MENU MAKAN TENGAHARI AKU DARI HOTEL LIMA BINTANG


MENU MAKAN TENGAHARI AKU DARI HOTEL LIMA BINTANG | SELAGI duduk rumah, asyiklah cerita bab makan aja ek, ye laa dah nama pun surirumah, masak, makan, masak, makan, tapi kalau dah 'tak rajin' haaa barulah keluar membeli. Tu pun tengok mood, kena mood baik, Sis belanjalah anak makan 'mewah' sikit, kalau datang mood 'angin pasang', Sis order je laa dalam perjiranan sini, sebab malas nak bersiap keluar membeli hahahaha.

Kebanyakkannya memang banyak delivery aje Sis beli, semuanya dalam group perjiranan, order terus COD. Tapi kalau rasa nak makan sedap-sedap yang agak 'luar biasa', haaa kenalah bersiap dan keluar takeaway. Macam baru-baru ni laaa, kebetulan Sis ada urusan di Permas, so dah alang-alang tu sehari sebelumnya, Sis dah order menu takeaway 𝗔𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗧𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗦𝗘𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗨 dari Renaissance Johor Bahru Hotel. 

Sis tertarik dengan semua (4 set) set menu-menunya, nampak mengiurkan sungguh semua menu yang di tayangkan. Nak order semua, melampau nau kannn, so kita test dulu satu set. Tenung punya tenung, maka Sis order Asian Hawker Food yang harganya RM98nett untuk 2 orang makan. 

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Selesai urusan, Sis terus gerak ke Renaissance untuk takeaway Sis punya makanan. Tapi kalau korang takde masa nak keluar, boleh juga order online delivery atau order melalui apps Grab, pun ada. Ye laa memasing sibukkan dengan PdPR dan WFH, so jangan risau, ada servis penghantaran. Caj pun ikut jarak kawasan. Lebih radius 10km pun boleh, janji ko bayar je caj penghantarannya yer.. 

Tempahan boleh di buat bermula seawal jam 11am hingga 8pm. So sesuailah kan untuk makan tengahari dan juga makan malam. Better korang order sehari sebelum lagi mudah, tapi kalau last minit, seeloknya 3 jam sebelum okay. Jangan last-minit, kang kesian tangan Chef macam sotong kurita hahahaha... 

Untuk set Asian Hawker Food Sis ni, bila sampai rumah, Sis hidang, anak-anak pun terkejut tengok punyalah banyak makanannyaa.. baca satu-satu dalam menunya, memang betul, inilah semua menunya hehehe.. ada dalam 12 menu kesemuanya. Banyak sangat ni untuk 2 orang makan, tapi berbaloi laa dengan harganya tu.. 

Jom nengok antara menu yang ado.. 

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Smoked Barbecue Lamb Cutlets
Sauteed Sausages
Spicy Peppery Beef

Untuk 3 menu dia atas ni, inilah yang Sis serang dulu hahahaha.. maklumlah Sis pengemar daging, so memang pantang nampak. Biasa pun kalau pi makan Buffet di sana, memang menu daginglah menjadi pilihan Sis. Perapan dia sedap, lembut as usual, dan juicy sangat.. 

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Sambal Prawn
Spicy Ocean Seafood Salad 

Korang yang suka pedas pun, ada juga tu sambal udang. Kemain besau udang dia oii, fresh dan manis. Sambalnya tidaklah terlalu pedas, ala-ala pedas manja gituh.. Tapi Spicy Ocean Seafood Salad dia the best.. sangat sedap dan puas makan. Nak kata macam kerabu pun yaaa.. Korang kena cuba set ni. 

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Black Pepper Seafood Fried Rice
Spiced Turmeric Squid

Nasi takde ke? Siapa kata takde, mestilah ada, kata makan tengahari kan, takkan laa nak meratah lauk aje hehehe.. Black Pepper Seafood Fried Rice yang boleh di katakan pilihan anak-anak juga makan, sampai habis sebekas memasing makan sorang sebekas. Kena pulak dengan adanya menu Spiced Turmeric Squid tu.. orang melayu kata sotong masak kunyit, haaa gitulaa.. sotong dia pun besar dan lembuttt.. 

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Malay-style Spiced Lamb Soup
Crispy Spiced Chicken

Untuk yang ada kecik, haaa 2 menu ni sesuailah. Malay-style Spiced Lamb Soup dan juga Crispy Spiced Chicken. Besar ayamnya okay, ada 2 ketul. Boleh makan untuk yang ada anak 4 orang gitu.. Supnya pun di beri 2 bekas, sedap rasanya, ala-ala sup rempah mamak macamtu.. tapi pedas lada putih tu terasa sangat.. kalau di kurangkan sikit, lagi sedap kut.. tu tekak Sis lerr.. 

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Masala Chicken with Cheese Tikka Roll
Nyonya Popia basah with Crispy Peanut Crumbs

Okay yang ini menu berebut anak banak hahaha.. Masala Chicken with Cheese Tikka Roll tu sangat sedap.. serius Sis cakap.. Ko nampak je rupe dia tak semengah, tapi sekali ko makan, terbeliak okay rasa dia hahaha.. dan juga Nyonya Popia Basah tu, makan terus teringat popia basah kat Plaza Angsana tu ... sedap sama, cuma tak serupa hehehehe.. 

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

Pengat Durian with Pearl Sago and Mung Beans

Dan sebagai penutup makan tengahari menu hotel lima bintang di rumah Sis tu, kami makan Pengat Durian with Pearl Sago and Mung Beans... dalam set tu dia bagi 2 bekas. perghhhhh memang tak sangka plak ada pengat durian dalam hotel ek hahahaha.. sedap dia boleh tahan, cuma pekat.. tapi kalau panaskan balik, makan pepanas, uiii sodap... 

Menu Makan Tengahari Aku Dari Hotel Lima Bintang

So amacam? Korang tengok berbaloi kan? Meriah sungguhh... boleh kongsi untuk 4 orang makan ikutkan. Tapi kalau korang kuat makan, okaylah ni untuk 2 orang. 

Asian Temptation Set ni ada 4 pilihan set yang korang boleh pilih, ikutlah selera korang nak yang mana. Yang pasti, menu makan tengahri Sis dari hotel lima bintang ni harganya berbaloi dan dijamin sedap!.. 

Asian Barbecue | RM 68 for 2 persons 
Asian Street Food | RM 68 for 2 persons
Asian Hawker Food | RM 98 for 2 persons
Asian Premium Food | RM 98 for 2 persons 

Korang boleh tengok full menunya di sini --> bit.ly/RenJBTakeaway
Tempahan boleh di buat samaada korang takeaway, delivery atau order melalui Grab. 
Dan tempoh jualan, mungkin hingga sampai September atau hingga pengumuman PKP nanti.. 

Order Online : bit.ly/CafeBLDTakeaway

Next time boleh repeat order lagi!! Anak-anak pun suka. 
Kita order set lain pulak kannn... 


P/S: Rindu betul laaa nak makan buffet hotel kannn, hurmmmm... 

18 comments:

  1. sedapnyaaa..pindah taman u semula la...banyak sikit boleh beli makanan.

    ReplyDelete
  2. cuci mata je dh kenyang..blm makan lagi..haha

    ReplyDelete
  3. Wak tak gheti makan banyak2 portion macam ni
    Biasanya nakan nasi, satu lauk satu sayur aje

    ReplyDelete
  4. Semua hidangan nampak menyelerakan . Rindunya nak makan masakan hotel . Bagus juga hotel yang ada tawarkan delivery/takeaway makanan ni .

    ReplyDelete
  5. Wow......sedap nyer nampak Asian set dpd Hotel Ranaissance JB nie. Tentu puas sis dan keluarga makan. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. Dah macam mini buffet dah tengoknya. Yang pasti sedap dan memuaskan selera . Kenapalah takder hotel2 kat Selangor nak buat camni jugak yer.

    ReplyDelete
  7. Sebanyak itu untuk 2 orang Sis? Memang dia nak menjamu namanya tu - bukan main banyak juadahnya.

    ReplyDelete
  8. Saya pun order yang sama.. sedap jugak.. paling suka tikka roll tuu.. yang macam kerabu tu pun sedappp

    ReplyDelete
  9. WOW ada 12 menu? The food looks absolutely amazing and I really wish I could enjoy as well.

    ReplyDelete
  10. wow letopannya menu-menu dia! nampak sedap! murah rezeki sis satu family. kalau pergi sana bolehlah khai try gi hotel ni nanti

    ReplyDelete
  11. puas hatilah dengan hidangan tu.. nampak semuanya menyelerakan...banyak lagi pilihannya

    ReplyDelete
  12. Banyaknya, sis. Tapi nampak sedap-sedap semuanya. Boleh la simpan utk 2, 3 kali makan. Xyah masak dah. Hehe

    ReplyDelete
  13. Curlas mcm2 ada mmg ala makan kat hotel. Banyak pilihan lauk pauk yg menarik tu yg best

    ReplyDelete
  14. Hebat makanan 5 stars tu. Namapak sedap & hopefully the price also not expensive ..

    ReplyDelete
  15. Wahhh, lauk 5 bintang tapi harga sangat berpatutan ye! Sedap semuanya lagi2 yang lamb menu dia..

    ReplyDelete
  16. Wah semua sedap sedap belaka, i paling suka Smoked Barbecue Lamb Cutlets dan Sambal Prawns.

    ReplyDelete
  17. Kurlasss kau jah (eh lin) makan makanan hotel dekat rumah. Boleh la makan sambil kuak lentang. Dekat hotel takleh buat gtu ahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.