tengah takde idea ni, kita kasi up lerr.. dah amik gambo kan, buat apa simpannn.. kasi tayang laaaa.. #AdaAkuKesah .. 

Sejak-sejak ni memang dalam seminggu mesti beli tulang gearbox ni, dah mudah sebab dalam perjiranan ada jual barang basah. Tiap hari Khamis je setepek senarai barang-barang basah mereka share, letak je laa list apa nak beli, hari Sabtu terus sampai depan rumah... 

Tu pasal dah lama Sis tak keluar ke pasar ke, ke kedai ke, semua siap beli online jerr.. sampaikan barang dapur kering pun ada jual, termasuk sayur semua.. santan pun santan fresh lagi dia hantar.. mau tak lemakkk meng'order' jerrr hahahaha.. 

Tapi baguslah, dapat kurangkan 'contactless' kita.. time keadaan gini sebolehnya kalau boleh kurangkan jumpa orang.. Sarapan pun kadang Sis order gak dalam kejiranan sini, atau gorenglah kuih-muih forzen yang dah banyak Sis beli tu.. anak-anak pun tak cerewet.. apa ada ye makan.. 

So.. masak apa hari ini? tentunya laaa Sup Tulang Gearbox hahahaha.. 


P/S: Yang bertanya tu, don't worry, Sis okay aje laa.. thanks korang ... 

7 comments:

  1. Kat kawasan PC ni hari-hari panas terik Sis. Betul bila sejuk-sejuk nikmat hirup kuah sup.

    ReplyDelete
  2. Memang syahdu pekena sup ni tak kira panas terik atau sejuk , nikmatnya tak terkata

    ReplyDelete
  3. dapnye sup gearbox..mmg kalo sejuk2 dpt hirup sup yummyyy

    ReplyDelete
  4. sni ujan sekejap2.. ujan mcm malu2 nk turun.. hihi..

    mmg sedap la dpt hirup sup time2 ujan!

    ReplyDelete
  5. Wah...meanrik ni..kat ruamh ni ada 2-3 orang je makan gearbox..anak dara SA tu dia x suka..lemak2 tu dia x makan...kalau buat sup mesti daging pejal..kadang bengang je ngaan dia..

    ReplyDelete
  6. sama la kita...aku rasa last aku pergi keluar beli barang pun masa jumpa klien aku bulan lepas..sejak tu takde nak pergi beli barang rumah barang dapur..tak berapa berani lagi aku..budak2 rumah lain je yang pergi beli...

    ReplyDelete
  7. ha'ah dekat subang ni petang je hujan tapi tak lah lebat sangat. Ada hari mata jadi layu je nak pulak kalau hujan lepas lunch. Lama dah tak makan sup gearbox ni.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.