BUAH TANGAN 'KERING-KERING' DARI SUAMI

BUAH TANGAN 'KERING-KERING' DARI SUAMI | Alhamdulilah, Suami sangat memahami kesukaan isterinya ni .. selain dari bawak balik baju sebagai buah tangan, mesti ada buah tangan 'kering-kering' dari Suami untuk Isterinya ni hahahaha.. tak kiralah dia pergi mana, mesti ada jerr dia bawa balik.. 

Dan semalam, Suami dah sampai dengan selamatnya ke Johor, alhamdulilah.. katanya jalan lenggang gilerr dari Kedah. Singgah RnR pun takat buang air aje, solat katanya dah amik niat musafir. Ye laa nak singgah duduk minum makan mana boleh, beli air minuman aje laa katanya..tu yang perjalanan cepat jee sampai. 

Mula dalam kepala ni dah ingat, Suami akan bawa balik buah durian, tapi tengok-tengok, ehh tidak pulak ada buahnya hehehe.. sebab last minit nak balik Johor katanya. Tu pun terpaksa ikut kawannya balik sekali (kawannya nak cucuk vaksin harini), kalau tak nanti nak balik Johor naik apa (sebab datang berdua satu kereta). 

Tak kisahlah, janji semuanya selamat sampai dah.. 

Buah Tangan 'Kering-Kering' Dari Suami

Buah Tangan 'Kering-Kering' Dari Suami

Buah tangan 'kering-kering' yang Sis maksudkan adalah segala macam jenis Ikan Kering, Sotong Kering, Lala Kering dan juga asam keping.. perghhh bila bukak sekotak besar berbalut, sekali tengok semuanya, teruja gembira Sis ko di buatnya ahahahaha.. 

Lagi-lagi bila nengok ikan kering cantik betul, sotong kering cumi-cumi tu dan isi ikan kurau, arghhhh sedapnya lahai nanti masak bercili kannnn... Suami siap cakap, 'Masak lemak cili api ikan kurau letak keladi, sedap'... telan ayaq liur Sis dengo menunya tu hahahahaha.. 

Buah Tangan 'Kering-Kering' Dari Suami

Buah Tangan 'Kering-Kering' Dari Suami

Paling teruja sekali dua ni haaa.. Sotong Kering dan Lala Kering... 
Korang pernah makan?..

Sis kan kalau sotong kering tu, jujur cakap, boleh meratah gitu je tau, bakar sangai atas kuali, pastu makan gitu jerr, sedapnya oiiii dengan bau dan rasa asap-asap tuuu... arghhhhh... 

Dan lala kering tu, masak sambal kering jerr.. tu pun bukan senang nak jumpa, pernah beli sekali masa di Paka, Trengganu kot dulu.. lama dulu, pastu tak jumpa dah.. ni Suami jumpa tu yang dia beli. Harga memang mahal, tapi sedap gilerrr okay..

Buah Tangan 'Kering-Kering' Dari Suami

Tu yang semalam setengah hari Sis senyap, dah dua hari blog ni update satu posting ajaa.. busy pun yaa (mood layan Netflix), dan semalam pulak Suami dah pulang, tu yang duk mengemas dan melayan berborak tengok tv, segala mesej dan apa jerr panggilan semalam tak tengok pun (sorry, handphone silent).. 

Pasai durian tu kan, sampai aje Suami semalam petang, siap aje dia mandi, terus ajak Sis pi cari durian hahahaha.. tapi cari area rumah Sis sini jerr.. dapatlah beli durian ioi semalam 4 biji dan durian kampung 5 biji, alhamdulilah, puas gilerrr makan.. 

Lepas ni dah.. stop dulu, muak pulak nengok durian hahahaha.. kat dapur ada sebiji tu, Suami suruh buat bubur durian... sebab isinya semalam rasa manis-manis tapi pahit.. *acaner tu?.. hahahaha.. 

Okaylah.. nanti sambung okay.. 


P/S: Moga Allah permudahkan urusan Suamiku harini... aamiinn.. 

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tak payah hadiah mahal2 hadiah gini pun dah bahagia betul ye kita ni kak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post