KAHWIN DI USIA MUDA, SITI JAMUMALL MENDAPAT TAJAAN PERKAHWINAN HAMPIR RM500 RIBU!

KAHWIN DI USIA MUDA, SITI JAMUMALL MENDAPAT TAJAAN PERKAHWINAN HAMPIR RM500 RIBU! | Bertuah seorang gadis bernama SITI SURIANI atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL yang viral sana sini mengenai perkahwinannya yang mendapat tajaan kahwin sehingga RM500 RIBU !! .

Setiap perempuan idamkan majlis perkahwinan yang 'Gah' untuk perkahwinannya tapi dapat merealisasikan secara sederhana pun sudah memadai, begitu juga dengan perkahwinan idaman Siti Suriani, dia mula sangkakan ingin buat majlis biasa secara kecil-kecilan, tetapi siapa sangka setelah memuat naik satu status di fb beliau tentang majlis perkahwinannya, terus mendapat whatsapp dan call bertalu-talu dari founder produk, owner kedai dan bermacam lagi untuk sponsor majlis beliau.

Bagi Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall, walaupun berusia 19 tahun, beliau mengakui dirinya matang lebih awal dari usia. Siti yang mengumumkan perancangan untuk berkahwin sejak tahun lalu tidak menyangka ramai pihak yang datang kepadanya untuk menaja barangan dan makanan.




Hampir 100 company dari pelbagai produk berminat untuk sponsor majlis kahwin Siti, termasuk mereka yang baru berjinak dalam perniagaan .

Kata siti, beliau sangat terharu, tak sangka, majlis yang mulanya plan biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun membuahkan hasil. Beliau menjadi promoter atau host untuk jamumall.com dan menjual perbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan. 


Katanya: "Selama ni Siti promote produk orang dengan ikhlas, Siti bantu dari produk biasa-biasa tak dikenali , sampai dikenali dan viral, sebab itu ramai hargai jasa Siti dan bila Siti kahwin mereka sanggup sponsor macam-macam. Siti sangat-sangat bersyukur, dari majlis nikah, pre-wedding, majlis berinai, majlis persandingan sampailah ke honeymoon pakej, semuanya di sponsor".


ANTARA SPONSORnya adalah : 

Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
https://www.instagram.com/weddingsbyemma/

Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
https://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal

Grand Cake dari Mad About Cake
https://instagram.com/madaboutcake_official

Vip Menu dari Rumpun Selera
https://instagram.com/rumpunselera

Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
https://www.facebook.com/anazahrabeautyhq/

Jamu dari Seri Lady Empire Resources
https://instagram.com/seriladyofficialhq

Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal
https://instagram.com/gallerybawal_galeri_bawal

Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
https://instagram.com/irah_sukri

Telekung dari Pretty Aini
https://instagram.com/prettyainiumrahhaji

Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
https://www.facebook.com/kenitzcosmetic/

Scarft dari Scarft By Mehrun
https://instagram.com/scarfbymehrun

Printed Box dari Art Creation Printing
https://www.facebook.com/artcreationprintingmoq50pcs/

Perfume dari Luxe Essencia Resources

Honeymoon Pakej dari Arwana Resort
https://instagram.com/arwanaperhentianresort

Majlis persandingan Siti dan Syafiq diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam, Selangor dan turut dihadiri artis dan selebriti tanah air seperti Ayu Damit (Ayu One In A Million) serta Instafamous, Bella (Susuk 1 juta)  dan Beby Maembong, pengasas bengkung SlimDollz.

Dan...korang kenal dan tau ke siapa Siti Jamumall ni? Ke sejak viral baru korang kenal dia hehehehe...






P/S: Alhamdulilah . Sama cantik sama padan . Bagai pinang di belah dua . 
Tahniah @sitijamumall ❤️ . #sitijamumallwedding


10 comments:

  1. Alhamdulillah..suka tengok.Murah rezeki mereka.Moga sentiasa berbahagia.Dan terus dilimpahi keberkatan sera rezeki untuk Siti jamumall dan suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn kann @PC, rezeki dia dan tuah dia...orang berbuat baik ni memang Allah balas dengan yang baik-baik juga ...

      Delete
  2. grandnyaa wedding siti ni ,,tak sangka pulak baru umur 19 tahunn... tengok nampak matured jerr.. semoga bahagian till jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr kahwin muda 19tahun dia..tapi dia matang dalams egala hal kann @Wani ..

      Delete
  3. Bertuah badan....untung la...kita dulu kawen cari la duit sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe samaalah kita, kahwin dulu guna duit hantaran aje @Suria, nak lebih-lebih kenalah guna duit sendiri ...

      Delete
  4. jujurnya x kenai dia ni.. tapi rezeki la dia kena sponsor.
    kite tengok baju dia lawa lawaaa =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Siti ramai tak mengenalinya sehinggalah dia viral sejak-sejak ni...tapi Sis kenal dia melaui video-video dia menjual produk di on9, mulutnya petah bercakap...

      Delete
  5. Rezekiii dia kannn..alhamdulillah

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.