ROTI JALA JELITA BUAT MAKAN-MAKAN SEMALAM


ROTI JALA JELITA BUAT MAKAN-MAKAN SEMALAM | SEMALAM adalah birthday Suami Sis, memang takde 'surprise' apa pun, sebab Suami pun semalam baru on the way balik dari Paka,Trengganu. So buat ala kadar makan-makan anak banak aje laa semalam. 

Mula anak nak beli kek, tapi Sis kata, tak payah sebab Ayahnya bukan makan kek sangat pun, kami pun naik muak gak makan kek manjang sepanjang PKP ni haaa.. ada jee 'dessert' yang anak beli untuk makan-makan kat rumah, so fikir punya fikir, Sis order Roti Jala Jelita buat makan-makan semalam. 

Alhamdulilah, nasib baik juga dalam perjiranan Sis sini, ada yang amik tempahan roti jala jelita ni, senang sikit, tak payah keluar nak beli dan takeawaynya.. Order hari Isnin, semalam petang lepas Asar Sis amik di rumahnya, belakang rumah Sis aje rumahnya. 

Roti Jala Jelita Buat Makan-Makan Semalam

Roti Jala Jelita Buat Makan-Makan Semalam

Dan masa sampai aje roti jala jelitanya di rumah, terujanya memasing nengok, cantikkk sangattt... Sis pilih design ala-ala jambangan bunga rose gitu, nampak simple tapi di sebabkan warnanya merah tu, menjadikan ianya sangat exklusif sangat kan kan?.. 

Dalam hati dan perasaan Sis, harapnya Suami suka laaa, sebab dia pun suka makan roti jala. Dan kalau korang nak tau, sampai aje Suami dirumah, selepas mandi semua dan bersiap. Masa duduk di meja makan, Suami duk tenunglah roti jala tu, rupanya menunggu nak 'potong' hahahaha Suami ingatkan kek hahahahaha... memang gelak semua.. 

Ni Roti Jala Ayahnyaa.. kata si Yana, yang anak bujang pun rupanya sama juga, dia ingatkan kek hahahaha.. dah memasing memuji kecantikkan roti jala jelita tu haa, siap Suami tanya order mana.. maknanya dia suka la tu.. 

Berbaloi harganya, sebekas roti jala tu bersama kuah kari sebekas 4 segi besar, hanya RM50 sahaja. Kalau korang area Pasir Gudang yang nak order dan buat tempahan, boleh contact : GEE +60 14- 279 3159. Sedap karinya.. serius Sis kata.. 

Roti Jala Jelita Buat Makan-Makan Semalam

Dan bukan roti jala jelita aje yang Sis order, tapi Sis ada order Drive-Thru menu dari Thistle Johor Bahru Hotel semalam. Kan dah kata Sis buat simple aje, dan memang takde plan apa-apa, so  beli aje laa menu yang siap makan macamtu. 

Sis order 4 menu. Satu menu hanya RM19.90 sahaja beserta FREE minuman setiap satu set menu.  Antara menu yang Sis order, Nasi Goreng Ayam Percik, Briyani Gam Beef, Penang Char Kway Teow dan Chicken Parmigiana Burger. Semua sedap, menepati tekak kami semua semalam masa makan-makan. Menu tu nantilah Sis cerita panjang yaa.. nanti Sis bagi details penuh dalam posting lain okay. 

Apa-apa pun semalam sangat membahagiakan buat kami sekeluarga. Walaupun kurang satu lagi anak kami yang sulung tu, tapi Sis siap video call semalam masa kami nyanyi untuk birthday Ayahnya.. Alhamdulilah, terima kasih Allah .. 

Selamat Hari Lahir Suamiku, moga diberikan kesihatan yang baik-baik aja, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..aamiinn.. We ❤ You .. 


P/S: Harini Suami cucuk vaksin 2nd Dos.. moga semuanya baik-baik aja hendaknya.. 

13 comments:

  1. Jelita and eksklusif!!!!
    Happy Birthday your hubby! Moga Allah pelihara hubungan kalian satu family sampai syurga Allah...Moga sihat selalu dan dilimpahkan rezeki berganda ye.. AMIN.

    ReplyDelete
  2. Pandai pilih merah! Hahhaha menyerlah kan aummm! :D
    Happy besday abang sabar... dah byk tahun x celebrate sesama kan.
    tunggu besday kakak ni nov nanti.. kita ingat nak kirim tepung ngan telo je la hahaha

    ReplyDelete
  3. roti jala jelita...lama xmkn roti jala

    ReplyDelete
  4. memang cantik giler roti jala tu...pandai orangnya buat matching kaler macam tu..

    ReplyDelete
  5. Cantik sangat sampai syg nak makan...tapi takkan nak framekan pulak kan...

    ReplyDelete
  6. Jelita betul kejadian roti jala ni. Patutlah jelita nama dia. Alhamdulillah dapat meraikan yanag tersayang makan makan dengan keluarga. Semoga gembira dan sihat selalu.

    ReplyDelete
  7. Kalau daku pun terpegun. Ingatkan cake frosting tadi tu sebab cantik betul kejadiannya. Indah betul ye - sejenis gigih yang buat nie.

    ReplyDelete
  8. kenapa cantik sangat roti jalan tuuu. sayang betul nak makan. hahaha. Nasi briyani beef tu pun nampak sedap. aaaaa mana nak carik kat sini T.T

    ReplyDelete
  9. cantiknya design dia, dari atas memang nampak macam kek. menarik juga sekali sekala tukar kek hari jadi dengan roti jala :)

    ReplyDelete
  10. Tudia....warna dia๐Ÿ˜.Mengancam!!

    ReplyDelete
  11. happy birthday suami sis lin, semoga panjang umur murah rezeki selalu. sedap yer takeaway dari hotel tu. harga pun affordable. menarik

    ReplyDelete
  12. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa mudahkan urusan Sis Lin sekeluarga. Sedapnya roti jala.

    ReplyDelete
  13. Cantiknya roti jala dia. Ingatkan hantaran kahwin tadi. Kalau tak cakap roti jala memang tak boleh agak pun. Teliti betul nak buat tu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.