SELAMAT MALAM DUNIA TIPU-TIPU


SELAMAT MALAM DUNIA TIPU-TIPU | Agak pelik mulanya Sis ni, kenapalah semua orang ramai kata 'dunia tipu-tipu' ekk.. rupanya ada kesah di sebaliknya.. Kalau kita di Malaysia ni agak barulah juga dengan perkataan dan ayat 'dunia tipu-tipu' tu, tapi bagi orang Indonesia timur, 'Dunia tipu-tipu' adalah sebutan untuk dunia media sosial mereka. 

Ya.. di sana, pengguna media sosial mereka memakai nama dan juga gambar samaran ataupun akaun yang bukan milik dirinya sebenar untuk berinteraksi/mengenali satu sama lain di dunia maya. 

Tujuan mereka memakai identiti samaran/palsu adalah ingin menjaga privacy dan juga ada yang untuk tujuan yang negatif seperti penipuan. So mereka sangat berhati-hati tapi ada juga sudah terkena dengan penipuan itu.. itu pasal lerr di panggil 'dunia tipu-tipu'..sampailah katanya viral di TikTok... maaf ler Sis takde TikTok, so memang tak tau kesah... 

Korang pulak macam mana? Guna gambar dan nama samaran 'tipu-tipu' gak ke?

Selamat Malam Dunia Tipu-Tipu

Betul, ada ketika kena jugak 'menipu' guna nama dan gambar orang lain untuk menyembunyikan identiti sebenar kita, tapi kena dengan cara yang betul. Bukan untuk tujuan menipu dan untuk tujuan 'SKODENG' orang lain.. dengan kata lain, ko jadi 'STALKER' nak mencuri nengok hal peribadi orang atau aktiivi orang, haa tu jenis 'hidup tak sedar di untung' Sis gelar mereka ni.. 

Apa hall ko nak tau hal orang?..

Macam Sis, 'Sis Lin' tu bukan nama sebenar tapi at least identiti Sis tu memang diri Sis sebenar.. apa yang Sis kongsi di sini ke, facebook ke, instagram ke, haaa itu diri Sis sebenar, walaupun kadang ada sikit 'korner' untuk lebih 'privacy' sikit.. 

Tak semua boleh kita kongsi, so ada masa kena juga 'sorok' untuk tujuan keselamatan keluarga, yang penting, dunia Sis bukan dunia tipu-tipu.. mungkin dunia kau yang begitu, sebab tu hidup kau serba serbi semua kena MENIPU.. tu pasal kena 'sorok' hahahahaha.. 

Okaylah panjang pulak bebel, sudah masa untuk masuk tidur... ada umur jumpa esok yaa..
Selamat Malam Dunia Tipu-Tipu... 


P/S: Orang kaki skodeng ni hidup dia tak tenang, sampai family, adik badik, dan kengkawan aku pun ko nak skodeng... kesian hidup orang macam ni kan... 

4 comments:

  1. oh baru tahu..hehe..kita pun xmain tik tok..

    ReplyDelete
  2. hehehe kite mmg nama nickname AD tu..tetibe da jadi trademark pula..hehe

    ReplyDelete
  3. dunia tipu-tipu aku da lama gila tak update ek..sampai da tak tau nak update apa kat situ..kadang2 berapa hari lupa nak bukak..hahahah

    ReplyDelete
  4. selamat malam dunia tipu-tipu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.