ZIKIR HARI AHAD - YAA HAYYU YAA QOYYUM


ZIKIR HARI AHAD - YAA HAYYU YAA QOYYUM | ASSALAMUALAIKUM korang, moga sihat-sihat hendaknya di hujung minggu ni ya. Mesti korang tengah berehat-berehat sambil menonton sukan Olimpik ya? Samalah kat rumah ni, si anak bujang duk tengok perlawanan Badminton tu haa.. dari pagi tadi duk ngadap tv tu.. Sis pulak kalau hari Ahad ni, bizi sikit.. kalau tak berdating, Sis memasak.. tapi harini kita OFFday hehehe.. 

Ada urusan yang nak di selesaikan harini.. mudah-mudahan Allah permudahkanlah urusan Sis. Dan sesambil korang duduk berehat tu, jangan lupa, perbanyakkan amalan Zikir Hari Ahad - Yaa Hayyu Yaa Qoyyum ni, dari takde buat apa kann, berzikir lebih baik. Sekurangnya dalam pada stress dengan PdPR anak-anak tu, jiwa tenang seketika kan.. Kalau di Johor harini dah mulalah persekolan secara PdPR, so 'mak ko ijo' lee gamaknya tu adik-adik Sis hahahaha.. 

Zikir Hari Ahad - Yaa Hayyu Yaa Qoyyum

Zikir Hari Ahad 

Yaa Hayyu Yaa Qoyyum
Maksudnya : Wahai yang sentiasa hidup dan sentiasa kekal)
Fadhilatnya: Kehidupan anda akan dipelihara oleh Allah.

Bacaan zikir sepertimana amalan Imam Al-Ghazali bukanlah sesuatu yang diwajibkan dengan jumlah tepat 1000 kali tetapi itulah amalan zikir harian seorang ulama besar yang ternama dan harus kita ikuti susunan amalan seorang yang alim.

Walau bagaimanapun, jika kita boleh berzikir melebihi 1000 kali sehari dan menjadikan amalan zikir harian itu sebagai rutin, ia tidak menjadi kesalahan malahan amat digalakkan. Lebih baik kita buat daripada tidak membuat langsung.

Zikir Hari Ahad - Yaa Hayyu Yaa Qoyyum

Terdapat banyak ayat dalam al-Quran dan hadis yang memerintahkan umat Islam agar memperbanyakkan zikir kepada Allah dan menjelaskan kelebihan menyertai majlis zikir.

Contohnya firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 41 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang banyak.”

Firman Allah dalam surah surah al-Ra`d, ayat 28 yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”

Umat Islam boleh memilih mana-mana zikir yang disukainya antaranya mengucapkan tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), takbir (Allahuakbar), tahlil (La ila ha illAllah), istighfar (Astaghfirullah) dan lain-lain.

Korang juga boleh memilih sama ada berzikir secara perlahan (al-sir), kuat (al-jahr), berseorangan, berjemaah, zikir lisan mahupun di dalam hati dengan jumlah bilangan yang diingini. Inilah antara kesimpulan yang boleh difahami berdasarkan nas dan pandangan ilmuwan warasah al-anbiya’ (pewaris para nabi) menerusi karya Sheikh ‘Abd al-Qadir ‘Isa.

Kesimpulan dari beberapa nas, pandangan para ulama dan ringkasan fatwa Mufti Mesir ini ialah, zikir merupakan amalan yang sangat penting dan tidak boleh ditinggalkan dalam apa jua keadaan selagi tidak bercangah dengan syarak seperti berzikir di dalam tandas secara lisan.

Selain itu, diharuskan untuk berzikir dengan kalimah mufrad seperti ‘Allah Allah’ atau ‘Ahad Ahad’ atau ‘al-Rahman al-Rahman’ dan ia bukanlah bidaah atau haram yang menyebabkan seseorang itu masuk ke neraka.

Semoga kita sama-sama memanfaatkan amalan-amalan Zikir harian yang bermanfaat seperti mana yang dianjurkan oleh Nabi SAW.


P/S: Korang jaga diri semua ya.. hari-hari kes naik ni, bilalah nak turun... ermmmm.. 

4 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.