KERANA WARNA KOTAK TUPPERWARE TU BUAT AKU TERPESONA


KERANA WARNA KOTAK TUPPERWARE TU BUAT AKU TERPESONA | Alasannn semata hahahaha.. yang sebenonya 'pantang nampak' kalau ada offer Tupperware kann hahahaha.. Okay okay, Sis ngaku, tu sebab utama, dan sebab kedua tu memang sebab kerana warna kotak Tupperware tu buat Sis terpesona dan teruja nak membelinya. Siapa suka kumpul dan membeli bekas Tupperware, dia tau le perasaannya bila dapat membelinya..

Cantikkannnn?.. Warna purple adalah warna kegemaran Sis, tunjuk Suami dia boleh kata, 'alaa nak kotak tu je kan?' hahahaha adeiii dia tak tau dalam kotak tu lagi teruja Sis nengok, bukan kata kotaknya ajee. Ke Suami tak tau dalam tu ada bekas Tupperware hahahaha.. syhhhhhh..

Masa mula nengok gambar kawan tunjuk katalog Tupperware sale tu, warna bekas tupperware ni Sis tak sangka pulak betul gilerr warna purple, sebab dalam gambar terlihat pink-pink seakan merah... tapi sebab memang kata warna kotak tu buat Sis teruja, maka ehhh beli laaa juga, bekas tu buat tambah koleksi..

Tup-tup bila dapat... wowwwww. lagi teruja nengok warna bekas-bekas tupperwarenya, terus rasa sayang Sis nak guna masuk freezer hahahaha.. tengokk kemain lokekk ekkk..

Kerana Warna Kotak Tupperware Tu Buat Aku Terpesona

Kerana Warna Kotak Tupperware Tu Buat Aku Terpesona

Taraaaa... bertambah lagi koleksi bekas Tupperware dalam lemari tu, adeiii tu pun dah sendat, tak tau mana nak sumbat ni, tapi takpe, akan Sis adjustkan.. sebab bekas-bekas Tupperware ni walau dalam kotak, tapi Sis lebih suka keluarkan dan susun dalam lemari, nanti nak pakai senang nak cari.

Ingat nak kemas di bahagian rak penyimpanan barang dapur Sis sana, dan nak amik satu space untuk susun bekas tupperware ni semua. Tapi..... risikonya kang, takut kena bebel dengan Suami hahahaha sebab kang dia nampak banyak sangat, ada kena lemporrr kang hahahahaha ko jangan buat hal.. bior dalam lemari dia tak nampak kekekeke.. 

Jadilah kannn, reward diri sendiri dari duit hasil menulis blog. Sis suka beli benda yang Sis suka bila dapat duit 'gaji' blog.. at least benda tu nampak dan tahan lama. Asyik beli makanan ajee, lelama tak nampak duitnya, habis macamtu aje kann.. sikit-sikit beli dan belanja makan okay laa.. ada lebih tu beli barang yang kita suka. Sebab tu Suami tak halang, janji kemas... 

Tapi koleksi Sis takde laa banyak sangat macam orang lain. Sis lebih banyak mangkuk tingkat dan bekas yang besar-besar. Pantang nampak set mangkuk tingkat, memang Sis beli punya.. lain-lain tu bila mata suka ye beli.. tak suka memang Sis tak beli, sebab bikan 'fanatik' sangat.. just sebagai koleksi aje.. 

Korang macam mana? Suka membeli dan meyimpan?..


P/S: Boleh malam tadi mimpi pi berkelah tepi laut dengan Suami hahahaha.. siap makan rendang lagi, kelakoo hahahaha.. 

6 comments:

  1. Tupperware, PC hampir terjebakdengan tupperware Sis tapi tak jadi. hehehe.. sebabsuka warna-warnanya lagi satu kalau tak silap kalau ada yang rosak ke boleh tukar ya.

    ReplyDelete
  2. Sis lin,SA main kutu ngan adik SA set yang ni..bulan depan turn SA dapat...SA amik kaler purple..hahahaha....see..cepat terpengaruh kan SA ni...

    ReplyDelete
  3. Hahaah eh main mimpi2 plak dia g berkelah... Haaha psstt g kelah naknikottt 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  4. hahaha, sama macam mak kita suka kumpul tupperware. sekali beli tu, eh kemahen dia buat koleksi. Sampai tak muat robok dek tupperware hahahaa

    ReplyDelete
  5. Cantiknya kotak warna purple....
    Mimpi2 indah tunpun rezeki..memeberi kegembiraan

    ReplyDelete
  6. Cantik lerrr of courseeee... saya takda koleksi Tupperware ...

    Indahnya mimpi sis ekk... Saya semalam tengok gambo throwback . tapi x sampai mimpi ler.. hahahaahhaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.