COOLBLOG MENGABADIKAN KEUNIKAN RASA DAN BUDAYA NEGARA JEPUN MELALUI KEMPEN GEISHA GARDEN


COOLBLOG MENGABADIKAN KEUNIKAN RASA DAN BUDAYA NEGARA JEPUN MELALUI KEMPEN GEISHA GARDEN | RASANYA baru aje minggu lepas Sis minum dan beli CoolBlog Harimau Smoothies Brown Sugar Pudding tu, sebab lama beno tak minum. Kebetulan ianya kembali lagi, tu yang beli dalam FoodPanda tu. Tapi ni ehhh keluar pulak minuman terbaru mereka ala-ala ko minum di Jepun okay hehehe.. 

Dua (2) perisa minuman baru yang hangat di Negara Japan iaitu Yubari Melon dan Bunga Sakura kini boleh korang beli dan dapatkannya di semua cawangan CoolBlog bersempena dengan temasya sukan Olimpik Tokyo 2021 yang berlangsung dari 23hb Julai 2021. 

Coolblog mengabdikan keunikan rasa dan budaya negara Jepun melalui kempen Geisha Garden yang diterajui oleh dua minuman smoothies baru iaitu Yubari Melon dan Sakura Lemon. Dan sekali lagi Coolblog menjadikan destinasi negara luar sebagai inspirasi kepada kempen baharu.

Coolblog Mengabdikan Keunikan Rasa Dan Budaya Negara Jepun Melalui Kempen Geisha Garden

Pelancaran CoolBlog Geisha Garden 

Coolblog sekali lagi menjadikan destinasi negara luar sebagai sumber inspirasi dalam menghasilkan minuman smoothies dan kempen terbaharu bagi bulan Julai sehingga Ogos 2021. Siri Geisha Garden yang diterjemahkan oleh Coolblog menerusi dua minuman smoothies iaitu Yubari Melon dan Sakura Lemon diinspirasikan daripada kehalusan budaya, kelembutan tradisi dan keunikkan rasa negara Jepun.

Coolblog Mengabdikan Keunikan Rasa Dan Budaya Negara Jepun Melalui Kempen Geisha Garden

Terdapat dua perisa smoothies yang diperkenalkan oleh Coolblog dalam siri baharu Geisha Garden ini, iaitu Yubari Melon yang merupakan rasa buah melon Jepun yang terkenal dan menjadi rebutan ramai. Rasa premium buah melon Jepun yang diadun krim keju yang lazat, dipadankan dengan jeli pearl gula perang menjadikan smoothies Yubari Melon Coolblog ini minuman yang seakan membawa korang ke negara Jepun dalam setiap sedutan.

Memang sedap, rasa buah melon yang manis dan segar. Sekali sedutan je dah terasa sangat rasa melon dia.. Suami Sis pun suka. kalau suruh pilih antara dua tu, Sis pilih Yubari Melon ni..

Coolblog Mengabdikan Keunikan Rasa Dan Budaya Negara Jepun Melalui Kempen Geisha Garden

Sakura Lemon pula diinspirasikan oleh bunga kebangsaan negara Jepun iaitu bunga Sakura ataupun cherry blossom yang melambangkan semangat baharu dan sifat optimistik. Mengambil kira Tokyo menjadi hos sukan Olimpik musim panas pada tahun ini serta penglibatan atlet kebangsaan kita disana, smoothies Sakura Lemon ini adalah simbol sokongan kita terhadap perjuangan atlet tempatan dalam usaha mengharumkan nama negara. 

Hasil padanan rasa segar bunga sakura dan jus buah lemon, Sakura Lemon adalah minuman yang sesuai dinikmati pada musim panas dan memberikan kesegaran para penggemar Coolblog. Yaa kalau korang suka akan rasa minuman bunga, korang boleh cuba ni, cuma dia ada rasa sedap sikit sebab ada tambah lemon.. so bila korang sedut tu terasa laa kesegarannya tu.. 


Lew Sue Li, Ketua Pegawai Eksekutif, Coolblog, berkata; "Kempen siri Geisha Garden yang dilancarkan serentak di kesemua rangkaian Coolblog seluruh negara pada hari ini adalah satu lagi tanda kami memperkenalkan rasa unik negara luar kepada para penggemar minuman Coolblog. Bersempena dengan acara sukan terbesar didunia iaitu sukan Olimpik di Tokyo yang akan berlangsung mulai 23hb Julai 2021, tenaga kerja dibelakang siri baharu kami ini telah berjaya mencari idea kreatif dengan menjadikan negara Jepun sebagai inspirasi untuk menyajikan minuman ini kepada pelanggan. 

Setelah kami berjaya memperkenalkan beberapa siri minuman berdasarkan negara luar, kami percaya siri Geisha Garden ini bakal menambat tunas rasa para Cool Lovers. Apa yang menarik pada kempen Geisha Garden ini adalah pada strategi kami dalam mengangkat nilai tradisi dan memberi fokus kepada simbol utama negara Jepun iaitu buah melon dan bunga sakura. Tatkala kita membicarakan tentang buah melon dan bunga sakura, pasti kesegaran bau dan rasa kedua-duanya menarik perhatian kita dan kami berjaya menyajikan keunikan rasa itu didalam siri minuman baharu kami.

Kami berpegang teguh kepada bahan-bahan utama yang berkualiti dalam setiap minuman yang kami sajikan kepada pengguna. Dengam memberikan olahan dan sentuhan tersendiri Coolblog kami berharap siri Geisha Garden ini dapat menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia." Tambahnya..

Coolblog Mengabdikan Keunikan Rasa Dan Budaya Negara Jepun Melalui Kempen Geisha Garden

Nikmati minuman baharu dari Coolblog ini mulai pada 22 Julai sehingga 26 Ogos 2021 dan boleh didapati di kesemua cawangan Coolblog seluruh negara. Sila rujuk laman web rasmi www.coolblog.com.my dan Instagram rasmi Coolblog, @CoolblogMalaysia untuk maklumat lanjut.

Didatangkan dalam saiz 700ml, Yubari Melon dan Sakura Lemon dijual pada harga RM8.80 manakala, Geisha De-Yuo yang bermaksud Pek COMBO, boleh didapati dengan harga hanya RM15 untuk 2 saiz 700ml. 

Penggemar Coolblog boleh mendapatkan rasa smoothies baharu Geisha Garden ini di seluruh cawagan Coolblog yang berhampiran.
#GeishaGarden #YubariMelon #SakuraLemon #CoolblogMalaysia 


P/S: Buat semua atlet Malaysia, good luck and all the best buat semua ✌

15 comments:

  1. Fuh mantap. Kira ngam dengan harganya ni Sis.

    ReplyDelete
  2. Jarang jarang minum cool blog ni... masa mula2 keluar dulu, rajin la beli..anak anak suka

    ReplyDelete
  3. boba pertama saya minat sebelum muncul tealive dan lain2

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak perkena cool blog sejak dah beli blender untuk wat ice blended😅.

    ReplyDelete
  5. cantik warnannya..menarik. xpernah minum lg cool blog ni..heheh

    ReplyDelete
  6. Sedapnya! Mcm wajib cuba jerr..

    ReplyDelete
  7. Antara 2 tu macam teringin nak merasa sakura lemon sebab warna dia pink. Hehe. Mesti rasa pun sedap ye?.

    ReplyDelete
  8. Mataku terus ke yang berwarna pink tu. Kang time lunch nak menyinggah la nak cari hehehe

    ReplyDelete
  9. Lamanya x minum cool blog. Nanti nak tryla perisa ni. Nampak sedap dan menarik

    ReplyDelete
  10. Omg omg omg i nak try dua perisa smoothies yang baru ni, the sakura lemon nampak so refreshing.

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak minum coolblog. Dulu masa tengah study, memang selalulah beli. Nampak macam sedap perisa ni. Bolehlah nnti nak cuba. :)

    ReplyDelete
  12. Cool Blog ni baguslah sentiasa ada jer yang terbaru siap ikut tema gitu . masa bulan puasa hari tu air Khatirah dengan bandung ni dan jadi tema Jepun. Nanti boleh try, nampak sedapp.

    ReplyDelete
  13. Uishhh nampak sedap. nak kena gi serang coolblog ni hahaha memang dekat coolblog lagi banyak pilihan hee

    ReplyDelete
  14. Coolblog ni le saya kenal boba masa zaman sekolah dulu. Hahaha. Dia keluar apa flavor pun best. Tapi fav saya tetap Tembikai Susu. Cawangan terdekat dah takda dah. Wuwuwuwuw. Nanti nak cari yang latest outlet. Kita try Geisha plak.

    ReplyDelete
  15. Sedap air ni..zaza tak pernah minum coolblog..tapi sekali try.. mmg nk repeat lagi

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.