TISU PEMBERSIH MUKA SWEET & SUMMER 'NO 1 MAKE UP REMOVER WIPES IN MALAYSIA'

TISU PEMBERSIH MUKA SWEET & SUMMER 'NO 1 MAKE UP REMOVER WIPES IN MALAYSIA' | Kalau kata aje produk dari Korea, sudah semestinya baguskan. Kualiti dia ada tinggi sikit berbanding dari negara lain. Yer tisu pembersih muka dari Sweet & Summer ni adalah produk dari Korea yang sesuai untuk semua jenis kulit sebagai pembersih muka, makeup dan juga kegunaan luar. 

Biasanya kita sebagai perempuanlah yang ada masaalah sedikit jika nak mengerjakan solat, jadi bagi mereka yang memang mukanya bermakeup, kini boleh cuba dan dapatkan tisu pembersih Sweet & Summer ni, kerana tidak mengandungi alkohol dan juga paraben dan ianya mudah di bawa, ada saiz pack kecil untuk kesesuaian saiz bag tangan, juga tidak perlu di cuci berulang kali muka tu, just guna dan lap bersih then dah boleh mula amik wudhuk atau mandi.


Walaupun Sis tidak bermakeup tapi tetap juga ada guna bedak dan bahan makeup lain juga, so muka tu kena dan perlu juga di bersihkan dahulu sebelum tidur. Dengan adanya tisu basah muka Sweet & Summer ni, memang memudahkan Sis, walau di mana dan kemana aja, tidak perlu susah payah nak cari toilet.

Just guna tisu basah ni, lap dan siap.


Sis sukakannya sebab senang nak sumbat dalam bag, jenis Sis memanglah jenis muka yang kalau dah sepanjang hari kena panas, akan berpeluh berminyak dan terus rasa 'serabai' muka, terus nampak muka letih dan kusam.

Tapi sejak ada tisu Sweet & Summer ni, agak-agak letih aje muka, terus amik satu, lap bersih seluruh muka, serta merta jadi segar dan hilang terus mengantuk kalau time drive.


Tisu pembersih muka Sweet & Summer ni sangat lembut bak kapas dilembapkan pulak dengan haruman semulajadi ekstrak seperti buah delima dan teh hijau. Sekali je guna, wangian dia terus melekat, memang sangat wangi. Yerr ianya sesuai untuk semua jenis kulit, samaada kulit berminyak, kering, berjerawat atau kulit kusam. 

Kalau korang seorang perempuan yang pentingkan penjagaan kulit muka, tisu basah pembersih muka Sweet & Summer ni memang sesuai untuk korang . 


Sweet & Summer Makeup Remover Wipes ni terdiri daripada 3 jenis :

Sweet & Summer Greeny 30s (Travel pack) 
- Dirumuskan dengan ekstrak teh hijau untuk blemish skin dan kulit berjerawat

Sweet & Summer Peachy 30s (Travel Pack)
 - Dirumuskan dengan ekstrak delima untuk kulit kering dan sensitif

Sweet & Summer Greeny 100s (Household use)
 - Dirumuskan dengan ekstrak teh hijau untuk blemish skin dan kulit berjerawat


Kelebihan pada Bahan yang tersedia di dalam Sweet & Summer Makeup Romover Wipes : 

1. Sweet & Summer Greeny

Quinoa Seed - Kurangkan kedutan, membantu menegangkan dan sekatakan tona kulit serta sebagai ejen penghasilan kolagen
Chia Seed - Ejen penyaman kulit dan menenangkan kulit
Spanish Moss - Penyembuhan luka
Ekstrak Oat - Menenangkan kulit dan kaya dengan sumber protein
Teh Hijau - Oxidising agent, mointurising, anti-aging, mencerahkan kulit, merawat jerawat, nourishing skin dan mengecilkan liang pori


2. Sweet & Summer Peachy

Wild Cherry - Anti-oksidan juga menenangkan kulit
Cranberry - Anti-keradangan, penjanaan semula sel dan mengaktifkan sel
Raspberry - Tonic, keratolitik dan astrigent
Dogwood Fruit - Ejen penyaman kulit dan anti-bakteria
Delima - Vitamin C yang tinggi dan anti-oksidan


Cara penggunaannya, mudah dan simple : 

Buka dan tarik sehelai dan terus lap ke seluruh wajah.
 Jika perlu buat dahulu bahagian muka keliling dan kemudian baru di ulang lagi ke bahagian mata dan bibir secara berlainan. 
Selepas siap, just mandi, amik wudhuk atau cuci muka seperti biasa. 

dan satu lagi korang boleh guna tisu ni tanpa perlu was-was kerana ianya telah diluluskan oleh KKM .


Dapatkannya sekarang !


Sweet & Summer juga dah ada di Shopee.. Cuma pergi dekat Shopee Apps dan search Sweet & Summer Makeup Remover Wipes jer, nanti akan keluarlah produknya. 






P/S: Dulu memang tidaklah Sis ko ni nak guna tisu-tisu bagai macam ni, tapi bila usia makin naik ni, kenalah jaga kulit muka, walau dah cuci bersih dengan air muka tu, tetap juga ada bahan kotoran melekat, so kena guna tisu pembersih dulu kemudian baru cuci muka tu, korang akan rasa lainnya kulit muka. 


4 comments:

  1. Replies
    1. Iyerr sangat cantik dan kemas sekali @Farah ..

      Delete
  2. yaaaa saya pun sukaaaaaa, bau green tea yang sedap....terima kasih jadikan model tangan..hahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Sunah, Sis pun suka yang green tea tu haaa, wangiii....

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.