ZIKIR DAN DOA HARI ARAFAH


ZIKIR DAN DOA HARI ARAFAH | ALHAMDULILAH kita dah masuk ke 9 Zulhijjah 1442H harini dan esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Kurban. Sama ada kita menunaikan Haji atau berada di rumah, antara amalan terbaik yang boleh kita lakukan pada hari wukuf di Arafah adalah memperbanyakkan berdoa kepada Allah swt. 

Ada yang berpuasa harini? Alhamdulilah, jika di izinkan, insyaAllah berpuasalah Sis harini.. tapi now tiba-tiba kepala berdenyut-denyut plak rasa.. adoiii lama tak sakit kepala.. ni mesti dek sebab gangguan mimpi malam tadi, terkejut, terjaga, then terus tak boleh tidor sampai ke Subuh.. 

Zikir Dan Doa Hari Arafah

Hari Arafah ini tidak sama dengan malam Lailatul Qadar. Andai malam Lailatul Qadar dirahsiakan dari hamba-hambanya, maka pada hari Arafah ini kita telah pun maklum mengenai waktunya. Oleh sebab itu, pada Hari Arafah ini, kita perbanyakkanlah berdoa dan berzikir. Ini kerana, menurut Rasulullah, sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.

Bagi orang yang mengerjakan haji mereka digalakkan berdoa ketika sepanjang waktu wukuf oleh kerana ketika itu merupakan gabungan yang sangat cantik iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah. Maka insyaAllah mustajab doa berganda-ganda.

Oleh kerana itu, jelas di sini sepanjang hari Arafah merupakan hari doa mustajab. Cuma bagi orang yang mengerjakan haji ada keistimewaan tersendiri dalam mencari doa mustajab yang lebih mustajab. Manakala bagi mereka yang tidak mengerjakan haji juga ada cara tersendiri untuk mencari doa mustajab yang lebih mustajab pada hari Arafah iaitu dengan berpuasa pada hari berkenaan.

Zikir Dan Doa Hari Arafah

Zikir Terbaik & Doa Hari Arafah

Sebaik-baik doa dan zikir yang boleh diamalkan adalah seperti yang disebutkan dalam hadis sahih ini:

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.

La Ilaaha IllAllah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir

Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Waktu Afdhal Berdoa Pada Hari Arafah

Waktu Wukuf di Padang Arafah bagi tahun 2021 ini adalah seperti berikut:
12.27 pm – 7.04 pm (Mekah)
5.27pm – 12.04 am (Malaysia)

Bagi yang mampu berpuasa, maka berpuasalah. Kerana Rasulullah bersabda, mereka yang berpuasa pada Hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosa mereka. Sabda Baginda:

صيامُ يومِ عرفةَ، أَحتسبُ على اللهِ أن يُكفِّرَ السنةَ التي قبلَه والسنةَ التي بعده

“Puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah akan mengampunkan dosa tahun terdahulu dan dosa selepas daripadanya.” (Sahih Muslim)

Islam tidak akan sesekali menyempitkan ruang ibadah kepada umatNya. Berdoalah pada mana-mana waktu sepanjang kita berpuasa di hari Arafah kerana ianya mustajab dan mujarab insyaAllah.


P/S: Janganlah sakit melarat, nak masak ni oiii... Moga Allah permudahkan urusanku.. 

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.