SEDAP SUNGGUH SALTED EGG CHICKEN WING DI IKEA, KORANG DAH CUBA?

SEDAP SUNGGUH SALTED EGG CHICKEN WING DI IKEA, KORANG DAH CUBA? | Akhirnya puashati Sis Lin ko dapat makan meatball Ikea dan juga salted egg chicken wing di Ikea ni sebelum Ramadhan hehehehe. Kalau tak, memang terbawa ke mimpi laa gamaknya. Makaseh anakku Yana yang belanja Emaknya makan semalam. Moga bertambah rezekinya, aamiinn..

Sebelum ni secara jujurnya ini adalah pertama kali Sis mencuba meatball Ikea di Johor ni, selalu pergi hanya pusing-pusing beli barang aja, tak singgah makan. Dan juga chicken wing tu, anak pun baru tau ada yang berkuah salted egg, biasa yang plain goreng aja. Pelik juga bila order, orang tu tanya 'nak sos ke tak?'...sekali kata ya, rupanya sos tu salted egg di curah atas chicken wing tu , perghh sedap kemain!.


Mula pun anak ingat butter sos, sekali tengok resit ooo salted egg, bila dah makan perghhh memang sedap oii...beli 6 ketul, makan sorang 2, puashati! Licin selicinnya hahahaha...memang jarang korang akan nampak Sis makan tak licin, Sis amalkan sistem makan licin, membazir itu perangai syaiton!

Hahahaha...jadi siapa kalau pergi makan dengan Sis, kena makan sampai licin...nanti benda yang ko makan tu akan cari ko kat akhirat hahahaha tu ayat Nenek Sis dulu hahahaha...adeiii


Inilah dia meatball Ikea Johor..sama ke dengan Ikea KL sana? Hahahahaha...tapi....ermmm pelik, orang duk kata sedap kemain, tapi kenapa Sis ko makan rasa biasher-biasher aje haaa? Ke sebab Sis ko cerewet tang sos tu? Rasa macam takde rasa apa sos dia. Sedap lagi sos chicken chop anak Sis makan tu..ermmm ke tekak Sis aje ek...atau yang meatball KL punya lagi sedap? Ermmm

Baik korang jujur yang pernah makan tu komen...sedap sangat ke atau biasher-biasher je? ...ermmmm. Jangan takut, hak pengguna untuk komen, kot nanti mereka baca, mereka kasi penambah baikan untuk rasa sos tu...masa makan hari tu Sis rasa tawar...huhuhu..

Takpelah...mungkin tekak Sis ko kot...entahlah! 

Apa-apa pun Sis ko telah berjaya makan di Ikea hahahaha..orang ramai tapi tempat duduk banyak. Dan jangan lupa, lepas makan sila kemas, bersihkan meja, dan angkat pinggan ke tempat yang di sediakan...aishhh dah tulis kat meja tu kannn, tapi masih ada lagi lepas makan terus bangun....Sis ko perhatikan ajee....

Oh ya nanti bulan puasa akan ada Buffet Ramadhan seperti tahun lepas juga di Ikea ni. Satu orang RM 35, rasanya harga sama juga seperti tahun lepas. Kalau tak sama, harap maaf, sebab Sis pun belum dapat info lengkap, tapi memang akan ada. 
Korang boleh baca di Ikea Buffet Ramadhan Special ni ya ..







P/S: Bila anak dah pandai soping barang rumah di Ikea, Emak duduk tepi aje, so deko raya tahun ni, di amik alih oleh anak-anak..sekian..hehehehe


SEDAP SUNGGUH SALTED EGG CHICKEN WING DI IKEA, KORANG DAH CUBA? SEDAP SUNGGUH SALTED EGG CHICKEN WING DI IKEA, KORANG DAH CUBA? Reviewed by Sis Lin on Monday, April 29, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. eeee kita suka tau meatball ikea ni! pada kita, yang sedap tu meatball dia..sos dia memang biasa jee..tapi takde la makan selalu...bila teringin je baru makan...ni da lama tak teringin..tengok gambar sis pun nasib baik masih belum teringin..hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap meatball dia, cuma sos dia tu je @Sunah, semalam makan macam rasa tawar, anak pun cakap juga, sedap lagi sos ciken chop hehehehe

      Delete
  2. wow kena cuba menurare macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kena pergi sebelum puasa menjelma @Mamapp hehehe

      Delete
  3. Memang ada masa sosnya macam kureng, ada masa macam sedap sangat, susah nak gambarkan perasaan sedap tu sebab sedap tu subjektif. Paling best datang sini time lapar, terus pergi makan, lepas makan baru shopping, hahaha. lepas tu tengah shopping nak terber** plak, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr tapi tak taulah kalau tekak orang lain kannn....hahahaha betul sedap itu subjektif hahahaha...Lawak tau ayat nak memberak tu Kak @Seri oii...

      Delete
  4. ena pegi ikea tak penah makan lagi sebab suami malas nak q tunggu,hahaha.. tapi banyak yg komen meatball ikea kt johor tak berapa sedap. ntahla kita bca komen je. tak penah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kalau pi makan dah takyah beratur panjang dah, dah tak ramai macam dulu @Ena, atu mungkin tengok waktunya...

      Delete
  5. Replies
    1. Mesti cuba @Farah hehehe afdol hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.