TARIK RAMAI PEMBACA MELALUI BUKU TURBO COPYWRITING NAJIB ASADDOK

TARIK RAMAI PEMBACA MELALUI BUKU TURBO COPYWRITING NAJIB ASADDOK | Kenal Najib Asaddok? Pernah miliki buku-buku yang dia keluarkan? Siapa Najib Asaddok? Dia adalah seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. 
Baca lagi mengenainya di SINI .

Sebelum tu Sis nak bagitau, Sis bukanlah peniaga atau usahawan, Sis bukanlah penjual barang online dan Sis bukanlah orangnya yang pergi event sifu ads berbayar dari mentor-mentor hebat di Malaysia ni termasuk Najib Asaddok ni sendiri tapi.... Sis adalah pembaca dan mengikuti perkembangan kepada semua mentor dan sifu ads yang sedia ada dan salah seorangnya adalah Najib Asaddok ni. 

Sis suka baca website, info dan juga buku-buku dia, di mana mereka banyak berkongsi mengenai bagaimana nak tarik pembaca/pelanggan kepada sesuatu yang kita posting. Yerr bukan senang yer nak bagi orang membaca posting kita. Kalau posting resepi/masakan okay lagi ramai nak membaca dan buka, tapi kalau posting cerita personal, yang ko tulis panjang lebor, posting review produk, ko ingat orang nak baca ke kalau tak kena dengan ayat ko?
 Sis ko sendiri pun rasa macamtu tiap kali bukak blog orang.

Makanya hari ini Sis nak kongsikan salah satu buku Najib Asaddok ni kepada korang, yerr ianya lebih sesuai untuk peniaga tapi Sis anggap, apa yang dikatakan peniaga dalam buku ini, Sis tukarkan kepada 'pembaca', sama je datangnya, orang meniaga pun menulis nak bagi orang baca, so sama macam kita menulis blog juga, kita menulis sebab nak bagi orang baca. Betul? .

Tak kata blog Sis dan penulisan Sis bagus sangat, tapi blog kita, kita tau perkembangannya macam mana, sekurang-kurangnya selain dari Sis mengugel tips untuk meningkatkan pageview blog dari mana-mana website, Sis juga baca buku ini dan sejak mula mengamalkan sedikit tips dan info yang dia bagi, alhamdulilah pageviews blog semakin naik, kalau sebelum ni sendu dan slow gile nak naik pageview sehari dan ada kesan positif terhadap apa yang Sis baca dalam masa 3 bulan ni. Impak dia tu dah semakin nampak. Bukan dari blog aje, dari instagram juga page facebook Sis juga. Alhamdulilah.

Tajuk, isi dan klimaks penulisan kena ada caranya. Gaya penulisan dan juga susunan ayat kena ada gayanya, bukan sesuka menulis dan bukan sesuka nak tepek. 

Tapi...ermmm kalau Sis ko cakap lebih-lebih kang, ada pulak kata 'blog aku sukahati akulah', hahahah yerr memang sukahati ko, tapi kalau dah ko tulis panjang lebar, baca tajuk, tapi isi takde kena mengena tajuk, sampai suku bacaan, orang dah klik X ...ermmm _______________ sila buat ayat sendiri . 


Nak menulis memang senang, tapi nak bagi orang baca tu bukan senang. Walaupun dah 11 tahun menulis tapi pengalaman tu masih tak cukup. Kena gali dan cari terus cari apa kelemahannya, bukan main pasrah dan terus menulis tapi tak mendatangkan apa-apa. 

Dalam buku Turbo Copywriting ni, ada 6 tajuk :

1. Faham Dulu Maksud Copywriting
2. Langkah Permulaan
3. Kenal Pelanggan
4. Fakta vs Emosi 
5. Tips Menulis Online Copy Writing
6. Jenis-jenis Copywriting Untuk Roketkan Jualan 

Tajuk Bonus : Checklist Copywriting 

Tengok tajuk macam buku ni sesuai untuk orang meniaga je kan? Tapi kalau korang baca, korang ubah pelanggan tu sebagai pembaca kita, sebab datangnya sama je. Apa yang Najib Asaddok tulis tu sama macam apa yang kita sebagai blogger ni buat untuk tarik minat orang membaca. Setiap tajuk tu ada tajuk-tajuk kecil lain juga. 

Sis sekadar berkongsi apa yang Sis baca dan praktikkan, apa yang Sis kongsi ni pun atas apa yang berlaku kepada blog Sis, tidak cakap hebat sebab di luar sana ramai lagi hebat uii..Sis ko ni baru mula nak belajar dan menulis sekadar minat dan mengisi masa lapang. 

Yer lain orang lain caranya, tapi tak salah kita kongsi cara kita kan ..
So kalau korang nak beli buku ni, bolehlah cari di laman web Najib Asaddok ya. 


Sis ko sendiri pun tak pernah jumpa dia, teringin juga nak jumpa dan bertanya macam-macam soalan oii..kalaulah ......dalam mimpi 😆

Okay..jumpa lagi di lain perkongsian hahahaha..
OkBai. 

#SisSharing 






P/S: Bukan senang nak puaskan hati orang. But dont give up and keep writing. Happy blogging alls . 


TARIK RAMAI PEMBACA MELALUI BUKU TURBO COPYWRITING NAJIB ASADDOK TARIK RAMAI PEMBACA MELALUI BUKU TURBO COPYWRITING NAJIB ASADDOK Reviewed by Sis Lin on Tuesday, April 02, 2019 Rating: 5

4 comments:

  1. tajuk2 yg bagus.. bukan senang nak copywriting ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr memang bagus, penuh dengan tips dan info untuk kita @Mamapp

      Delete
  2. baeklah puan presiden...saya nampak dah ni, memang sangat layak menjadi puan presiden dari kata2 di blog ni...tiberrr..ahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha geli ketiak i baca tau @Sunah..jangan memacammmm yerr...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.