GITAR BASS ELEKTRIK IBANEZ : HADIAH HARI JADI UNTUK ANAK DARI AYAHNYA

GITAR BASS ELEKTRIK IBANEZ : HADIAH HARI JADI UNTUK ANAK DARI AYAHNYA | Pertama kalinya nak ucap alhamdulilah untuk hari ini, semalam dan sebelum-sebelumnya. Bersyukur atas rezeki dan kurniaan dari Allah yang memberi nikmat dalam hari-hari yang Sis sekeluarga lalui. Nikmat apa lagi yang engkau mahu dustakan, jika segala nikmat itu Allah berikan untuk engkau bersyukur...betul tak? ..alhamdulilah !

Bukan memanjakan anak, bukan memewahkan anak, tapi untuk hadiah hari jadi anak bujang tahun ni, ada rezeki untuknya dan Suami belikan dia gitar bass kesukaan dia sempena hari jadinya baru-baru ni. Anak yang dapat hadiah, Emak yang rasa terharu menangis huhuhu. Seharian Sis dan Suami Jumaat lepas, ke hulu ke hilir dari hujung bandar ke hujung bandar mencari gitar bass untuk anak bujang kami, dan akhirnya ke Plaza Angsana juga kami. 


Sis google dan ramai kata Plaza Angsana yang banyak pilihan jual gitar bass, so terus Suami ajak ke sana. Risau juga Suami kepenatan drive sana sini tapi nampaknya Suami lagi excited. Sebenarnya anak bujang Sis tu tidak meminta pun untuk belikan sebuah gitar bass ni, dia hanya cakap, gitar bass mahal, kalau nak minta hadiah, kompom Ayahnya takkan belikan hahahaha...tu ayat kias katanya ..

Tapi sebagai orang tua, bahasa kiasnya tu kita fahamlah kan hehehehe, ikutkan Ayahnya nak belikan dia jam G-Shock lagi seperti tahun-tahun sudah, sebab anak bujang tu pun suka pakai dan mengumpul jam, tapi takpelah, Suami kata kita pergi survey dulu gitar bassnya. 


Kedai C & M Music Centre ni terletak di Plaza Angsana tingkat 4, memang kedai menjual alat musik, membaiki dan servis alat musik. 

Ternyata memang benar, banyak sekali alat musik dan juga pilihan gitar bass yang ada di sini. Suami suruh tanya dengan anak bujang, apa nama brand dan juga color dan spesifikasi segala bendalah pasal gitar tu, penjual kedai juga ada membantu. Dan setelah tanya dan tanya, dengan harga dan brand yang boleh dikatakan bagus tapi dengan harga yang mampu beli, maka setelah bagi gambar semua, pilihan si bujang (melalui wahtsaap), adalah gitar bass elektrik brand Ibanez . 


Sepakat, muafakat membawa berkat hahahaha akhirnya Ayahnya akur dan membelinya dengan harga RM 977 + bag. Kalau bagi Emaknya ni, mahaii oiii hahahaha..tapi Ayahnya kata, "tak apalah Amat tak pernah minta apa-apa, jadi kali ni kita belikan apa yang dia nak" ...terus Sis ko peluk Suami itu jam juga kat kedai gitar tu sampai sembunyi mengesat airmata..huhuhu *tanpa hiraukan penjual kedai tu ..

Sis dapatkan bayangkan betapa gembiranya hati Suami dapat membelikan hadiah untuk anak bujangnya dan tentu sekali Amat sangat gembira!!..apa yang dia nak dah dapat, siap mesej Ayahnya kata "Macam tak percaya, terima kasih Ayah. Boleh Amat bawak pergi show" huhuhu... 


Inilah dia hadiahnya...Gitar Bass Ibanez..
Jangan tanya Sis, Sis memang tak tau apa pasal gitar ni, sampai Sis ko pun pelik, macam manalah anak bujang aku ni boleh minat main musik huhuhu..pelik sungguh!

Segala alat musik dia boleh main, dan yang terbaru, dia boleh main piano huhuhu..bestkan kalau dapat main piano, idaman Sis juga, tapi jari kayuu..hahahaha..

Perlu ke beli gitar ni? Bagi si anak bujang ye perlu, dia ada group band di Johor dan juga band di Politeknik. Memang position dia main gitar bass. Ikutkan band tu dah sediakan gitar bass, tak perlu nak bawak sendiri punya, tapi kepuasan pada diri sendiri bila ada sebuah gitar itu yang impak dia lain. Sis dan Suami sangat faham perasaan tu, sebab tu kami berdua tak kisah jika keluarkan sedikit rezeki tu untuk kepuasan anak. 

Moga Amat gunakan sebaik mungkin dan pesan dari Emak, jangan sampai musik melalaikan dan mengabaikan pelajaran tu ye anak.. 

Good Luck Amat! Mesti dah tak sabar nak balik rumah kan hehehehe...






P/S: Jarang nampak satu kepuasan di wajah Suami bila membeli sesuatu, tapi haritu, terserlah di wajahnya, siap call anak bujang dia bagitau Ayah dah beli hadiah Amat ๐Ÿ˜ญ ..Moga Allah limpahkan rezeki kepada Suamiku , aamiinn


13 comments:

  1. kita yang baca ni pulak rasa nak nangissss T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr @Sunah...memang hari yang beli tu rasa terharu dan kami berdua saling meluahkan perasaan bila dapat membeli hadiah untuk anak :(

      Delete
  2. Assalamualaikum lin...sape yg x seronok lin kalau dpt hadiah yg disukai...mmg rasa seperti bulan jatuh ke riba jer kn...kita sebagai mak n ayah ni kalau boleh apa yg anak suka pasti akan ditunaikn...mmg hati kita akan rasa tersgt bahagianya tapi hati kita akan lebih bahagia lagi kalau kita berjaya membuat hati anak lebih bahagia dr kita...

    p/s ingat yer anak2 jgn mudah lupa kedua org tua mu yg byk berjasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusaalam Mama @Maszull...betul Mama, lain perasaannya bila dapat hadiah yang kita impikan, bak kata Suami, ibarat orh lelaki nak pakai kereta apa, semua dapat, perempuan nak emas pun dapat, jadi samalah macam anak...
      Makanya kami tunaikan permintaan anak...

      Delete
  3. Ya Allah sebak pulak rasa ๐Ÿ˜ญ Amin. Kasih sayang seorang ayah memang tak ditunjukkan tapi boleh kita rasa ♥️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar @Syaza...kasih ayah tu tak tunjuk tapi raut wajahnya mengambarkan kasih sayangnya kepada anak ...

      Delete
  4. cantik sungguh gitar tu...

    meremang bulu roma melihat rekabentuknya dan rasanya pemetik gitar yani anak Sis Lin lebih mengakuimnya..

    harga bawah RM1k masih murah tu untuk gitar sebegitu...ada yg lebih mahal kan..

    BTW tahniah untuk ulang tahun anak Sis Lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, terima kasih @MrHanafi...rezeki anak dari Ayahnya..
      Nanti kalau ada video anak main, Sis kongsikan yer..hehehehe

      Delete
  5. Alamakkk..terharuunyaa baca..mahal nooooo...fuhh...lain eh ngn gitar biasa...hahaa..saya hari tu dapat badminton..bawak g lawan badminton..sekali menang woo..best sgt rasa...semoga murah rezeki sis sekeluarga...popular nanti jangan lupa...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opss..raket la...hahahaha..salahhhh pulok

      Delete
    2. Hahahaha poyo laa ko @Nona oii, bawak balik badminton buat apa hahahaha adeiii...
      Makaseh Non...kalau popular ku amik dikau review berbayo hahahahahha :p

      Delete
  6. ya ampun..mesti ahti dia gumbira habis...seorg ayah ni bila rasa nak beli dia kan beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr sangat hepi dan hati gembiraaa senyum sampai telingaaa @Nadia ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.