PUDING KOKTEL PENYEJUK TEKAK TATKALA CUACA PANAS


PUDING KOKTEL PENYEJUK TEKAK TATKALA CUACA PANAS | CUACA sangat-sangatlah panas sejak-sejak ni, sampaikan dalam rumah ni ekon bukak manjang. Tidur pun Suami dah redha je bukak ekon sampai ke Subuh, kalau tak, time bangun tengah malam tu, Sis dah off ekon. Tapi sebab panas sangat rasa bahang tu, ekon le jadi penyejuk badan dan ruang bilik. 

Tempat korang panas juga ke? Ke turun salji? Hehehehe.. 

Bila dah panas, mulalah kan macam-macam nak makan dan minum bagi sejuk tekak. Biasa apalagi, buah tembikai lerr yang memang tak putus dalam rumah ni. Kejap-kejap ada je Suami beli sebiji. Tapi ni dah lama tak beli. Takut batuk memasing. Yang ada buah naga, cuma Sis tak berapa suka. 

So semalam datang rajin tu, so kita godaklah Puding Koktel yang paling mudah nak buat tapi sedap nak mateyyy.. tu kata anak bujang semalam hahahaha.. 'Harini koktel Mak sedap nak mateyy Dik' ... dia kuar ayat tu bagitau dengan kakaknya,Yana hahahaha gelak betul Sis semalam.. 

Puding Koktel Penyejuk Tekak Tatkala Cuaca Panas

Ikutkan kalau puding koktel gini kenalah ada puding kastardnya kan? Tapi sebab 'tak ngajin' nak buat tepung kastardnya, so Sis buat aje jelly agar-agar warna-warni macamtu, then campak setin buah-buahan campur ke dalamnya. Kan dah kata paling mudah janji sedap hehehehe.. 

Kuahnya sama je macam koktel biasa, masak semua sekali sampai mendidih. Pastu sejukkan dalam peti ais, nanti nak makan, ko makan dalam mangkuk ala 'bangla' tu, perghhh sejuk bangat okayyyy masuk tekak.. Puas rasa bila dapat hirup kuahnya beserta jelly-jellynya dan mengigit buahan koktel tu, nyamannnn.. 

Jadilah kan, dapat buat puding koktel penyejuk tekak tatkala panas, pun dah okay. Korang kalau nak resepi, Sis takde nak menulis penuh, sebab buat main campak bedal jer.. guna pun jelly agar-agar segera kotak tu jer. Tapi bolehlah buat makan sendiri kan.. 

Puding Koktel Penyejuk Tekak Tatkala Cuaca Panas

Meh Sis kongsikan resepinya.. 

Resepi Puding Koktel 

Bahan untuk Jelly (agar-agar) :

Sis guna jelly agar-agar segera dalam kotak tu jer. Korang masaklah jelly tu dulu dan sejukkan. Ikutlah rajin korang, kalau nak warna-warna gitu, masaklah banyak jelly, kalau tak, guna satu kotak jelly segera tu pun dah okay. Sebab dia jual, satu kotak satu warna. 

Kalau malas juga, ko pakai je laa summi jelly yaaa hahahaha.. 

Bahan Untuk Kuah : 

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
Fruit coktail - untuk tambahan dalam kuah

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. 
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. 
Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan jelly tadi yang dah siap di potong 
Siap untuk di hidangkan.


P/S: Harini hangat isu 'periuk nasi' la pulak hahahaha.. LOL manusia ni laaa 😆

4 comments:

  1. maaakk aaiii ni mmg sedap minum time cuaca panas2 ni hahaha

    ReplyDelete
  2. sedap tuuu puding makan sejuk-sejuk! sedap nak mateyyy hahaha

    ReplyDelete
  3. Adik saya dah dua tiga hari pun buat puding cocktail ni.huhu~Memang menyejukkan tekak... Eh sis..baru thau siitlah mangkuk ala 'bangla'.. Hahaa

    ReplyDelete
  4. Nikmat betul dapat makan sejuk sejuk di musim panas ni. Sedap tu sis :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.