SYAABAN : KELEBIHAN BULAN SYAABAN DAN MALAM NISFU SYAABAN

SYAABAN : KELEBIHAN BULAN SYAABAN DAN MALAM NISFU SYAABAN | Kemunculan Bulan Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri bulan Ramadhan. Malam Nisfu Syaaban 1440 Hijrah bersamaan dengan tahun 2019 Masehi akan jatuh pada malam 20 April 2019, Sabtu (Selepas Maghrib). Nisfu Syaaban adalah hari ke 15 atau hari pertengahan dalam bulan Syaaban mengikut Kalendar Hijrah. 

Malam Nisfu Syaaban adalah malam pada 15 Syaaban iaitu siangnya 14 Syaaban 1440 Hijrah.

Bulan  yang  mulia  lagi  berkat  ini  merupakan  bulan yang  mempunyai banyak  kelebihan  dan  keistemewaannya.  Bulan  Syaaban  adalah  masa  untuk  kita  mengejar kebajikan sebanyak   mungkin   sebagai   latihan   dan  persediaan  untuk kita menghadapi bulan Ramadhan   yang merupakan  medan  ibadah  bagi  umat  Islam.  

Dalam  sebuah  hadith  Rasulullah  SAW  bersabda  yang bermaksud:
“Keutamaan  bulan  Syaaban  di  atas  semua  bulan  itu,  seperti  keutamaan  aku  di  atas  semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya”.

Malam Nisfu Syaaban di Malaysia tahun 1440Hijrah/ 2019 Masehi jatuh pada 20 April 2019, Hari Sabtu iaitu sebaik sahaja masuk waktu Maghrib. 



Apakah kelebihan malam nisfu sya’ban? 

Banyak kelebihan malam nisfu sya’ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:

Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
Lailatul Baraah (malam pelepasan),
Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
Lailatul Syafaah (malam syafaat)
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.
7 Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:

Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda Rasulullahu SAW maksudnya:

Pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan rahmatNyA dan para malaikatNya maka mengampuni Allah akan dosa-dosa hambanya.

Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar diserahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril, urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:

Malam nisfu sya’ban aku terbangun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:

Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat.

Was-was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. 

Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ”tahukah kamu malam apakah ini?”

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu

Berkata Baginda: Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.

5. Dari Naufal al bakali bahawasanya:

sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.

6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:

Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga. 

Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.


Faedah Amalan pada Nisfu Sya’ban

Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:

1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.

2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.

3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.

4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.


 Doa Bulan Syaaban 

 Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…

Aamiinn ..





P/S: Sepatutnya semalam post entri ni, tersalah letak schedule pulak adeii...Eh! Korang dah habis ke ganti puasa tu? Ermmm..


4 comments:

  1. Sudah dipertengahan bulan Syaaban rupanya. Alhamdulillah. Ramadhan semakin mendekat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah @PC ..moga Allah panjangkan usia bertemu Ramdhan nanti ...

      Delete
  2. Replies
    1. Jom tambah amal menuju ke ramadhan @Sunah ..insyaAllah ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.